40 Minggu

Wanita Hamil Buat Follow-Up Scan Tapi Doktor Tak Jumpa Kepala Bayi, Kes ‘Rare’ 6 Dalam 100,000 Kelahiran

7
SHARES
bentuk kepala bayi

Rezeki mendapat zuriat adalah yang paling dinanti-nantikan bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin. Namun, ada yang menanti zuriat bertahun-tahun malah ada juga yang diuji dengan pelbagai dugaan sepanjang tempoh kehamilan seperti bentuk kepala bayi tidak kelihatan.

Siapa sangka, baru-baru ini, seorang doktor wanita berkongsi pengalaman yang menyentuh hati, membabitkan kes yang sangat jarang berlaku kepada seorang wanita hamil.

Baca juga: Jangan Pandang Ringan Buku Pink Semasa Hamil, Doktor Kongsi 5 Kepentingan Ibarat ‘Nyawa’!

BILA SCAN KEHAMILAN, BENTUK KEPALA BAYI TAK ADA..KES ‘RARE’ 6 DALAM 100,00 KELAHIRAN

bentuk kepala bayi

Beza bentuk normal dan anencephaly.

Menurut perkongsian doktor tersebut, kes ini diklasifikasikan sebagai kes janggal atau ‘rare’ kerana hanya terjadi dalam 6 daripada 10,000 kelahiran. Kes berkaitan simpton yang dipanggil sebagai ‘Anencephaly’ ini juga dapat dikesan kali ini apabila  seorang wanita hamil datang untuk buat pemeriksaan susulan di sebuah klinik selepas membuka buku pink.

Sesi rutin pemeriksaan segalanya tampak normal pada awalnya sehinggalah doktor melakukan imbasan ultrasound dan mendapati sesuatu yang sangat mengejutkan.

“Follow-up scan dibuat, tetapi kami tidak menemui kepala bayi. Setelah diperiksa lebih lanjut, kami mendapati bayi ini sebenarnya tiada kepala,” kongsi doktor wanita itu.

Menurutnya lagi, kes tersebut terpaksa dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan dikenal pasti sebagai “anencephaly”, iaitu keadaan di mana bayi dilahirkan tanpa tengkorak.

“Lazimnya, bayi dengan anencephaly tidak boleh bertahan. Mereka sama ada meninggal dunia dalam kandungan atau tidak dapat hidup apabila dilahirkan,” 

“Doktor mencadangkan supaya kehamilan dihentikan (Termination of Pregnancy, TOP), kerana bayi tidak mempunyai peluang untuk hidup,” katanya.

Tambahnya, kes dirujuk kepada hospital pakar, dan perjumpaan dengan doktor pakar sakit puan juga diadakan.

TERUSKAN USAHA UNTUK ‘SIMPAN’ KANDUNGAN

bentuk kepala bayi

Foto: Solace Women

Sebagai doktor, mereka tahu bahawa kandungan seperti ini tidak akan bertahan lama kerana tiada manusia yang boleh hidup tanpa kepala. Namun, apabila ditanya tentang keputusan untuk gugurkan atau teruskan kehamilan, jawapan dari si ibu benar-benar menyentuh hati.

Walaupun sudah diberi penerangan penuh tentang risiko serta kemungkinan bayi itu tidak dapat bertahan, si ibu tetap memilih untuk meneruskan kehamilan.

“Katanya, ini adalah rezeki yang Allah kurniakan kepadanya. Tak apa jika dia tak dapat menjaga bayinya di dunia. Sekurang-kurangnya, dia dapat menjaga zuriatnya dalam rahim,” kongsinya lagi.

*Benar, tidak semua orang mampu berhadapan dengan ujian sebegini terutamanya zuriat yang sudah lama diinginkan berada dalam keadaan yang tidak sempurna.  Wanita ini benar-benar membuka mata kita tentang ketangguhan luar biasa seorang ibu. Semoga terus diberikan kekuatan dan mana tahu, ada keajaiban dari Maha Pencipta?

Baca juga: Sudah Disahkan Hamil Tapi Bila Scan Tak Nampak Janin, Ini 6 Sebab Untuk Elak Panik!

Sumber: Noryn Noriha

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×