Didik

5 Sebab Pakar Psikologi Memuji Cara Putera William Mendidik Anaknya

39.9K
reads

Tahukah anda, ada satu cara komunikasi dengan anak yang ditunjukkan oleh Putera William ini sangat dipuji oleh pakar psikologi kanak-kanak seluruh dunia.

Jika anda perasan, kebanyakan gambar Putera William dan anaknya, George dilihat bercakap sambil bertentang mata. Putera William akan selalu berlutut atau merendahkan badannya untuk memastikan beliau dapat bercakap dengan anaknya pada paras mata yang sama, iaitu pada ‘eye level’. Secara psikologinya, posisi ‘eye level’ ini adalah cara komunikasi dengan anak yang amat berkesan dan patut dipuji serta dicontohi.

Berbanding dengan bercakap dengan anak dari jauh atau daripada ketinggian anda, bercakap pada setentang mata akan memberi kesan yang berbeza kepada cara anak anda mendengar.

Sumber video: Good Housekeeping

5 Keajaiban Bercakap Dengan Anak Pada ‘Eye Level’, Bak Putera William

Menurut pakar perkembangan kanak-kanak, komunikasi aktif seperti cara yang ditunjukkan oleh Putera William ini dapat memberi mesej luarbiasa kepada anak kecil.

Antara mesej yang diterima oleh anak kecil adalah:

1. “Papa Dengar Apa Yang Kamu Cakapkan”

Anak kecil cenderung untuk menjerit dan memberontak kerana mereka sering menganggap ibu bapa tidak mendengar apa yang mereka cakapkan. Mungkin kerana kita sedang sibuk membuat kerja, memandang ke arah lain, atau kerana mereka memang tidak dapat melihat reaksi muka kita dengan jelas daripada ketinggian mereka, lebih-lebih lagi dalam keadaan dikelilingi ramai orang.

Ketika anda melutut dan bercakap pada setentang mata anak, ia memberi gambaran yang jelas kepada anak bahawa anda benar-benar mendengar apa yang mereka cuba beritahu.

2. “Mama Berminat Untuk Tahu Pendapat Kamu”

Jika anda tidak pernah mencubanya, anda akan mendapati bahawa anak-anak juga akan menatap wajah dan mulut anda. Apabila anda mendapatkan ‘eye contact’ dengan anak, anda akan lebih fokus untuk mendengar apa yang kita cuba katakan.

Apabila mereka dapat mendengar dengan baik dan fokus, mereka dapat memberitahu kita apa yang mengganggu mereka dan apa pendapat yang cuba dilontarkan oleh mereka.

Foto Kredit: gala.de

Foto Kredit: gala.de

3. “Kamu Adalah Yang Paling Penting Sekarang”

Semasa bertentang mata dengan anak, ‘eye contact’ ini akan terasa hingga ‘tertusuk’ ke dalam hati. Anak akan berasakan mereka penting dalam mata ibu bapa berbanding gajet mahupun pekerjaan lain. Seperti dalam gambar ini, Putera William nampak benar-benar mengambil masa untuk bercakap dengan anaknya walaupun sedang terlibat dalam perlawanan besbol.

Dengan cara ini, anak lebih lembut hati dan mudah untuk ibu bapa menyampaikan mesej dengan jelas dan penuh kasih sayang.

Foto Kredit: cosmopolitan-jp.com

Foto Kredit: cosmopolitan-jp.com

4. “Mama Serius”

Daripada kita terjerit-jerit dan meninggi suara apabila anak tidak mendengar kata, mereka sebenarnya lebih ‘gerun’ apabila kita bercakap dengan mereka dengan nada yang tegas sambil memandang tepat ke dalam mata mereka. Ternyata, teknik ini turut dilakukan oleh Kate Middleton semasa bercakap dengan anaknya.

Selain menunjukkan kepada anak bahawa anda benar-benar serius, ia membantu anak untuk mencontohi bagaimana anda dapat mengawal keadaan tanpa perlu bergaduh dan mengamuk.

cara komunikasi dengan anak

Foto Kredit: huffingtonpost.ca

5. “Mama Dan Papa Sentiasa Ada Dengan Saya”

Cara komunikasi dengan anak pada ‘eye level’ dapat membuatkan anak berasa dekat dengan ibu bapa, walaupun ketika itu mereka sedang melakukan kesilapan.

Ada kalanya, anak menangis dan mengamuk kerana mereka berasa tidak selamat atau ‘takut’ dengan perasaan mereka sendiri. Jadi, teknik ini semestinya membantu anak untuk berasa lebih tenang dan fokus pada kita.

cara komunikasi dengan anak

Foto Kredit: celebuzz.com

Anak-anak ‘Peniru’ Terbaik

Cara komunikasi dengan anak yang ditunjukkan oleh Putera William dan Kate ini sedikit sebanyak tentu akan mengingatkan kita dengan mendiang Puteri Diana yang terkenal dengan sifat penyayangnya. Ia juga bukti bahawa sifat seorang ibu boleh mempengaruhi anak-anak sehingga mereka dewasa.

Sama ada kita seorang kerabat diraja, selebriti, atau sesiapa pun, anak-anak akan belajar mengikut gaya percakapan kita sebagai contoh terdekat mereka. Jadi, jangan malas untuk membongkokkan badan dan bercakaplah dengan anak menggunakan teknik ini. Ternyata, memang banyak keajaibannya!

Yang Popular

To Top