Famili

Walaupun Sibuk, Jangan Tinggal 7 Perkara Ini Supaya Kita Sentiasa Dekat Di Hati Anak

661
SHARES

“Selamat pagi ibu, ayah.”

“Selamat pagi.”

 

“Selamat malam ibu, ayah.”

“Selamat malam.”

 

Dalam kehidupan moden kini, ramai ibu bapa mempunyai karier tersendiri. Sampaikan ada yang tidak tahu-menahu langsung mengenai perkembangan anak anak.

Perbualan yang ada dari hari ke hari hanyalah selamat pagi dan malam seperti dialog di atas. Lebih teruk lagi, ada yang tidak sempat bertemu muka dengan anak pun kerana sibuk bekerja.

Dalam sebuah kajian yang dijalankan di Singapura, kebanyakan ibu tidak mengetahui kisah harian anak mereka, sebaliknya orang gaji yang lebih mengenali anak anak.

cara-galak-anak-beriadah-dari-main-ipad

Dengan pelbagai gajet kini, anak-anak lebih mudah ‘terhibur’ tanpa komunikasi dengan ibu bapa.

7 Aktiviti Mudah Rapatkan Hubungan Dengan Anak Walaupun Sibuk

Walaupun sibuk dari hari ke hari, sebagai ibu bapa, kita perlu mengetahui cara berkomunikasi dengan anak. Luangkan sedikit masa untuk mengikut idea-idea di bawah, supaya kita dapat kekal berhubung dan mengetahui perkembangan mereka.

1. Berkongsi kisah sewaktu makan malam

Setelah seharian penat bekerja, luangkan masa di malam hari untuk makan malam bersama sekeluarga. Jikalau makanan yang disediakan adalah dari air tangan ibu, itulah yang terbaik.

Tetapi, jika masa dan tenaga yang ada sangat terhad, beli makanan dari luar pun tidak mengapa asalkan dapat meluangkan masa makan bersama-sama.

Sewaktu makan, berkongsilah kisah harian masing-masing. Wajibkan setiap seorang untuk bercerita mengenai apa yang berlaku sewaktu siang hari.

Anak-anak ingin masa berkualiti

Anak-anak ingin masa berkualiti

2. Raikan anak

Bukan sekadar meraikan kecemerlangan mereka di sekolah, tetapi raikanlah kebolehan atau minat mereka.

Contohnya, sekali di dalam sebulan, adakanlah aktiviti seperti ‘Hari Chef Cilik’ untuk anak yang minat memasak. Biarkan anak-anak mendekorasi meja makan serta pinggan mengikut kreativiti mereka.

Pastinya mereka berasa seronok dengan aktiviti ini di samping dapat merangsang kreativiti si cilik. Berikan juga mereka kebebasan untuk memilih menu agar mereka merasakan pendapat mereka didengari dan dihargai.

berkomunikasi dengan anak

3. Melawat kedai buku bersama-sama

Aktiviti ini bukan sahaja sesuai dilakukan di hujung minggu, tetapi di hari bekerja juga pada waktu malam hari. Bawalah anak-anak ke kedai buku dan lihat kecenderungan mereka untuk memilih buku genre apa.

Anda dapat mengenali minat anak-anak dari situ. Anda juga boleh memilih buku berkaitan kekeluargaan dan boleh dibaca bersama-sama di rumah. Anda juga boleh bawa mereka ke perpustakaan berdekatan. Inilah tabiat yang baik, bukan?

Tanamkan sifat suka membaca pada anak-anak. Melentur buluh, biar dari rebungnya.

Tanamkan sifat suka membaca pada anak-anak. Melentur buluh, biar dari rebungnya.

4. Berkongsi kisah sukan kegemaran mereka

Di dalam sesebuah keluarga, pastinya akan ada anak yang meminati sukan. Tidak kisah lah sukan jenis apa pun, luangkan sedikit masa anda untuk berkongsi kisah mengenai sukan itu bersama mereka.

Mintalah mereka untuk bercerita mengenai perkembangan sukan atau pasukan yang diminati itu tidak kira di dalam atau luar negara. Dengan cara ini, anak akan merasa bahawa ibu bapa mengambil berat dan menyokong minat mereka.

5. Melakukan aktiviti ‘one-on-one’ dengan setiap anak

Sekali di dalam seminggu, pastikan anda melakukan aktiviti ‘one-on-one’ bersama setiap anak anda secara bergilir. Bawalah mereka ke taman permainan, persisiran pantai, pusat beli-belah, atau ke mana sahaja. Apabila anda meluangkan masa hanya berdua, ini akan dapat mengeratkan lagi perhubungan bersama.

Sewaktu keluar bersama anda boleh bersembang mengenai diri masing-masing. Anak akan merasa dekat dengan anda sekaligus merapatkan jurang di antara ibu dan anak.

Ajaknya bermain dan beriadah supaya mereka 'lupa' putingnya.

Ajaknya bermain dan beriadah.

6. Mengadakan sesi keagamaan sekeluarga

Bagi anda yang beragama Islam, anda boleh meluangkan masa dua atau tiga kali seminggu untuk mengahafal ayat atau surah dari al-Quran. Bacalah bersama-sama dan dengarkan bacaan dari anak-anak secara bergilir sehingga ayat atau surah tersebut mampu dihafal. Sentiasa solat berjemaah sekurang-kurangnya sekali sehari dan luangkan masa untuk tazkirah ringkas setiap kali selepas solat berjemaah.

Bagi yang beragama lain, anda juga boleh meluangkan masa berkomunikasi dengan anak melalui aktiviti keagamaan masing-masing dan membaca kitab agama sekeluarga.

Foto Kredit: http://qadin.az/

Walaupun anak masih belum faham, tidak mengapa. / Foto Kredit: http://qadin.az/

7. Malam keluarga sekali seminggu

Tetapkan satu malam di dalam seminggu menjadi ‘malam keluarga’ dan adakan aktiviti seperti bermain “boardgame” atau menonton sesuatu filem bersama sama di rumah. Ini bukan sahaja dapat berkomunikasi dengan anak, malah akan mengeratkan hubungan di antara anak-anak itu sendiri.

Dengan aktiviti seperti ini, hubungan kekeluargaan yang ada akan lebih kukuh dan mesra.

berkomunikasi dengan anak

Kalau Bukan Ibu Bapa Yang Berkomunikasi Dengan Anak, Siapa Lagi?

Dengan mengamalkan beberapa idea yang dinyatakan di atas, hubungan antara anda dan anak-anak pasti lebih mesra dan sentiasa terhubung.

Siapa lagi yang perlu paling dekat dengan anak-anak jika bukan kita? Apabila pembantu rumah lebih mengenali anak-anak berbanding kita, sedih bukan?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×