Asuh

7 Sikap Ibu Bapa ‘Perfectionist’ Ini Punca Anak-anak Penakut, Rendah Diri

385
SHARES
anak mudah mengalah

“Mama, Adik tak pandai!”

“Kenapa cakap macam tu? Habis, kerja sekolah ni macamana?”

“Ala, Adik tak pandai macam kawan-kawan…. Adik tak nak buat lagilah…”

Kenapa anak kita mudah sangat putus asa? Takut diketawakan? Takut mencuba? Takut buat silap?

anak mudah mengalah

Foto Kredit: famlii.com

Sikap Ibu Bapa Mempengaruhi Kelakuan Anak

Menurut laman Phsychology Today, dalam artikel bertajuk ‘A Nation of Wimps’, anak-anak hari ini menjadi semakin lemah dan penakut dek perangai ibu bapanya yang ‘terlalu mengambil berat’ atau ‘perfectionist’.

Contohnya, kalau buat kerja sekolah, cepat saja kata “susah”, “tak reti”. Ada yang takut gelap, takut berenang, takut cicak.

Pernah tak terfikir mereka jadi begitu disebabkan sikap ibu bapa sendiri? Bukankah kita impak pertama dan terbesar dalam hidup mereka?

7 Sikap Ibu Bapa ‘Perfectionist’ Jadikan Anak Penakut

Secara tidak sedar, pembawaan ibu bapa dalam mendidik anak memainkan peranan penting. Ianya bermula sejak kecil lagi. Jadi, cuba refleksi diri dan lihat sama ada kita melakukan kesilapan berikut:

1. Meletakkan Harapan Yang Terlalu Tinggi

Siapa tak mahu anaknya berjaya? Sudah tentu setiap ibu bapa mempunyai segunung impian buat anak-anaknya supaya menjadi orang yang luarbiasa.

Tetapi, anda perlu bijak meletakkan sempadan antara ‘sokongan’ dan ‘tekanan’. Mungkin mereka akan jadi seseorang yang takut gagal kerana tak mahu mengecewakan anda, bukannya kerana mahu belajar menjadi orang berguna.

sikap ibu bapa

Foto Kredit: imujer.com

2. Suka Menasihat (Dan Membebel)

Kita selalu menganggap anak kecil takkan faham, jadi kita ulang cakap berkali-kali. Tapi, sebenarnya tahap konsentrasi mereka dalam satu-satu masa tidaklah sepanjang bebelan anda!

Jadi, usahlah memberi kritikan berjela kerana ia mengelirukan dan susah difahami oleh anak.

Sebaliknya, ringankanlah mulut memuji mereka walaupun pada perkara kecil. Mereka tentu akan rasa lebih bersemangat.

mendidik anak

Foto Kredit: quotesgram.com

3. Sukar Menerima Anak Seadanya

Di kelas, mungkin mereka bukanlah pelajar cemerlang atau tak pernah memenangi apa-apa pertandingan. Tak tahu apa bakat mereka, semuanya biasa-biasa saja.

Tapi, selagi mereka tidak melakukan sesuatu yang buruk, apa salah mereka? Walau apa pun, kita mesti menerima mereka seadanya.

Ini antara sebab yang menjadikan anak pemalu, rendah diri, dan kurang yakin.

4. Terlalu Sibuk Jadi ‘Superhero’ Keluarga

Kita tak pernah menampakkan kelemahan kita di hadapan anak-anak. Memanglah, semua ibu bapa kalau boleh nak jadi ‘superhero’ untuk anak mereka!

Tapi, anak-anak perlu tahu bahawa mereka tidak perlu jadi seseorang yang sempurna serba-serbi. Jadi, jangan segan untuk mengaku kesilapan kita di hadapan mereka.

5. Tak Mahu Menerima Pertolongan Orang Lain

Cakap saja kerja apa, semua kita boleh buat. Serba bolehlah katakan…

Kalau anak nak tolong, mesti cepat saja kita menolak. Nak siap cepat, takut berkecah.

Kalau suami nak tolong pun, kita pula mengkritik. Bahayanya sikap ibu bapa ini bagi anak-anak adalah mereka akan merasa ‘perlu’ lakukan semuanya sendiri.

Apabila menghadapi kesulitan, mereka pula jadi susah melafazkan perkataan ‘tolong’. Ia menyebabkan anak tertekan, mudah mengalah dan tak mahu terus mencuba.

makanan penurun darah tinggi

Foto Kredit: ciudadciencia.es

6. Fokus Kepada Keputusan Berbanding Usaha

Sesetengah sikap ibu bapa asyik bertanyakan “Dapat berapa ujian hari tu?”

Sebaliknya, selalulah ajukan soalan “Buat apa di sekolah hari ini?”

Ada juga yang hanya akan memberi sorakan pada anak kecil apabila dia berjaya melakukan sesuatu, seperti melangkah kaki atau menyebut perkataan pertama.

Yang penting adalah proses pembelajaran, bukannya keputusan. Proses inilah akan menjadikan anak lebih matang dan bijak membawa diri di kemudian hari.

sikap ibu bapa

Foto Kredit: annietaophotography

7. Asyik Cakap ‘Jangan’

“Jangan lari, nanti jatuh.”

” Jangan buat macam tu, bahaya.” 

“Jangan bising sangat boleh tak?”

Jangan, jangan, jangan. Ini adalah ungkapan negatif yang akan mempengaruhi emosi mereka. Mereka akan ‘tersekat’ dan jadi penakut untuk mencuba sesuatu di luar pengawasan kita.

Sekali-sekala, biarlah mereka bebas melakukan sesuatu. Kalau jatuh, biar mereka belajar untuk bangun.

ayah superhero anak

Foto Kredit: wendyvandam.nl

Biar Anak Belajar Buat Sendiri

Tukar mentaliti. Relaks, dan jangan ambil serius sangat tentang pencapaian mereka. Biar mereka ambil masa bereksperimen dan belajar jadi ‘orang’. Bukannya mesin.

Ingat, kegagalan sebenar hanyalah apabila kita tidak mahu mencuba. Yang penting, anda sentiasa memberi sokongan kepada mereka setiap masa.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×