Sihat

Mati Mengejut Semasa Bersukan, Doktor Senaraikan Fakta Anda Kena Alert!

37
SHARES

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kejadian seorang lelaki meninggal dunia setelah rebah ketika bermain badminton di Taiping. Perkara ini telah berjaya menarik perhatian ramai pihak untuk lebih berhati-hati ketika bersukan.

Namun, anda perlu cakna fakta-fakta disebalik fenomena ini supaya kita boleh berusaha untuk mengelak daripada ianya terjadi. Mari kita ikuti perkongsian daripada seorang Pakar Kardiologi Dr. Dharmaraj Karthikesan menerusi coretannya.

Baca juga: Kulit Selalu Kering Sebab Penghawa Dingin? Ini Apa Anda Patut Buat!

MATI MENGEJUT SEMASA BERSUKAN

Soalan: “Doktor, kenapa ada yang mati mengejut semasa bersukan?”

SUDDEN CARDIAC ARREST

Fenomena ini dipanggil sudden cardiac arrest. Kehilangan fungsi jantung dan pernafasan sehingga tidak sedar diri boleh berlaku secara tiba-tiba. Keadaan ini biasanya berpunca daripada masalah dengan sistem elektrik jantung (cardiac arrythmias), yang mengganggu fungsi jantung mengepam dan menghentikan aliran darah ke organ badan.

BUKAN SERANGAN JANTUNG

Sudden cardiac arrest tidak sama dengan serangan jantung (heart attack), apabila aliran darah dalam saluran darah jantung tersekat. Walau bagaimanapun, serangan jantung kadangkala boleh mencetuskan gangguan elektrik yang membawa kepada sudden cardiac arrest.

KEPADA SIAPA SUDDEN CARDIAC ARREST BERLAKU?

Sudden cardiac arrest boleh berlaku pada orang yang tidak diketahui mempunyai penyakit jantung. Cardiac arrythmias yang mengancam nyawa biasanya berlaku pada seseorang yang mempunyai penyakit jantung yang sedia ada, tetapi tidak pernah diketahui atau dilihat oleh doktor pakar yang bertauliah.

ANTARA SEBAB-SEBAB UTAMA YANG MENYEBABKAN SUDDEN CARDIAC ARREST

1. Penyakit saluran darah jantung (coronary artery disease)

2. Serangan jantung (heart attack)

3. Masalah aliran elektrik jantung (heart rhythm abnormalities)

4. Penyakit otot jantung (cardiomyopathy)

5. Masalah injap jantung (heart valve abnormalities)

6. Masalah kecacatan jantung sejak lahir (congenital heart disease)

LANGKAH PERLU DIAMBIL JIKA SESEORANG DISERANG SUDDEN CARDIC ARREST

Sudden cardiac arrest boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera. Jika anda terjumpa dengan sesiapa yang tidak sedar diri secara mengejut, tanpa denyutan nadi dan pernafasan, sila lakukan CPR (cardiopulmonary resuscitation) dengan segara. Ini dapat meningkatkan peluang untuk mereka pulih semasa menunggu petugas kesihatan atau ambulan sampai.

Rawatan selepas mendapat sudden cardiac arrest bergantung kepada sebab-sebab ia berlaku seperti yang saya terangkan tadi. Ini memerlukan rawatan susulan pakar jantung.

Risiko sudden cardiac arrest dapat dikurangkan dengan mendapatkan pemeriksaan doktor, disaring untuk penyakit jantung dan menjalani kehidupan yang sihat. Kami sedia membantu

Sumber: Facebook Dr Dharmaraj Karthikesan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×