Hospital

Pengalaman Bersalin di Hospital Pantai Ayer Keroh, Melaka

2
SHARES

Jenis Hospital: Swasta

Alamat:

No. 2418-1, KM 8, Lebuh Ayer Keroh
75450 Melaka

Nombor telefon: 606 231 9999

Laman web: http://www.pantai.com.my/OurHospitals/PantaiHospitalAyerKeroh.aspx

Email: [email protected]

Lokasi :

[flexiblemap address=”pantai Hospital Ayer Keroh, Melaka” title=”pantai Hospital Ayer Keroh, Melaka”]

[infobox title=’Tentang Hospital Pantai Ayer Keroh, Melaka’]

 


pengalaman-bersalin-di-Pantai-Hospital-Ayer-Keroh-logo

Hospital Pantai Ayer Keroh telah ditubuhkan pada tahun 1986 tetapi berpindah ke lokasi sekarang pada Ogos 1995. Lokasi sekarang, hanya 5 km dari persimpangan tol Ayer Keroh di Bandar Bersejarah Melaka, berfungsi sebagai titik hubungan strategik bagi penduduk di negeri ini dan juga seperti orang-orang dari kawasan-kawasan jiran.

Hospital ini melancarkan sayap baru pada akhir 2001 sebagai perluasan perkhidmatannya. Hari ini, Hospital Pantai Ayer Keroh, dengan 250 katil dan lebih daripada 60 pakar, menawarkan pelbagai perkhidmatan perubatan dan kemudahan, sejajar dengan pertumbuhan sosio-ekonomi yang berkembang pesat di negeri ini.
Satu pasukan yang berdedikasi pembekal penjagaan kesihatan dan kemudahan perubatan canggih memastikan bahawa perkhidmatan yang disediakan memenuhi jangkaan pesakit dan mematuhi seruan kerajaan untuk membangunkan pelancongan perubatan.

Komited untuk keselesaan pesakit dan penyembuhan sihat, Hospital Pantai Ayer Keroh bersedia untuk menjadi penjagaan kesihatan pilihan bagi pesakit di wilayah selatan dan pelancong perubatan yang ingin kombinasi sempurna rawatan dan cuti.[/infobox]

1. Kos / Harga Bilik

Katil Single (Deluxe): RM280.00
Katil Single : RM200.00
Dua katil: RM100.00
Empat Katil: RM80.00
(Semua bilik-bilik di atas datang dengan perkhidmatan Astro)
(Kadar di atas adalah tertakluk kepada bayaran yuran hospital dan cukai kerajaan 6%)
Kubikel untuk Bayi: RM70.00
Inkubator: RM60.00
Buaian: RM40.00

2. Harga / Kos Bersalin

  • Bersalin normal:RM4000
  • Bersalin pembedahan : RM7000-RM8000

3. Pakej Bersalin

Tiada pakej.

4. Bilangan Katil

238 buah katil

5. Servis, Kemudahan dan Fasiliti

  • Kelas antenatal di adakan setiap bulan sepanjang tahun
  • Pemeriksaan bulanan
  • Breastfeeding support group
  • Bantuan Teknologi Reproduktif (ART)
  • Perkhidmatan ginekologi am
  • Gynae-onkologi
  • Saringan kesihatan wanita

6. Senarai Doktor Pakar

Obstetrics & Gynaecology

  1. Dr. Chia Kewi Seng
  2. Dr. Nor Hanisah Mohd Said
  3. Dr. Vishnunadan
  4. Dr. Liu Chian Ming
  5. Dr. Lim Gek Ho
  6. Dr. Tan Geok Kee
  7. Dr. Alias Nordin
  8. Dr. Vincent Tan Hock Kee

7. Pengalaman Bersalin Di Hospital Pantai Ayer Keroh, Melaka

Ikuti pengalaman bersalin di Hospital Pantai Ayer Keroh, Melaka yang telah dikongsikan oleh ibu-ibu dalam beberapa forum dan blog. Rata-rata, ramai yang memberi komen positif terhadap hospital ini.

Ini antara petikan daripada forum:

bersalin di hospital pantai ayer keroh

Foto Kredit: mforum.cari.com.my

Klik sini untuk membaca forum penuh.

Pengalaman Bersalin Di Hospital Pantai Ayer Keroh, Melaka, 2012

Untuk memudahkan anda, kami mencari beberapa blogger yang pernah mengisahkan pengalaman bersalin di Hospital Pantai Ayer Keroh.

Melalui kisah-kisah ini, anda mungkin dapat membuat penilaian yang lebih telus kerana blogger biasanya amat jujur dan suka berkongsi maklumat serta pengalaman yang berguna.

Kos bersalin di sana pada tahun 2012 adalah seperti yang dicoretkan oleh blog Puan Pid dari Merlimau:

“Kalau di Melaka, ikut survey kawan-kawan, yang paling murah among 3 PH adalah di Pantai Hospital dan ada Gyne Perempuan. So i go check up kat situ 2 bln sekali. Best tengok scan dia besar dan clear gambarnya. Boleh nampak jelas line tulang belakang, peha, jari dsb yang biasanya tak nampak di klinik biasa. Kira kalau terbersalin awal, akan bersalin di situlah..kosnya takde pakej tetap.
Kos Bersalin ni di Pantai Bln 11 tahun 2012 yer:
Deposit : RM2k
Bilik :  Masa tu ada promosi bilik 2 dan 4 katil percuma. Just bayar kos bersalin da ubat-ubatan.
Normal Delivery : RM2800 ++ dah campur nursery
Caesarean : RM4 – 6k

Belum termasuk kalau baby kena jaundice..nanti kira bil yang lain.”

Baca selanjutnya di blog beliau melalui pautan ini: http://puanpid.blogspot.my/2013/03/kos-bersalin-di-private-hospital.html

Pengalaman Bersalin Di Hospital Pantai Ayer Keroh, Melaka, 2012

Kami juga menjumpai catitan seorang blogger yang mengisahkan pengalaman bersalin di Hospital Pantai Ayer Keroh, termasuklah kos yang terperinci.

Antara petikan daripada blognya adalah seperti berikut:

“dah memang rezeki anak no.2 ni kot, masa mula2 dedi wat registration kat bawah, diorang cakap single room sume penuh, tapi soon lepas momi delivered, ada patient discharged. so ada 1 single room kosong. yeayyy!!! momi memang tak suke double or four bedded room, sangat tak selesa ok duk keliling ada patient lain… huuuuu
so malam tu, dedi pick up Hanny kat umah toksu dia, bawak sume bantal2 n blanket, kitorang berkampung kat spital malam tu.. baby lak duk dalam nursery spital.. memang standard spital ni, mak2 yang baru melahirkan ni diorang suh rest cukup2.. suh tido puas2.. hehe. baby diorang jagakan 1 malam.. sekali2 diorang datang bawak baby, itupun if kita yang request nak breastfeed baby, kalau tak, diorang memang akan jagakan baby n susukan baby tu..”
– Puan Catwoman, Batu BerendamBaca selanjutnya dari blog asal pemiliknya di sini: http://9ine10ctober.blogspot.my/2012/11/pengalaman-bersalin-2nd-baby.html

Bagaimana dengan anda?

Pernah bersalin di Hospital Pantai Ayer Keroh, Melaka? Jika pernah, kongsikan pengalaman bersalin anda di ruangan komen di bawah. Bukannya apa, sedikit sebanyak dapat memberikan sedikit maklumat, panduan dan manfaat untuk bakal ibu yang lain!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×