Asuh

7 Cara Kena Buat Bila Anak Susah Dengar Arahan & Asyik Terhegeh-hegeh

2.1K
SHARES
anak terlalu manja

“Aduh, sakitnya terpijak mainan budak-budak ni… Dari tadi kita suruh kemaskan mainan, dia boleh buat tahu je. Ni dah ke mana pula menghilang. Berapa kali nak disuruh barulah nak dengar arahan.”

Bila kita suruh mandi, macam-macam alasan yang diberi. Walaupun diberi masa untuk menyudahkan apa yang sedang dilakukan, si anak masih tak bergerak-gerak. Kenapa agaknya kita kena beri arahan 5-6 kali pada anak setiap kali diminta melakukan sesuatu?

Menurut ahli psikologi, mungkin selama ini kita menggunakan teknik yang salah untuk bercakap dengan anak.

7 Cara Kena Buat Bila Anak Susah Dengar Arahan & Asyik Terhegeh-hegeh

Berikut adalah cara lembutkan hati anak dan trik memberi arahan yang berkesan kepada mereka.

1. Ganti Ayat Negatif

Pertama sekali, periksa dahulu arahan yang kita berikan kepada anak-anak. Adakah perintah tersebut berupa ‘label’ negatif?

Contohnya: Jangan malas, jangan menangis, jangan buat sepah.

‘Jangan’ adalah perkataan negatif dan kebanyakan perkataan yang diucapkan selepasnya adalah label yang bersifat negatif. Apabila ia selalu disebut, fikiran bawah sedar si anak sangat kuat dan akan mewujudkan perkaitan terhadap perkataan tersebut dalam perbuatan mereka.

Sebaliknya, cuba ubah kepada: Rajin-rajin ya, semuanya baik-baik saja, dan nanti kemas semula ya.

cara lembutkan hati anak

Foto Kredit : parintitandem.ro

2. Keep it short

Semua arahan perlu dijelaskan tanpa melibatkan emosi anda, sebaliknya fakta yang dapat difahami oleh anak.

Contohnya, elakkan berkata: “Penat ibu suruh makan sayur, kamu asyik nak buang saja. Membazir tau. Penat Mama masak.” Anak-anak susah memahami ayat ini kerana ia agak panjang. Malah ia melibatkan emosi di mana mereka tidak berkongsi rasa yang sama seperti seorang dewasa.

Jadi, cuba fokus terhadap arahan tersebut dengan memberi arahan ringkas, “Kamu perlu habiskan sayur ini supaya badan kamu sihat.”

Cara makan sihat

Foto Kredit: rosarossaonline.org

3. Tunjukkan Cara Melakukannya

Pada kebanyakan masa, si anak mungkin tidak bermaksud untuk mengabaikan arahan ibu bapa. Tapi, sebenarnya mereka berasa sukar untuk melakukan sesuatu kerana tidak tahu caranya.

Contohnya, jika terlalu banyak mainan yang berteraburan, mereka menganggap ia mustahil dapat dikemas dalam masa yang cepat. Jadi, kita boleh membimbing mereka dengan memberitahu mereka dari mana mereka patut memulakannya.

Di samping itu, boleh juga beri galakan dan lakukan bersama-sama mereka supaya lain kali ia boleh dilakukan sendiri.

Foto Kredit: tidyhomz.com

Foto Kredit: tidyhomz.com

4. Dengar Suara Hati Anak

Sebelum kita mahu didengari, sepatutnya kita boleh menjadi pendengar kepada anak-anak. Oleh itu, luangkan masa untuk mendengar apa yang anak anda ingin suarakan terlebih dahulu.

Mungkin hari ini si anak baru balik sekolah dan ingin menceritakan perkara yang menarik berlaku di tadika tadi. Tetapi, kita lantas menyuruhnya mandi. Atas sebab ini, mungkin saja anak akan berasa kurang diberi perhatian dan ‘liat’ untuk melakukan perkara yang diarahkan.

perkembangan anak 2 tahun

Foto Kredit: romper.com

5. Elak ‘Mengugut’ Dan ‘Merasuah’

Tanpa disedari, kita mungkin akan menggunakan kedua-dua teknik ini untuk ‘mengumpan’ anak mengikut arahan kita. Jika kita terus-menerus mengugut anak untuk mengikut arahan, anak akan hanya berasa ‘takut’ dan bukannya bertanggungjawab terhadap arahan yang diberikan kepada mereka.

Sebaliknya, jika anak dirasuah dengan balasan-balasan seperti duit upah, mainan, atau makanan, ia juga akan menjadi tabiat yang kurang baik. Pokok pangkalnya, kedua-dua amalan ini menyebabkan si anak tidak melakukan apa yang disuruh dengan ikhlas.

kelebihan anak bongsu

Foto Kredit: littleteddy.com.ua

6. Buat ‘Eye Contact’

Dapatkan ‘eye contact’ dan pastikan anda memandang tepat ke mata anak. Jika perlu, tundukkan badan anda supaya mata anda setentang dengan mata anak. Dengan cara ini, anak lebih mudah berkomunikasi dan memahami keseriusan anda.

Di samping itu, bercakaplah dengan nada yang tegas. Tegas di sini bukan bermaksud menjerit atau meninggi suara. Sebaliknya gunakan tona suara lembut dengan nada yang serius tanpa sebarang emosi marah.

cara komunikasi dengan anak

Foto Kredit: huffingtonpost.ca

7. Jangan Mengkritik Atau Memperlekeh Usaha Mereka

Apabila kita memberi arahan kepada anak, jangan terus menganggap mereka memahami mengapa sesuatu perkara perlu dilakukan serta-merta. Ini kerana, anak kecil belum mempunyai keutamaan dan rasa tanggungjawab seperti mana seorang dewasa.

Di samping itu, mereka juga belum berpengalaman untuk melakukan sesuatu perkara sebaik anda. Jadi, berikanlah mereka motivasi dan galakan supaya mereka boleh melakukan sesuatu dengan lebih baik lagi. Jangan pula mengkritik dan memperlekehkan apa yang mereka lakukan.

tanda anak bijak

Foto Kredit: daddymindtricks.com

Banyak Cara Lembutkan Hati Anak Yang Boleh Dicuba

Ada pelbagai cara lembutkan hati anak yang praktikal dan boleh anda cuba. Ia sama sekali tidak melibatkan hukuman, kekerasan, atau pergaduhan. Yang penting, cuba lakukannya dengan konsisten untuk melihat hasilnya.

Pada masa yang sama, ibu bapa juga perlu refleksi diri dan cuba memperbaiki kelemahan diri sendiri. Dekatkan diri pada Tuhan dan selalulah berdoa kepadanya agar diberi kesabaran dalam membesarkan anak setiap hari.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×