Asuh

Begini 9 Cara Bercakap Dengan Anak Keras Kepala

683
SHARES
cara bercakap dengan anak

“Alia, kan ibu dah kata jangan berlari. Sekarang tengok dah jatuh. Itulah tak mahu dengar kata ibu dari tadi.”

“Aduhai, memang susah nak kawal anak-anak sekarang. Apa saja yang ibu bapa cakap, semuanya sudah tak makan saman.”

“Tak padan kecil, degil bukan main. Sudah habis ikhtiar ajar anak supaya mendengar kata kita, ibu bapanya.”

Pasti ramai ibu bapa yang hadapi situasi seperti di atas. Malah apa yang kerap terjadi adalah sebaliknya, ibu bapa yang mendengar kata anak. Jadi, bagaimana cara bercakap dengan anak supaya mereka betul-betul memberi perhatian?

cara bercakap dengan anak

Foto Kredit: halloweencostumes.com

Cara Bercakap Dengan Anak Keras Kepala

Saya turunkan beberapa petua agar anak mudah mendengar kata dan arahan daripada ibu bapa.

1. Elak jerit atau berteriak dari jauh

Jika kedudukan anda dan anak jauh, dan anda inginkan anak membuat sesuatu, tidak perlu jerit memanggil namanya sehingga jiran sebelah pun boleh dengar.

Tapi, dekati anak dan bercakap dengannya mengguna suara yang perlahan. Pasti anak akan menurut kemahuan anda.

2. Samakan kedudukan

Jika anak sedang duduk sambil leka bermain dan anda ingin dia membuat sesuatu untuk anda, rapati dirinya dan duduk di sebelahnya.

Panggil namanya secara perlahan dan beritahu apa yang anda ingin dia lakukan untuk anda.

3. Sentuh dengan mesra

Kadangkala, lebih sedikit perkataan yang kita lafazkan, lebih bagus. Bergantung pada keadaan.

Jika anak masih tidak memberi respon apabila anda memanggilnya, sentuh dirinya dengan mesra agar dia tahu anda meminta perhatiannya.

Seringlah lakukan ‘body contact’ dengan anak agar dia tahu anda menyayanginya.

4. Lakukan ‘eye contact’

Bila meminta anak membuat sesuatu, pandang ke dalam matanya dan beri arahan. Jadi, anak akan beri perhatian pada apa yang anda ingin dia lakukan.

5. Ekspresi muka

Seboleh-bolehnya, beri air muka yang tenang meskipun anak tidak endah pada arahan anda.

Air muka yang bengis akan memberi impak yang tidak elok pada pandangan anak anda.

6. Jangan guna kekerasan

cara bercakap dengan anak

Foto Kredit: parenting.org

Apabila anak tidak mendengar kata anda, elak guna kekerasan pada dirinya kerana ia akan membuat anak semakin memberontak dan menjauhkan diri serta tidak fokus kepada arahan anda.

7. Guna arahan yang pendek dan ‘direct’

Bila anda minta anak buat sesuatu, guna arahan yang pendek dan jelas.

Misalnya “Ok, ambil kasut dan terus masuk dalam kereta” lebih jelas daripada “Kalau tak masukkan kasut dalam kereta dalam masa 5 minit, kita akan lambat sampai sebab jalan sesak”.

Cara bercakap dengan anak seperti ini akan membuat mereka lebih memahami dan sedia patuh pada arahan.

8. Beri mereka pilihan

Setengah ibu bapa akan pastikan anaknya membuat sesuatu mengikut kehendak mereka sendiri tanpa memberi pilihan kepada anak untuk membuat keputusan. Sesekali beri anak peluang untuk memilih.

Misalnya: “Hari ini nak tolong ibu kemas permainan atau nak bersihkan bilik permainan?”

Jadi, secara tak langsung anak akan mendengar arahan anda.

9. Elak perkataan “JANGAN”

Lagi kita melarang dan kata JANGAN, itulah yang akan dilakukan oleh anak. Betul tak?

Cara bercakap dengan anak perlu ditukar, supaya arahan diberi tanpa guna perkataan JANGAN.

Misalnya daripada “Jangan buang makanan kat lantai” kepada “Kalau tak nak, letak je makanan tu dalam pinggan”.

cara bercakap dengan anak

Foto Kredit: eumom.ie

Didiklah anak sedari kecil,

Kerana pada masa inilah mereka sedang dalam proses pembelajaran dan mudah mendengar kata serta senang dibentuk.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×