Asuh

Ajaibnya Kuasa ‘Eye Contact’. Ini 5 Sebab Kena Rajin Tenung Mata Anak, Bukannya Handphone!

1.5K
SHARES

Hari-hari kita mesti akan pandang anak. Tapi, berapa kali dalam sehari kita betul-betul merenung tepat ke dalam matanya?

Kadang-kadang kita bercakap panjang lebar dengan anak, tapi mata tengah tengok phone atau TV.

Ada kalanya kita terlalu sibuk dan bercakap dengan anak-anak sambil memasak, mengemas, menaip di keyboard komputer, dan sebagainya. Memandang anak tepat ke dalam matanya adalah satu tindakan yang mungkin kita anggap remeh.

Tahukah ibu, cara paling simple untuk connect dengan anak-anak adalah melalui renungan mata yang separas atau ‘eye level’, iaitu apabila kita membongkokkan badan atau melutut agar paras mata kita berada kedudukan sama dengan mata anak-anak kita.

Ketika inilah terjalinnya ‘eye contact’ yang menakjubkan, malah saintis sendiri telah membuktikannya menerusi hasil gelombang otak (brain waves) yang terjadi ketika ini.

Berikut adalah kepentingan ‘eye contact’ demgan anak yang patut ibu ayah manfaatkan mulai hari ini juga!

5 Kepentingan ‘Eye Contact’ Dengan Anak

1. Ia Buat Anak Rasa Lebih Selamat

Mengikut kajian, bayi dapat menghasilkan gelombang positif pada otak ketika ditatap mata mereka secara terus (eye contact) di mana ia membuat bayi berasa lebih selamat dan selesa.

Ibu boleh manfaatkan masa menyusu untuk menatap mata anak dan berbual dengannya.

Bagi anak yang lebih besar, cubalah rendahkan badan agar berada separas dengan mata anak untuk mendapatkan ‘eye contact’.

Kalau nak tahu, teknik ini juga dipraktikkan oleh keluarga Diraja Britain, iaitu Putera William dan Kate Middleton yang sering dilihat berlutut atau merendahkan badan ketika bercakap dengan anak-anak mereka.

Foto Kredit: inspiringvideo,net

2. Ia Menandakan Kita Bersedia Jadi Pendengar

Dalam komunikasi, kita sebagai ibu bapa bukan saja perlu bercakap, tapi kita juga perlu mendengar.

Tenungan mata kita adalah isyarat pertama yang akan berkomunikasi dengan anak.

Bila kita berada pada ‘eye level’ yang sama dengan anak, ia menandakan kita bersedia untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada mereka.

Ini juga akan membuat anak berasa lebih teruja dan seronok untuk berkongsi cerita dengan ibu ayah.

Bayangkan kalau kita bercakap dengan orang yang ralit atau tergesa-gesa, kita pun rasa malas nak bagi perhatian apatah lagi beri respon pada dia kan?

Foto Kredit: Getty Images

3. Elak Miscommunication

Pernah tak kita suruh anak buat satu benda ni, tapi lain yang dibuatnya.  Inilah kes miscommunication atau salah faham.

Kesibukan harian boleh buat kita stres dan selalu kalut nak siapkan macam-macam kerja. Dalam otak fikir lain, mulut pulak cakap lain. Ada tu mungkin anak ingatkan kita marah, tapi sebenarnya kita cuma penat dan frust pasal benda lain kan?

Sebab tulah pentingnya ‘eye contact’ dengan anak ni sebab bila kita dalam keadaan saling bertentang mata dengan anak, kita akan tumpukan perhatian betul-betul masa bercakap.

Jadi, mudahlah nak sampaikan mesej yang tepat pada mereka.

tips bayi cepat bercakap

Foto Kredit: babyeinsteindev.workdpress.com

4. Anak Mudah Terima Nasihat & Belajar

Bila mesej dapat disampaikan dengan terang dan jelas, dah tentu anak akan lebih mudah faham dan merespon dengan baik kan?

Para pengkaji dari University of Cambridge di United Kingdom dan Nanyang Technological University di Singapore, telah membuktikan bahawa ‘eye contact’ antara seorang dewasa dan bayi mampu menghasilkan gelombang otak (brain waves) yang dipercayai membantu bayi belajar serta berkomunikasi dengan lebih cepat dan berkesan.

Malah, pengkaji juga mendapati bayi menjadi teruja dan membuat lebih banyak bunyi apabila berlakunya ‘eye contact’ berbanding apabila mereka berpandangan ke arah berlainan.

Foto Kredit: 123rf.com

5. Ia Mengeratkan Hubungan

Akhir sekali, kita sendiri mesti tahu pepatah ‘dari mata jatuh ke hati’.

Begitulah lebih kurang perumpamaannya bagaimana hanya melalui pandangan, hubungan dapat dieratkan.

Ia bukan sekadar kata pujangga, malah telah dibuktikan sains tau!

Foto Kredit: whattoexpect.com

Jom Manfaatkan Kuasa Ajaib ‘Eye Contact’

Jadi, bila menyusukan bayi, waktu bercakap dengan anak, atau bila-bila mereka bercakap dengan kita, pandanglah mata mereka dengan penuh kasih sayang ya.

Banyak yang mereka akan pelajari, dan kita pun mesti dapat merasakan brain wave yang dihasilkan hasil ‘eye contact’ ini!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×