Famili

8 Tips Berkesan Yang Ibu Bapa Boleh Buat Untuk Hentikan Anak Dari Terus Bergaduh

159
SHARES
Foto Kredit : whatsupusana.com

“Ibu, abang ambil mainan adik!” 

“Adik yang tarik-tarik rambut abang masa tengah buat kerja sekolah, abang pukul lah dia balik”

Pasti ibu bapa diluar sanapernah mengalami situasi ini. Situasi adik-beradik bergaduh . Walaupun anda menganggap ia perkara kecil, tetapi bagi mereka ia isu yang besar.

Adakah anda pening memikirkan cara yang paling sesuai untuk menghentikan adik-beradik daripada bergaduh? Bukan mudah untuk menghentikan pergaduhan mereka. Berhenti 5 minit, tetapi selepas itu bergaduh semula.

Sebagai ibu bapa, anda perlu berfikir secara pantas dan kreatif untuk mengurangkan anak-anak anda bergaduh. Anda perlu memikirkan cara yang lebih lembut tetapi tegas. Ia adalah lebih baik daripada terus memukul anak anda tanpa mengetahui punca dan siapa yang memulakan pergaduhan tersebut.

Jangan kerana anda stres kerana anak asyik bergaduh, anda lepaskan tekanan dengan memukul mereka. Banyak cara yang lebih lembut untuk dipraktikkan.

Kami kongsikan 8 tips berguna untuk para ibu bapa praktikkan bagi meleraikan pergaduhan antara anak-anak anda.

1) Dengar keluhan dan perasaan mereka.

kids-fight-conflict

Foto kredit : empowher.com

Semasa anak anda bergaduh, cuba kenalpasti apa punca pergaduhan itu berlaku. Adakah kerana salah seorang daripada mereka mengalami hari yang teruk di sekolah? Atau adakah kerana si abang penat dan diganggu oleh adiknya?

Ambil masa untuk dengar daripada mereka apakah sebab mereka bertelingkah. Cuba fahami dan tenangkan situasi supaya kedua-dua belah pihak belajar memahami masalah antara satu sama lain. Duduk dan berbual seperti sahabat. Eye contact penting pada saat ini. Jangan mudah melenting jika situasi ini berlaku.

2) Hidup tidak selalunya adil.

Dalam kehidupan tidak selalunya kita dapat memberi keadilan. Jika anda cuba untuk sentiasa mewujudkan keadilan, akan ada kekecewaan yang berlaku.

Dalam situasi ini, kita perlu didik anak yang lebih tua untuk belajar mengalah dengan adik-adik mereka. Sekiranya mereka rebutkan sesuatu barang, ajarlah mereka untuk mengalah. Tidak rugi pun jika mengalah.

3) Abaikan perkara  yang remeh dan fokus pada perkara yang lebih besar.

Caucasian boys fighting over dinosaurs

Foto kredit : huffingtonpost.com

Cuba biarkan anak-anak anda berebut permainan (dalam situasi yang selamat). Jika mereka bergaduh sehingga memerlukan membuat perjanjian, anda boleh berpura-pura ke tandas dan katakan isu tersebut akan selesai selepas anda ke tandas.

Anda juga perlu fokus kepada masalah ini sekiranya salah seorang anak sering menjadi mangsa dalam pergaduhan.

4) Wujudkan kawasan rumah yang selamat.

Sebagai ibu bapa, adalah penting untuk kita mewujudkan persekitaran rumah yang selamat dan ceria. Anda perlu wujudkan satu peraturan kepada anak-anak bahawa kawasan rumah ialah “kawasan kasih sayang”.

Sekiranya salah seorang daripada mereka melanggar peraturan, mereka akan didenda. Peraturan ini salah satu cara untuk terapkan sikap sayang antara satu sama lain.

5) Mesyuarat keluarga.

161097984-1

Foto kredit : mummieslist.com

Adakan mesyuarat keluarga setiap minggu sebelum tidur atau semasa makan malam. Ini adalah cara yang baik untuk mengajar dan melatih anak-anak anda. Bincangkan setiap isu yang mereka tidak puas hati dan tanya apakah cadangan mereka untuk sesuatu perkara.

Pertemuan keluarga ini membantu mereka memahami semua masalah yang berlaku dan cara mendidik anak untuk berfikiran lebih terbuka dengan membincangkan isu-isu tertentu. Sudah pasti mesyuarat ini lebih mengeratkan hubungan satu keluarga.

6) Berikan setiap anak satu kotak khas.

Berebut permainan adalah antara punca utama pergaduhan sering berlaku. Walaupun anda menggalakkan sifat perkongsian, tetapi pasti akan ada perasaan iri hati berlaku. Sediakan untuk mereka kotak khas untuk permainan mereka sendiri agar tidak berebut.

Tidak perlu kotak yang besar, saiz kotak kasut juga sudah mencukupi. Cara ini akan mengajar anak anda menghormati barangan dan hak orang lain serta belajar menjaga barang mereka sendiri.

7) Ambil permainan tersebut jika masih berebut

Jika mereka masih bergaduh kerana berebut barang, beritahu mereka “mama ambil mainan ini sebab ia buat kamu berdua bergaduh, jadi seorang pun tak akan dapat permainan ini”.

Ia akan membuatkan mereka senyap dan tidak akan mengulangi pergaduhan yang sama. Anda perlu adil dalam situasi sebegini.

8) Elakkan perbandingan.

Setiap adik-beradik pasti akan berlaku perbandingan. Elakkan melakukan perkara ini kerana ia akan membuat anak-anak anda berasa tersisih dan tidak yakin dengan diri-sendiri.

Perbandingan akan membuatkan mereka rasa rendah diri dengan diri sendiri. Jangan banding-bandingkan tahap kepintaran dan kesihatan antara anak-anak anda. Setiap mereka mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Namun, anda boleh wujudkan satu persaingan yang sihat antara mereka dalam perkara tertentu.

Jadi, terdapat pelbagai cara untuk menghentikan anak anda daripada terus bergaduh. Elakkan stres dengan perlakuan anak anda bagi menjauhi daripada kes penderaan ke atas kanak-kanak. Jika anda ada tips lain, boleh berkongsi dengan kami di Sirap Limau.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×