Didik

8 Barang Penjagaan Bayi Yang Perlu ‘Standby’ Sebelum Bayi Dilahirkan!

3.2K
SHARES

Apa yang perlu ada dalam senarai barang penjagaan bayi? Kadang-kadang kita pun agak keliru barang apa yang perlu ada dan barang apa yang tidak perlu ada kan? Amat penting juga untuk barang tersebut boleh dibawa di dalam beg bayi dimana sahaja anda berada kerana anda mungkin akan memerlukannya. Jadi, kami senaraikan lapan barang penjagaan bayi yang perlu ada tidak kira dimana sahaja anda berada. Jom kita tengok apakah barangan tersebut yang boleh membantu anda untuk kekal bersedia!

1. Pureen Baby Wipes

babywipes

http://pureen.com.my/

Pureen Baby Wipes adalah salah satu jenama yang menjadi pilihan ibu bapa apabila datang soal memilih tisu lembap. Ternyata, tisu lembap ini mempunyai ‘material’ yang tebal dan lembut untuk membersihkan kulit bayi. Selain itu, Pureen Baby Wipes juga mengandungi aloevera dan Vitamin E untuk sentiasa melembabkan kulit bayi. Bukan itu sahaja, tisu lembap ini juga sesuai untuk kulit bayi yang sensitif. Jadi, senanglah untuk para ibu di luar sana untuk membersihkan kekotoran anak di mana sahaja anda berada! Harga bermula dari RM 9.99 sahaja.

2. Johnson’s Baby Shampoo

onsumerist.com

onsumerist.com

Jenama Johnson’s adalah sudah tidak asing lagi dalam barang penjagaan bayi. Salah satu barang yang mesti ada untuk penjagaan bayi adalah syampu bayi. Johnson’s Baby Shampoo adalah sangat sesuai untuk digunakan kerana mempunyai formula ‘No More Tears’. Oleh itu, jangan risau untuk menggunakannya kerana mata anak anda tidak akan pedih lagi ketika menggunakan syampu ini. Harga bermula dari RM6.75- RM 28.39.

3. Minyak Yu Yee Cap Limau

http://www.11street.my/

http://www.11street.my/

Amat mudah untuk bayi mengalami ketidakselesaan perut tidak kira mana bukan? Jangan risau, sentiasa simpan Minyak Yu Yee Cap Limau di dalam beg bayi tidak kira di mana sahaja anda berada. Minyak ini memang diakui ramai, berkesan untuk melegakan perut kembung , sakit dan ketidakselesaan. Tambahan pula, minyak ini tidak pedih pada kulit dan baunya juga sangat wangi! Bukan sahaja anak-anak, anda juga pasti suka dan boleh menggunakaannya. Harga bermula dari RM 10.50- RM 26.50.

4. Pureen Anti-Bacterial Liquid Detergent

http://www.11street.my/

http://www.11street.my/

Bagi pengetahuan anda, untuk memcuci baju bayi, anda sebenarnya perlu menggunakan pencuci baju yang berbeza. Tak tahu? Sekarang anda boleh mencuba Pureen Anti-Bacterial Liquid Detergent untuk mencuci baju bayi. Ia juga didatangkan sekali dengan Softener untuk melembutkan fabrik pakaian anak-anak. Apa yang menariknya, apabila anda menggunakan pencuci ini, anda tidak akan mengalami masalah pakaian bau masam walaupun direndam semalaman! Pasti kena cuba.

5. Carrie Junior Baby Bath

http://www.thestar.com.my/

http://www.thestar.com.my/

Sudah semestinya kita akan suka apabila bayi berbau wangi bukan? Carrie Junior Baby Bath telah dipercayai dapat memberi kegembiraan kepada anak-anak kerana variasi wangiannya. Menariknya, sabun mandi Carrie Junior ini didatangkan dengan variasi wangian buah-buahan seperti buah beri. Bukan itu sahaja, paparan bungkusan yang menarik dari segi warna dan animasi juga turut menarik minat ibu bapa untuk menggunakannya kepada anak-anak. Harga bermula dari RM9.15 – RM 19.99.

6. Cetaphil Baby Daily Lotion

http://www.cetaphil.com/

http://www.cetaphil.com/

Cetaphil adalah jenama penjagaan kulit yang memang mendapat kepercayaan para pakar. Bukan itu sahaja, Cetaphil juga mempunyai rangkaian produk penjagaan bayi yang sememangnya mendapat sambutan. Losyen badan adalah penting bagi bayi supaya kulit sentiasa lembap, jadi amat perlu untuk anda sentiasa sediakn losyen di dalam beg bayi. Cetaphil Baby Daily Lotion mungkin agak mahal sedikit harganya tetapi ia diperkaya dengan glycerin dan ‘shea butter’ untuk terus memberi kelembapan berpanjangan kepada kulit bayi. Mesti ada! Harga bermula dari RM 69.50.

7. Pigeon Cotton Swabs

www.pigeon.com.my

www.pigeon.com.my

‘Cotton Swabs’ atau putik kapas juga antara kelengakapan penting untuk penjagaan bayi. Sekarang, anda boleh gunakan Pigeon Cotton Swabs untuk membersihkan telinga, pusat dan hidung bayi. Jangan risau, putik kapas jenama Pigeon ini dihasilkan dengan 100 peratus kapas berkualiti tinggi, jadi tidak mudah untuk putik kapas ini rosak. Boleh juga digunakan untuk bayi baru lahir kerana kualiti kapas yang lembut. Harga bermula dari RM 13.01- RM 22.30.

8. Johnson’s Baby Powder

www.alibaba.com

www.alibaba.com

Antara rangkaian produk Johnson’s yang mendapat sambutan ramai adalah Johnson’s Baby Powder. Menariknya, bedak Johnson’s ini juga didatangkan dengan variasi bau dan kegunaan seperti aloe vera, lavender dan chamomile. Jadi, anda boleh pelbagaikan pilihan bedak untuk anak dan tidak mudah jemu. Apa yang bagusnya bedak Johnsons’s ini boleh membantu menghilangkan ruam badan, cepat menyerap peluh dan menjadikan kulit anak lebih selesa. Maknanya, badan anak anda akan sentiasa berasa sejuk! Seronoknya! Harga bermula dari RM3.59- RM 10.15.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×