Dapur

Petua Kurangkan Berat Badan Guna 4 Bahan Mujarab, Perut Boroi ‘Hilang’ Lepas Minum!

31
SHARES
perut boroi

Bentuk badan yang langsing memang menjadi impian ramai kerana ia boleh membuatkan diri kelihatan segak bergaya atau cantik menawan. Namun, ia mungkin sukar dicapai oleh individu yang mempunyai perut boroi atau buncit.

Secara tidak langsung, imej tersebut memberikan kesan negatif terhadap kesihatan mental dan fizikal. Maka, pelbagai petua telah dicuba untuk mendapatkan tubuh idaman ramai itu seperti tips kurangkan berat badan yang dikongsikan oleh Lainatul Aisyah ini.

Baca juga: Lepas Seminggu Tak Kebah, Lelaki Cuba Petua Surutkan Demam Virus & Ternyata Berkesan!

PERUT BOROI ‘HILANG’ LEPAS IKUT PETUA MINUMAN INI

perut boroi

Gambar: Lainatul Aisyah

Menurutnya, perut boroi anda boleh ‘hilang’ dengan mengamalkan minuman daripada beberapa bahan dapur yang terkenal dengan kebaikannya itu. Mari baca perkongsiannya di bawah.

Jom saya kongsikan sedikit tips untuk kurangkan berat badan.

Angin-angin dalam tubuh terkeluar lepas minum jus ini, lega weh. Paling best perut boroi dah tak ada. Timbangan pun dah turun, syok tau!

Senang dan menjimatkan, tak payah beli produk mahal. Buat sendiri kebersihan terjamin. 

Baca juga: Elak Jadi ‘Ketagih’ Makan Ubat, Ada Satu Petua Mujarab Untuk Melegakan Sakit Kepala!

Bahan-bahan dan cara penyediaan:

  • 1-2 biji lemon (bergantung pada banyak mana nak dibuat)
  • Halia seketul ikut kesesuaian (banyak pun boleh nanti angin badan cepat keluar)
  • 3-5 asam keping
  • 5-7 biji asam boi putih (ikut anda, saya letak asam boi sebab tak nak rasa masam asam keping banyak sangat bagi seimbang rasa masam)
  1. Basuh bersih semua bahan dan toskan.
  2. Kemudian, potong bahan-bahan tadi.
  3. Masukkan air sebanyak 5 cawan dan rebuskan semua bahan.
  4. Biarkan mendidih sehingga paras air surut mencecah 2-3 cawan.
  5. Kacau sebati.
  6. Tutup api dan biarkan sejuk suam.

Baca juga: Cara Matikan Bubuk Beras Dengan Simpan Dalam Botol, Wanita Ini ‘Prepping’ Dari 2021 Masih Elok Lagi!

perut boroi

Gambar: Lainatul Aisyah

Jangan terus minum tau, nanti melecur mulut susah pulak cari ubat lain. Okey, bila dah sejuk bolehlah simpan bakinya dalam peti sejuk. Nanti nak minum keluarkan sahaja

Biarkan turun suhu sejuk, baru boleh terus minum. Amalkan minum pagi dan petang selepas makan malam. 

Rasanya sedap masam pedas. Masuk dalam mulut memang masam tapi masuk dalam perut terasa kehangatannya itu, maklumlah ada halia kan.

Tak sampai 15 minit dah sendawa. Keluar segala angin monsun dalam tubuh. Ingat, jangan jauh dari tandas. Nanti nak membuang takut tak sempat.

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Dikejutkan Berita Warga Emas Maut Disengat Tebuan, Boleh Cuba 3 Petua Rawatan Awal Ini!

Sumber: Lainatul Aisyah

FT Image: Lainatul Aisyah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×