Umum mengetahui, air kelapa mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan dan sering menjadi pilihan sebagai penawar demam untuk melawan virus. Selain itu, air kelapa juga boleh dijadikan penawar untuk melegakan otot tegang dek kerana bersenam atau berjalan terlalu jauh.
Kebaikan ini diulas dengan lebih lanjut oleh Dr Rizal Abu Bakar di laman Facebooknya. paling penting pastikan anda minum air kelapa tanpa ditambah gula ya. Barulah kelebihannya boleh dirasai.
Baca juga: “Kenapa Ada Ubat Kena Makan Seumur Hidup?”- Ini Penjelasan Ahli Farmasi
BUKAN SETAKAT LEGAKAN DEMAM, AIR KELAPA BOLEH KURANGKAN TEGANG OTOT
Jelas Dr Rizal Abu Bakar, jika anda mengalami masalah otot tegang selepas membuat kerja dan kerap bersenam, anda boleh amalkan minum air kelapa tanpa ditambah gula.
Kalau otot tegang lepas buat kerja. Kerap duduk atau selepas bersenam. Minum air kelapa. Ambil straight daripada buah. Jangan campur gula. Nanti khasiat hilang.
Apa yang power pasal air kelapa? 1 cawan ada 1 gram protein. 1 cawan air kelapa juga ada 600mg potassium. 1 biji pisang saiz sederhana ada 420mg potassium.
Tambahnya juga, ia bagus untuk dijadikan minuman selepas bersenam untuk menambah tenaga dan bantu untuk mengurangkan stres.
Sesuai untuk minuman post recovery workout. Ganti energy drinks tinggi gula. Mineral dan vitamin bantu turunkan stres. Kalsium dan magnesium bekerja bersama untuk relakskan otot. Makanan semula jadi ada banyak khasiatnya jika diterokai. Jangan lupa amalkan selalu. Bagus untuk kesihatan.
Sumber: Facebook Dr Rizal Abu Bakar