40 Minggu

Risau, Berat Bayi Dalam Kandungan Terlalu Kecil & Ringan, Ini Risikonya!

24
SHARES
berat badan

Pasti setiap pasangan suami isteri teruja apabila mendapat tahu mereka akan menjadi ibu bapa melalui kehadiran janin di dalam kandungan. Namun, keterujaan itu akan bertukar menjadi kebimbangan jika berat badan bayi di dalam kandungan si ibu ringan daripada kebiasaannya.

Untuk pengetahuan, berat normal janin adalah 3.5 kg. Tapi jika berat badan bayi anda kurang daripada itu, ia mungkin disebabkan oleh saiz badan dan juga corak pemakanan si ibu itu sendiri.  Ada risiko yang perlu ibu hamil perlu tanggung jika berat badan bayi dalam kandungan berkurang. Jom cari tahu selanjutnya!

Baca juga: Jangan Risau Jika Berat Badan Si Comel Menaik, Ibu Bapa Perlu Kenali 9 Ciri Bayi Pramatang!

RISIKO BUAT IBU HAMIL JIKA BERAT BADAN JANIN DALAM KANDUNGAN RINGAN

1. Doktor akan melakukan beberapa ujian buat ibu hamil untuk mencari punca bayi mengalami kurang berat badan. Ujiannya adalah seperti pemeriksaan tali pusat bayi dan juga ujian plasenta.

2. Sejurus mengenal pasti punca, doktor akan memberitahukan cara menyesuaikannya melalui rehat ataupun rutin diet yang baharu.

berat badan

3. Apabila fetus terlalu kecil dan ringan, ia akan menyebabkan bayi anda lahir kurang zat makanan dan mempunyai masalah kesihatan yang lain.

4. Justeru itu, ibu perlu mengamalkan nutrien harian yang sihat. Contohnya, minum susu dan juga pengambilan vitamin demi anak di dalam kandungan.

berat badan

5. Untuk memantau perkembangan janin dan mendapatkan nasihat perubatan berkaitan keadaan bayi, ibu perlu melalui lawatan penjagaan antenatal.

FAKTOR BERAT BADAN BAYI DALAM KANDUNGAN

Untuk pengetahuan anda, ada beberapa faktor yang mempengaruhi berat badan bayi dalam kandungan selain saiz badan ibu hamil sendiri. Ia termasuk:

  •  Jarak kelahiran

Jika jarak kelahiran di antara bayi sulung dan anak kedua terlalu rapat, ada risiko bahawa anak yang seterusnya itu memiliki kurang berat badan.

  • Faktor genetik
  •  Kesihatan ibu hamil

berat badan

Jika ibu hami mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes dan obesiti, janin di dalam kandungan anda cenderung untuk mempunyai berat badan yang berlebihan.

  •  Saiz janin

Ada  juga kes terutamanya kembar, berat untuk setiap bayi adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan berat janin yang normal.

  • Bentuk badan ibu ketika mengandung

berat badan

Kebanyakan ibu hamil yang mempunyai saiz badan besar akan mempunyai risiko melahirkan bayi yang memiliki berat badan lebih besar daripada normal.

  •  Berat badan ibu ketika mengandung

Tahukah anda jika ibu hamil tidak menambah berat badan, maka bayi mereka akan mengalami  kekurangan berat atau masalah nutrien. Pada masa yang sama, ibu hamil yang memiliki badan terlalu besar saiznya, berat badan bayinya akan menjadi berlebihan hingga akan menyukarkan proses bersalin mereka. Disebabkan itu, situasi ini sering diakhiri dengan pembedahan czer berpunca dari saiz bayi yang terlalu besar.

Oleh itu,  penting untuk ibu hamil tahu risiko yang bakal mereka hadapi jika bayi dalam kandungan  ringan. Jika mengalami sebarang komplikasi, segeralah berjumpa dengan pakar perubatan di hospital berdekatan. Semoga bermanfaat buat ibu hamil di luar sana!

Sumber: the Asian parent

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×