Famili

10 Idea Kreatif Ambil Gambar Bayi Di Rumah!

13
SHARES

Memang menjadi ‘trend’ zaman kini, selalu saja ada jurugambar yang menawarkan pakej fotografi. Daripada majlispre-wedding’, ‘wedding’, post-wedding’, ‘baby shower’, cukur jambul, dan macam-macam lagilah.

Senang kata, “Botak juga kepala kalau asyik nak kena guna khidmat jurugambar profesional ni!”

Ambil Gambar Bayi Sendiri – Yang Penting Ada Idea!

Kalau ambil gambar sama saja, memang bosan. Tapi, siapa kata kalau nak ambil gambar kena ada jurugambar profesional? Kalau ada kamera yang elok, apa kata gunakan kamera tersebut sebaiknya.

Selebihnya boleh ‘edit’ dengan Photoshop saja. Kalau tidak pun, boleh ambil gambar menggunakan kamera telefon dan terus ‘upload‘ di Instagram yang siap ada ‘filter‘ untuk kesan khas yang lebih menarik!

Mari lihat idea DIY di bawah untuk mengabadikan kenangan terindah bayi anda.

10 Idea Paling Kreatif Ambil Gambar Bayi

1. Karakter Superhero

Gambar sebegini memang ‘cool’ dan mesti sangat digilai oleh para bapa serta peminat filem di luar sana. Gunakan prop yang minimal dengan kesan yang maksima supaya bayi selesa dan tidak merengek. Jadi, tidak akan mengganggu proses ambil gambar bayi.

 

2. Gambar Ala Infografik

Wah, gambar sebegini mengandungi banyak maklumat berguna! Sekali pandang, terus tahu namanya, bila tarikh lahirnya, berat badannya, serta tingginya. Tak perlu rujuk mana-mana lagi. Senang, kan?

 

3. ‘Sebelum dan Selepas’

Idea ini amat simbolik dan amat mudah untuk direalisasikan sendiri di rumah. Bayangkan, anda boleh menggunakan semula gambar ini untuk dipegang apabila bayi anda mencapai umur selanjutnya – Ia akan menjadi teknik gambar dalam gambar!

 

4. Ekspresi ‘Sibling Love’

Aduh, siapa tak sejuk hati tengok gambar berpelukan begini adik-beradik kan? Selalunya, gambar yang diambil dari posisi atas begini sangat menjadi walaupun anda bukan seorang profesional! Cubalah!

Tapi, kalau belum ada adik beradik, apa kata anda saja jadi peneman bayi dalam gambar?

Foto kredit: cutebabyz.com

Foto kredit: cutebabyz.com

5. Kostum Comel

Kalau ada kostum yang comel, tak sah lah kalau tak bergambar! Manfaatkan kostum sebaiknya dengan sedikit prop tambahan (seperti lobak dalam gambar di bawah).

 

6. Cermin ‘Ajaib’

Bayi selalunya sangat teruja melihat cermin. Bermacam-macam ekspresi mereka mungkin akan anda dapat lihat jika menggunakan cermin sebagai prop semasa ambil gambar bayi. Tak perlu cermin yang ‘fancy’, cermin biasa pun sudah cukup bagus! Boleh juga diletakkan di atas lantai sekiranya takut pecah.

Foto Kredit: Shannon Lee Images

Foto Kredit: Shannon Lee Images

7. Penuhinya Dengan ‘Ciuman’!

Eh, yang ini lain sedikit. Tapi, ringkas dan mudah. Hanya perlu gincu dan ciumkan bayi anda sebanyak-banyaknya! Aduhai…. Comelnya…

Foto Kredit: Catrina Walker Photography

Foto Kredit: Catrina Walker Photography

 

 

8. Bermain dengan Nombor

Fokuskan pada nombor yang tertera pada baju, blok mainan, mahkota, atau apa saja yang dipakai oleh anak anda. Nombor ini biasanya menandakan umurnya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan nombor untuk simbol lain seperti tarikh lahir.

Foto Kredit: mamabee.com

Foto Kredit: mamabee.com

 

9. Penimbang Berat Antik

Gambar seperti ini memberi ciri klasik. Ia amat sesuai untuk bayi yang baru lahir kerana anda juga senang mengingat berat badannya ketika dia dilahirkan. Pakej 2 dalam 1!

10. Anak Patung Kesayangan

Bayi dan anak patung memang tidak dapat dipisahkan! Mereka nampak sangat comel bersama. Ini adalah antara teknik ambil gambar bayi yang paling senang. Tetapi, mampu menghasilkan impak yang tidak kurang hebatnya. Anda boleh memilih anak patung yang sesuai dari warna, saiz, dan wataknya untuk dipadankan dengan tema fotografi atau pakaian bayi.

 

Selamat mencuba!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×