Asuh

Walaupun Susah, Ini 7 Sebab Kita Patut Berhenti Menjerit Pada Anak

1.1K
SHARES
cara mendisiplinkan anak

“Aiman, cepatlah kemas mainan tu! Berapa kali Mama nak cakap, Aiman dengar tak ni?!”

Tersentak si anak yang sedang khusyuk bermain sejak tadi. Kali ini, barulah nak mula bergerak dan kemas mainan, lalu bersiap untuk makan malam.

Sebagai ibu bapa, situasi ini bukanlah sesuatu yang pelik. Namun, bukan mudah menahan sabar apabila anak-anak tidak mendengar arahan dengan baik. Kadang-kadang, mereka sengaja pula buat tak dengar dan tidak mengambil serius pada apa yang kita cakapkan. Kalau tak kena masa, kita yang keletihan dan stres memang boleh ‘berderau’ darah juga dibuatnya melayankan karenah anak.

Walau apa pun, mungkin selepas ini kita boleh mengurangkan menjerit selepas membaca alasannya di bawah ini.

7 Sebab Kita Patut Berhenti Menjerit Pada Anak-anak

Sebenarnya ada banyak cara mendisiplinkan anak yang berkesan selain menjerit. Ini sebabnya kita patut cuba mengelakkan tabiat tersebut.

1. Membentuk Sikap Agresif Dan Pemarah

Menurut kajian dari Universiti Pittsburgh, menjerit ini ada kesan sampingannya terhadap sikap anak-anak jika terlampau kerap dilakukan oleh ibu bapa. Malah, ia didapati mempunyai kesan yang hampir sama dengan hukuman fizikal seperti memukul mereka.

Walaupun ibu bapa menganggap ia adalah sebagai cara mendisiplinkan anak mereka, tindakan meninggikan suara tanpa sebab menjadikan seorang anak bersikap agresif dan pemarah.

kesan pukul anak

Foto Kredit: zerotothree.org

2. Anak Kurang Percaya Diri Dan Mudah Tertekan

Lebih mengejutkan, di sebalik sikap agresif dan pemarah tadi, anak-anak sebenarnya mempunyai perasaan kurang keyakinan diri dan cenderung terhadap tekanan perasaan.

Malah, perkembangan mereka mungkin akan terjejas kerana tidak berani mencuba sesuatu yang baru dan sentiasa berada dalam ketakutan.

Foto Kredit: uykusuzanneler.com

Foto Kredit: uykusuzanneler.com

3. Anak ‘Terpaksa’ Mendengar Kata

Bayangkan seorang anak melihat ibu bapa yang 3-4 kali lebih besar daripada mereka sedang menjerit. Tentu ianya menakutkan, bukan? Dalam keadaan ini, seorang anak akan hanya menurut apa yang diarahkan oleh ibu bapa mereka pada waktu tersebut tanpa memikirkan sebab dan pengajarannya.

Ini kerana, dalam fikiran mereka, mereka hanya mahu kita berhenti menjerit secepat mungkin dan tidak sempat memproses maklumat lain dalam otak – sama ada ianya baik atau buruk dan sebagainya.

Foto Kredit: robertafish.com

Foto Kredit: robertafish.com

4. Cara Mendisiplinkan Anak Yang Kurang Berkesan

Pertama kali kita menjerit, mungkin anak-anak akan berasa takut dan cepat-cepat bertindak. Tapi, jika itu saja yang kita lakukan setiap hari, mereka akan mudah terbiasa dengannya. Sebagai kesannya, anak-anak ini mungkin hanya akan bertindak hanya apabila kita mula menjerit dan menjadi ‘hulk’ kerana itulah ‘latihan’ mereka selama ini.

Lama-kelamaan, kita pula akan semakin stres dan menjerit lebih kuat lagi. Jadi, sampai bila ianya akan berakhir?

cara bercakap dengan anak

Foto Kredit: eumom.ie

5. Ia Menunjukkan Kelemahan Kita

Apabila ibu bapa sendiri menunjukkan bagaimana mereka tidak dapat mengawal emosi dan kelakuan mereka dengan menjerit, adakah anda patut mengharapkan anak anda dapat berbuat demikian? Sudah tentu tidak, bukan?

Oleh itu, tunjukkanlah kepada mereka cara yang sebetulnya mengawal emosi dan mereka akan belajar daripada kita. Ia mungkin mengambil masa, tetapi ia berbaloi untuk kita bersabar dan melihat hasilnya.

Foto Kredit: kleo.ru

Foto Kredit: kleo.ru

6. Tiada Komunikasi Dua Hala

Dengan menjerit, kita mengharapkan anak anda untuk mendengar apa yang kita katakan. Tetapi, adakah kita bersedia untuk mendengar apa pula suara hati mereka?

Menjerit adalah komunikasi sehala yang tidak berkesan kerana hanya seorang saja yang dapat menyampaikan mesej. Jadi, jangan terkejut pula jika anak kita menjerit kembali dan menghamburkan kata-kata kurang sopan kerana mereka rasa tidak didengari selama ini.

anak-cepat-bosan

7. Anak-anak Sukar Percayakan Kita

Apabila anak asyik dijerit dan ditengking, mereka akan cuba melakukan apa saja untuk menghentikannya. Malah, mereka mungkin sanggup menipu dan menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan kita.

Sungguhpun kadangkala perkara kecil itu bukanlah sesuatu yang serius, namun mereka tidak mahu mengambil risiko. Lama-kelamaan, anak-anak kurang berkongsi dan tidak mahu berkomunikasi dengan kita walaupun apabila sedang menghadapi masalah.

anak suka berbohong

Foto Kredit: livestrong.com

Bina Hubungan Yang Sihat

Jika kita pernah menjerit sebelum ini, maafkanlah diri masing-masing dan cuba untuk menahan diri daripada melakukannya lagi. Salah satu cara terbaik adalah dengan beredar dari tempat tersebut secepat mungkin supaya anda tidak menunjukkan emosi di hadapan anak-anak.

Selepas kembali tenang, cubalah bercakap pada ‘eye level’ mereka supaya anak-anak lebih terasa dekat dan selesa untuk mendengar arahan. Perlu diingat, hubungan dan sikap ibu bapa adalah perkara asas yang penting dalam membentuk keperibadian anak-anak. Oleh itu, apa saja yang kita buat mudah untuk ditiru oleh mereka!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×