Asuh

Kenapa Anak Suka Berbohong? Ini Formula Pakar Menanganinya

1.3K
reads
anak suka berbohong

“Kenapalah anak suka berbohong? Padahal, budak-budak kan hatinya suci dan bersih. Jadi, apa yang membuatkan mereka menipu?”

Tahukah anda, sebenarnya Kang Lee, seorang peyelidik dan pengarah Pusat Kajian Perkembangan Kanak-kanak di Institut Pendidikan Ontario. Beliau telah mengkaji perlakuan kanak-kanak selama 20 tahun berkata: “Jika anda mendapati anak anda menipu buat pertama kali, anda patut meraikannya – bukan memarahinya!”

Child.

Anak Berbohong Menunjukkan Mindanya Berkembang

Ini kerana, ia menunjukkan kemajuan dalam perkembangan otak mereka. Sama keadaannya macam anak dah pandai berjalan atau pandai bercakap, ‘pandai menipu’ sebenarnya adalah salah satu ‘milestone’ juga tau!

Jadi, tingkat keupayaan otak anak-anak untuk menipu adalah lebih tinggi kerana mereka perlu mengambil kira faktor konsistensi, perasaan orang lain, dan mengawal perasaan diri sendiri.

Berbohong adalah sesuatu yang normal dalam diri kanak-kanak. Dipercayai lebih 80% kanak-kanak pandai menipu apabila mencecah umur 4 tahun. Ada yang selesa melakukannya tabiat, dan ada yang hanya menipu apabila dalam keadaan stres atau ingin menyelamatkan diri.

Walaupun anak suka berbohong ini dikira lebih ‘advanced’, namun kita sebagai ibu bapa tidak boleh membiarkan perangai ini berterusan.

cara bercakap dengan anak

Formula Hentikan Sikap Anak Suka Berbohong

Maka, mari lihat apa formula pakar untuk mengubah perangai anak suka berbohong.

1. “Ignore The Lie, Not The Child”

Pernahkah anda mendengar ayat di atas? Ini adalah formula yang dikongsikan oleh Bryan Post, pakar terapi kanak-kanak dalam tajuk syarahannya “Why Kids Lie And How To End It NOW!”

Beliau menggesa ibu bapa supaya tidak cepat melenting walaupun terang-terangan mereka mengetahui bahawa anak mereka menipu. Sebaliknya, bertenang dan abaikan penipuan tersebut terlebih dahulu.

Memarahi anak

Foto Kredit: popsugar.com

2. Bercakap Dengan Anak Selepas  2-3 Jam

Selepas sekitar 2-3 jam daripada penipuannya tadi, cuba lalu di depan mereka dan katakan dengan lembut:

“Sayang, kamu tak apa-apa? Jangan risau, semuanya akan baik-baik saja.”

“Ibu mahu Abang tahu yang Abang boleh percayakan Ibu dan beritahu apa saja.”

Mengikut Bryan Post, ada kanak-kanak yang akan terus mengaku atau menangis apabila mereka dilayan sebegini kerana perasaan bersalah yang membuak-buak.

 

cara bercakap dengan anak

Foto Kredit: eumom.ie

3. Tidak Menghukum Mereka Apabila Bercakap Benar

Bayangkanlah, kalau kali pertama mengaku bersalah terus dihukum, apakah perasaan mereka? Apakah yang mereka pelajari?

Anak-anak akan jadi takut dan tidak percaya pada ibu bapa sendiri. Malah, mereka akan cuba mengelak untuk memberitahu kita apa-apa perkara pada masa akan datang.

Yalah, kalau mengaku salah, tak mengaku pun salah. Baik tak payah beritahu apa-apa kan?

4. Jangan Mengungkit, Sedia Memaafkan

Secara tidak sedar, perlakuan kita akan memberi impak kepada penipuan mereka yang seterusnya.

Jika kita sentiasa mengungkit, ia seolah-olah kita tidak memaafkan dan bersangka buruk terhadap mereka.

Jadi, lepaskan perasaan negatif dan cuba dapatkan kepercayaan daripada si anak.

mendidik anak

Foto Kredit: quotesgram.com

5. Mendoakan Anak

Sebagai ibu bapa, janganlah kita berputus asa dalam mendoakan yang terbaik untuk anak-anak.

Amalkan doa pelembut hati, dan carilah masa yang sesuai untuk menasihati mereka dengan baik, terutamanya selepas waktu solat atau selepas mandi.

Ini antara doa yang boleh diamalkan:

anak suka berbohong

Foto Kredit: livestrong.com

Belajar Percayakan Anak, Bina Hubungan Sejak Kecil

Anak-anak kecil adalah suci dan tidak berdosa. Mereka sebenarnya tidak mempunyai agenda tertentu seperti orang dewasa.

Jadi, mungkin pada awalnya anak-anak merasa keliru atau ingin menjaga perasaan kita. Jadi, kita sebagai ibu bapa perlulah cuba untuk membina hubungan yang kukuh supaya dapat menjadi tempat anak-anak meluahkan perasaan tanpa perlu berselindung dan menipu.

 

Yang Popular

To Top