Sihat

Dr. Pesan Pesakit EKZEMA Kena Kerap Sapu ‘Moisturizer’ Berbanding Krim Steroid, Sebabnya…

8
SHARES
rawatan ekzema

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia. Penggunaan pelembab (moisturizer) adalah penting dalam rawatan ekzema.

Menurut Dr. Erna Nadia, pesakit ekzema harus merajinkan diri menyapu pelembab pada kulit kering yang disebabkan oleh penyakit ini. Manakala, krim steroid pula hanya diperlukan apabila kulit mengalami keradangan teruk dan dalam jumlah yang nipis sahaja.

Baca juga: Terkejut Keputihan Keluar Hijau, Hati-Hati Orang Perempuan Ini 5 Puncanya!

RAWATAN EKZEMA

rawatan ekzema

Gambar: IrinaEsau-GettyImages

Sebenarnya untuk pesakit eczema, yang paling penting adalah moisturizer. Kena rajin sapu moisturizer sebab orang yang ada masalah eczema ini kulit mereka kering dan akan jadi flare, barulah cream steroid diperlukan.

Penggunaan krim steroid 

Itu pun hanya perlu sapu nipis pada bahagian yang flare sahaja dan bila dah rasa bahagian flare tu dah nipis/licin, hentikan guna cream steroid, cukup hanya guna moisturizer saja.

Masa guna cream steroid pun, eloknya blend atau campur moisturizer dan cream steroid yang doktor prescribe pada anda. Cukup, itu sahaja.

Cream steroid tak boleh main guna sahaja sebab long term effectnya sangat bahaya kepada organ dalaman anda. Tak perlu beli apa apa dari online atau kedai yang tak bertauliah.

Jika krim yang ada beli online atau entah kedai apa tu ok dengan cepat, percayalah adalah steroid dalam tu. Itu yang ok.

Baca juga: Sakit Pedih Ulu Hati Sangkakan Gastrik, Rupanya Ada BATU HEMPEDU Dalam Pundi!

Jenis moisturizer untuk penghidap eczema

Moisturizer yang sesuai untuk orang ada eczema adalah yang tiada bau, tiada perisa apa apa, hypoallergic dan anti gatal.

Moisturizer yang selalu adalah yang rasa greasy atau berminyak sikit sebab kandungan minyaknya yang lebih tinggi berbanding air (contoh ointments dan creams). Ini akan membuatkan kulit lebih lembab dan menyingkirkan dan menghalang kotoran dari meresap ke dalam kulit.

Berbeza dengan orang berjerawat yang biasanya kulit berminyak, lebih elok guna yang water based.

Baca juga: 5 Manfaat Memegang Payudara Yang Dirahsiakan Wanita, Terutama Bila Dibelai Dengan Urutan!

Kekerapan penggunaan moisturizer

Moisturizer ini eloknya guna dengan kerap. Lepas mandi terus sapu, lepas ambil wuduk sapu balik atau sapu sajalah setiap 4 jam. Sama macam muka, kita kena selalu apply sunscreen.

Dan yang paling penting kena tahu anda alah atau elergik kepada apa. Jika ada ingredients tu dalam moisturizer anda, maka elakkanlah.

Baca juga: Kuat Bersenam & Berat Pun Cun Tapi Kolesterol Tinggi Betul, Ini Punca Yang Ramai Tak Sangka!

Sumber: Dr Erna Nadia

FT Image: IrinaEsau-GettyImages

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×