Tabiat membawa barang ke tandas sudah menjadi kebiasaan oleh segelintir individu. Hinggakan hendak membuang air besar pun telefon bimbit dibawa juga.
Bukan sekadar telefon bimbit, malah buku dan speaker pun dibawa bersama dan mungkin untuk mengurangkan rasa kesunyian. Pembaca jangan pelik macam mana penulis tahu kerana ia bukan pengalaman dari penulis sendiri, tetapi pemerhatian dan pengalaman dari orang sekeliling.
Baca juga: Ini Sebab Puting Payudara Wanita Mengeras, Terutama Yang No.1 Itu Mengancam!
MEMBUANG AIR BESAR
Melalui perkongsian dari Public Health Malaysia, secara sihatnya tempoh membuang air besar sepatutnya tidak lebih dari 10 minit. Kalau terlalu lama duduk di dalam tandas ia boleh menyebabkan risiko kesihatan pula seperti buasir.
Malah, terdapat beberapa sebab lagi mengapa anda tidak digalakkan membawa telefon bimbit ke tandas seperti berikut.
RISIKO BERMAIN TELEFON DI TANDAS
Berapa lamakah anda menyelesaikan hajat (membuang air besar) di tandas? Secara sihat, ia sepatutnya tidak lebih dari 10 minit.
Ada trend terkini untuk membawa telefon bimbit atau gajet ke tandas. Ia sangat tidak digalakkan kerana tidak hygiene.
Selepas menggunakan tandas kita akan membasuh tangan dengan sabun, tetapi kita tidak akan membasuh HP. Oleh itu, kuman dari tandas akan dibawa ke tempat lain termasuk meja makan dan bilik tidur.
Duduk terlalu terlalu lama di tandas menyebabkan risiko buasir. HP juga ada risiko terjatuh dan bunyi darinya menggangu privasi orang lain.
- ❌ Tidak perlu bermain gadget di tandas
- ✅ Selesaikan hajat dengan segera dan tidak perlu duduk terlalu lama
Baca juga: Ini Punca Jerawat Tepi Rahang Muncul, No.6 Tu Tak Sangkanya!
Sumber: Facebook Public Health Malaysia