40 Minggu

Ibu Teruja Ketika Scan Perut, Ini Yang Anda Boleh Tahu Melalui Imbasan Itu, Baby Kencing Pun Boleh Nampak!

2
SHARES
scan perut ibu hamil

Antara moment  yang terindah dalam perkahwinan adalah ketika scan perut ibu hamil terutamanya jika anda merancang untuk mempunyai anak. Semestinya jika ibu disyaki mengandung, mereka perlu melalui beberapa detik imbasan pada badan mereka.

Inilah detik yang paling menggembirakan untuk bakal ibu dan ayah. Persoalannya, apa yang boleh anda dapat daripada scan perut ibu hamil?

Baca juga: Take Note Ibu Hamil, Berpada-pada Nak Makan Hati Lembu & Organ Lain, Ini Sebabnya!

SCAN PERUT IBU HAMIL

Semasa tempoh kehamilan, ibu perlu menjalani kaedah scan atau ultrabunyi (ultrasound) iaitu ujian diagnostik tanpa rasa sakit.

Gelombang bunyi berfrekuensi tinggi akan bergerak ke dalam rahim ibu hamil dan kembali daripada janin sebagai getaran.

Gambar hitam putih pada monitor yang memaparkan tisu lembut dan organ bayi berpunca daripada gema yang telah diterjemah ke isyarat elektrik.

APA YANG BOLEH DIJANGKAKAN KETIKA SCAN AWAL KEHAMILAN

Ada dua jenis imbasan yang biasanya dijalankan di klinik atau hospital:

1. Transvaginal Probe

scan perut ibu hamil

Disebabkan janin berada dalam pelvis pada awal kehamilan dan gelombang bunyi tidak dapat melepasi tulang, jadi imbasan ini dijalankan. Melalui kaedah imbasan ini, doktor  boleh melihat rahim melalui serviks apabila transduser dimasukkan ke dalam faraj ibu hamil.

Proses ini tidaklah menyakitkan ibu hamil namun dapat menimbulkan rasa ketidakselesaan kepada mereka.

2Transabdominal Ultrasound

scan perut ibu hamil

Kebanyakan pakar perubatan akan menjalankan ultrabunyi pada perut untuk proses scan awal kehamilan selepas beberapa minggu pertama.

Gambaran  bayi dalam kandungan akan terhasil apabila doktor menggerakkan transduser pada perut dengan sedikit tekanan dan gelombang bunyi yang menyebabkan imej itu terbentuk.

BILA BOLEH MELAKUKAN SCAN AWAL KEHAMILAN?

Sebenarnya ia berlainan untuk setiap individu.

1. Scan Perut Ibu Hamil Awal Kehamilan (Minggu Ke 6-8)

scan perut ibu hamil

Imbasan pada minggu ke 6-8 ini disarankan sekiranya ibu hamil mempunyai gejala kehamilan yang berisiko tinggi:

  • Komplikasi kehamilan
  • Sejarah kecacatan kelahiran
  • Sakit perut
  • Sejarah keguguran kandungan
  • Pendarahan

Selalunya pakar perubatan akan menjalankan prosedur transvaginal probe demi mendapatkan gambaran jelas mengenai tarikh jangkaan bersalin, degupan jantung bayi dan perkembangan semasa kehamilan anda.

Melalui prosedur ini juga, pakar perubatan boleh menentukan sama ada ia merupakan kehamilan berganda atau ada kemungkinan kehamilan ektopik (janin membesar di tiub fallapio dan bukannya rahim).

2. Imbasan Dating (Minggu ke 10-13)

Jika ibu hamil tidak menjalankan imbasan pada awal kehamilan (minggu ke 6-8), anda berkemungkinan perlu melakukan ultrasound dating pada minggu 10-13 kehamilan.

Prosedur transabdominal ini boleh memeriksa degupan janin, menjangkakan due date dan juga menentukan bilangan bayi dalam kandungan. Ob-gyn juga akan melakukan pemeriksaan anatomi asas janis seperti panjang kepala bayi.

Ukuran itu penting untuk dijalankan untuk menentukan apakah ukuran janin bersesuaian dengan ukuran sepatutnya berdasarkan haid terakhir ibu mengandung.

3. Scan Perut Ibu Hamil Untuk Tinjauan Anatomi (Minggu ke 18-20)

scan perut ibu hamil

Proses ultrabunyi selalunya akan dijalankan sekitar minggu ke 18-20 sekiranya anda tidak melakukan imbasan awal kehamilan pada trimester pertama.

Ketika proses ini berlaku, pakar perubatan akan menilai hampir 35 elemen seperti mengenai otak, jantung, buah pinggang, limfa, wajah, jantina dan lain-lain.

Malah, ukuran diameter keliling kepala, perut serta panjang tulang paha bayi anda akan diambil. Ketika prosedur ini dijalankan, doktor akan mencari dan menilai ciri fizikal anak anda yang mungkin menunjukkan sebarang kelainan.

Menarik kan dunia perubatan ini? Banyak yang boleh anda tahu mengenai bayi jika melakukan scan perut. Namun, satu perkara yang perlu anda ingat adalah pemeriksaan imbasan ini tidak mungkin dapat mengesan kesemua kecacatan kelahiran dan hasil imbasan normal tidak akan menjanjikan kesempurnaan keadaan kesihatan bayi.

Sumber: Hello Doktor

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×