Asuh

Jangan Risau Jika Berat Badan Si Comel Menaik, Ibu Bapa Perlu Kenali 9 Ciri Bayi Pramatang!

7
SHARES
bayi pramatang

Bayi pramatang bermaksud si comel yang dilahirkan sebelum 37 minggu usia kandungan. Situasi ini kerap berlaku untuk sesetengah ibu bapa. Apabila berlaku situasi seperti ini, ibu bapa mula buntu terhadap penjagaan yang sebetulnya terhadap bayi pramatang mereka.

Sememangnya bayi pramatang memerlukan penjagaan extra daripada ibu bapa untuk mengelakkan perkara tak diingini berlaku. Maka, penting untuk ibu bapa mengenali ciri-ciri bayi pramatang yang sihat supaya tidak panik apabila mendapati kriteria itu ada pada si comel mereka. Jadi, jom ikuti penulis mengenai ciri bayi pramatang yang sihat!

Baca juga: 8 Tanda Pada Bayi Baru Lahir Yang Pelik Tapi Normal, Mama Tak Perlu Risau!

10 CIRI BAYI PRAMATANG YANG SIHAT

1. Menangis dengan lantang

bayi pramatang

Mesti ibu bapa risau kan tiap kali si comel anda menangis lantang, memikirkan apa lagi yang tidak kena. Jangan risau, salah satu cara melihat sama ada bayi pramatang sihat atau tidak adalah dengan mendengar tangisan mereka.

Ini kerana ada bayi yang lahir awal mempunyai suara dan tangisan yang lemah disebabkan pernafasan mereka belum sempurna. Jadi, jika bayi pramatang anda menangis dengan lantang, anda sudah boleh melepaskan nafas lega!

2. Boleh bernafas sendiri

Kebanyakan bayi pramatang memerlukan alat bantuan pernafasan untuk bernafas. Namun, jika bayi pramatang anda sudah berhenti menggunakan alat itu, ini bermakna sistem pernafasan mereka sudah boleh mula bekerja dengan baik seperti bayi normal.

3. Dapat mengatur suhu tubuh

Jika anda perasan, kebanyakan bayi pramatang ditempatkan beberapa hari di inkubator. Inkubator merupakan tempat tidur plastik bening yang menolong menjaga bayi menjadi kekal hangat.

Untuk kes bayi pramatang yang sihat, mereka sudah tidak memerlukan alat ini dan boleh mengekalkan suhu tubuh badan yang hangat tanpa apa-apa bantuan. Jadi, kalau si comel anda sudah keluar dari inkubator, anda sudah boleh stop risau berlebihan!

4. Berat badan bertambah

Berat badan merupakan tali pengukur tahap kesihatan seorang bayi normal mahupun pramatang. Kebiasaannya, bayi pramatang dilahirkan dengan berat kurang daripada 2 kg. Jika situasi ini berlaku, pihak hospital tidak akan membenarkan mereka pulang ke rumah sehinggalah mencapai berat 2 kg.

Jika bayi  pramatang anda menunjukkan peningkatan berat badan sesuai dengan targetnya, ini bermakna keperluan nutrisi mereka telah terpenuhi dengan baik.

5. Tidak menunjukkan gejala penyakit serius

Bayi pramatang lebih cenderung terkena serangan penyakit seperti anemia, gangguan pernafasan, pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Akan tetapi, jika mereka tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit serius, maka boleh disimpulkan bahawa si comel anda merupakan bayi pramatang yang sihat.

6. Menyusu sendiri

bayi pramatang

Salah satu petanda lain menunjukkan bayi pramatang yang sihat adalah apabila mereka mempunyai kebolehan untuk menyusu atau minum susu dari botol. Pendek kata, bayi pramatang yang boleh menghisap dan mengenali puting atau dot susu!

7. Tidak ada masalah perilaku dan kesihatan mental

Bayi yang lahir lebih awal berisiko untuk memiliki masalah kesihatan mental tertentu dan juga kelewatan perkembangan berbanding bayi lahir cukup bulan. Menurut pakar, bayi pramatang boleh mengejar ketertinggalan perkembangan mereka hingga usia 2 tahun.

Jika anda masih ragu ke atas kesihatan mental si comel, sila hadiri sesi konsultasi bersama pakar.

8. Rutin buang air

Bayi pramatang yang sihat perlu membuang air sebanyak 8-10 kali sehari. Ini adalah untuk menandakan bahawa bayi itu memperoleh ASI atau makanan yang mencukupi.

9. Tumbuh lebih kuat

Semakin bertambah usia seorang bayi, maka makin berkembang dengan baik perkembangan otot mereka. Kemampuan bayi untuk menampung berat badan mereka ketika duduk, merangkak atau berdiri perlu diperhati kerana ia merupakan petanda jika bayi bertumbuh dengan sihat atau tidak.

10. Tindak balas gerakan dan suara

bayi pramatang

Bayi bertindak balas melalui respon suara dengan menoleh dan menjadi diam, tersenyum, menangis, menjadi semangat dan menggerakkan tangan dan kakinya. Bayi pramatang yang boleh melakukan eye contact dan menunjukkan ekspresi ketika bermain atau berinteraksi dengan orang lain menunjukkan perkembangan komunikasi dan fungsi indera mereka sihat.

Jadi jika bayi pramatang membalas senyuman anda, ini bermakna mereka merupakan si comel yang sihat!

Penting untuk ibu bapa tahu bahawa bukan semua bayi pramatang mengalami komplikasi kesihatan. Namun, kelahiran bayi yang terlalu awal juga boleh menyebabkan risiko masalah kesihatan sama ada untuk jangka pendek atau panjang. Oleh itu, amat penting untuk selalu berhubung dengan doktor untuk sebarang persoalan mengenai si comel anda. Semoga bermanfaat!

Sumber: the Asian parent

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×