Sihat

“Kenapa Ada Ubat Kena Makan Seumur Hidup?”- Ini Penjelasan Ahli Farmasi

3
SHARES

“Kenapa ada ubat kena makan seumur hidup?”

Ubat boleh merawat, mengawal dan mencegah penyakit. Fungsi ubat bukan semata-mata menyembuhkan penyakit tetapi lebih kepada mengawal penyakit supaya badan kekal sihat.

Kebiasaanya, ubat mengawal ini adalah untuk penyakit tidak berjangkit. Contohnya kencing manis, masalah jantung, darah tinggi dan lain-lain.

Baca juga: Doktor Kongsi Rahsia Minum Air Teh Ini Rupanya Boleh Legakan Demam & Sakit Badan…

“KENAPA ADA UBAT KENA MAKAN SEUMUR HDUP?”- INI PENJELASAN AHLI FARMASI

Ubat untuk penyakit di atas perlu dimakan sepanjang hayat untuk mengelakkan komplikasi buruk terhadap kesihatan dapat dicegah.

Ada juga ubat yang boleh merawat penyakit. Contohnya antibiotik untuk membunuh jangkitan kuman atau ubatan untuk melegakan sakit akibat inflamasi. Ia dapat menghilangkan kesakitan dengan mengurangkan inflamasi.

Namun begitu, ubatan seperti ini kadang kala adalah bersifat melegakan simptom. Rawatan lain, sama ada bentuk ubat atau bukan, diperlukan untuk menyembuhkan punca masalah.

UBAT MENCEGAH PENYAKIT SUPAYA VIRUS TIDAK MENJANGKITI

Sejenis lagi ubat adalah untuk mencegah penyakit. Yang paling popular sudah pasti vaksin. Kita ambil sebelum virus menjangkiti kita. Selain itu, satu contoh lagi kombinasi ubat untuk menghalang HIV. Ia dipanggil Pre Exposure Prophylaxis atau ringkasnya PrEP.

Kombinasi ini diambil oleh golongan yang tidak menghidap HIV tetapi mengamalkan gaya hidup berisiko, atau mempunyai pasangan yang dijangkiti HIV dan perlu diambil setiap hari secara berpanjangan selagi mana risiko jangkitan masih ada.

Secara ringkas, begitulah cerita ubat untuk mengawal, merawat dan juga mengelakkan penyakit. Apa pun ubat yang anda dapat, ia hanya berkesan pada dos dan aturan yang betul. Jadi, jangan abaikan kepatuhan terhadap pengambilan ubat!

Sumber: Twitter Fahmi Hassan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×