2-4 Tahun

Ibu Ayah Kena Lebih BIJAK Besarkan Anak-Anak, Ini 10 Tips Berguna Perkongsian Pakar

12
SHARES
tips berguna

Setiap ibu bapa pasti mengetahui bahawa membesar anak lingkungan umur 3 ke 4 tahun adalah waktu yang mencabar  lebih-lebih lagi apabila si kecil ini telah mula belajar meneroka persekitaran mereka pada masa ini. Mungkin apa yang ibu bapa perlukan adalah tips berguna dari pakar mental kanak-kanak ini mengenai cara membesarkan anak di usia ini.

Mengikut perkongsian satu laman akaun Facebook, dia berkongsikan tips daripada pakar mental kanak-kanak yang telah diamalkannya sendiri bersama anak di rumah dan ternyata semuanya berkesan. Jadi, ibu bapa usah risau, ikuti tips berguna besarkan anak dari pakar mental kanak-kanak ini!

Baca juga: Idea Mainan Sensori Di Rumah Untuk Anak, Mak Ayah Boleh Main Sekali!

PAKAR MENTAL KANAK-KANAK KONGSI 10 TIPS BERGUNA BESARKAN ANAK

1. BERI PILIHAN JAWAPAN 

Ibu bapa perlu beri pilihan jawapan ketika berbual dengan anak untuk meningkatkan skil komunikasi mereka. Sebagai contoh, jika menanyakan sesuatu soalan namun anak tidak tahu menjawab, cuba sediakan pilihan jawapan supaya mereka dapat memilih dan membuat keputusan.

Contohnya, “Kenapa Haikal menangis?”, “Haikal jatuh?”, “Haikal sakit perut?”, “Haikal bosan?”. Walaupun soalan itu dijawab hanya dengan anggukan, apa yang penting adalah mereka memahami anda!

2. IKUT MINAT ANAK KETIKA BERMAIN BERSAMA
tips berguna

Ikut kehendak dan permintaan anak anda ketika waktu bermain. Ini kerana perkembangan otak kanak-kanak akan berlaku pada tahap maksima apabila mereka betul-betul berminat dan juga seronok apabila melakukan sesuatu perkara.

Contohnya, jika anak mengajak bermain bola, ikutkan sahaja permintaan itu. Jangan pula anda mengajak mereka bermain basikal. Kan dah lain dengan apa yang mereka nak tu!

3. MELEKAT PADA ORANG YANG SAMA BUKANLAH PETANDA BAGUS

Jika anak hanya melekat pada ibu atau ayahnya, ia adalah petanda yang tidak baik. Ini kerana ia melibatkan dengan keyakinan diri mereka. Biasakan anak untuk rapat dengan semua orang selain ibu atau ayahnya sahaja. Cuba bawa mereka bergaul dengan ahli keluarga yang lain untuk meningkatkan keyakinan diri anak anda.

4. JIKA ANAK BUAT SALAH, JANGAN MARAH TAPI TERANGKAN KEPADANYA

tips berguna

Kebiasaannya ibu bapa terus akan marah anak apabila mereka membuat kesalahan. Cuba berhenti berkelakuan sedemikian. Anak anda itu sedang meneroka dunianya, jadi normal untuk dia melakukan kesalahan buat kali pertama. Daripada marah, lebih baik anda terang apa yang tak patut dia lakukan.

Contohnya, jika anak menconteng dinding. Jangan marah tapi bercakap dengan tenang, terangkan kenapa ia bukan perbuatan yang bagus. Penting untuk anda mengekalkan eye level yang sama dengan anak supaya mereka dapat serap apa yang diperkatakan. Anda boleh mulutut, malah berbaring sama dengan posisi anak demi menyamakan dengan paras mata mereka.

5. AJAR ANAK BERI “HIGH 5” BERSAMA ORANG LUAR

Elakkan anak anda dari bersalam, berpelukan atau cium orang luar. Jika anak takut pada orang luar, ibu bapa boleh mengajar anak untuk melakukan “high 5” dengan orang tak dikenali. Contohnya, apabila dibawa berjumpa saudara mara, jangan bagi mereka salam anak tapi “high 5” mereka.

Menurut pakar mental kanak-kanak, “high 5” ini sangatlah hebat kerana ia mampu mengubah mentaliti mereka hanya dalam beberapa saat. Sentuhan yang berlaku itu mampu membuatkan anak anda sedar bahawa sesetengah orang luar tidak merbahaya seperti yang disangkakan.

6. AJAR ANAK GUNA PERKATAAN, BUKAN AYAT

Jika hendak mengajar anak bercakap, mula dengan perkataan dulu. Jangan terus melangkau dengan menggunakan satu ayat lengkap bersama mereka. Penting ya untuk ajar kanak-kanak dengan perlahan dan perlunya berulang kali supaya lama-kelamaan mereka dapat memahami kata jenis kata nama, sifat, kerja dan selainnya.

Lebih banyak perbendaharaan kata yang dibelajar, barulah anak boleh mula belajar bercakap satu ayat lengkap! Contohnya, “Wow u see that big elephant?” tukar kepada “Elephant!”. Jika anak telah hafal kesemua nama haiwan, barulah cuba mengajar “Big elephant” supaya mereka mudah faham.

7. PELBAGAIKAN KONSEP MAINAN BERBANDING MAINAN SEPERTI SUPERHEROES

tips berguna

Anda perlu menggalakkan anak bermain mainan seperti ABC, 123 blocks, lego, haiwan (yang realistik dan senang kenal), bentuk blocks, kenderaan, color blocks dan sebagainya. Ini kerana mainan-mainan ini mampu menambahkan perbendaharaan kata anak. Oleh itu, anak boleh belajar sambil bermain.

8. RANSANG KEMAHIRAN MENIRU ANAK (IMITATION SKILLS)

Kemahiran meniru atau imitation skills merupakan kebolehan mengikut apa sahaja perkara yang dilihat di sekeliling. Sebagai contoh, jika anak nampak anda sedang bertepuk tangan, maka mereka akan melakukan perkara yang sama. Selain tindakan, bahasa dan  personaliti juga termasuk dalam kemahiran meniru ini kerana semuanya berkait dengan perkembangan otak anak.

Ibu bapa digalakkan menggunakan kaedah ini seperti suruh anak mengulang percakapan anda, buat mimik muka seperti menangis, senyum atau ketawa dan pastikan mereka lakukan perkara yang sama supaya dapat belajar dari anda.

9. JANGAN BIARKAN ANAK DENGAN ‘KOTAK’ TERLALU LAMA

Kotak yang dimaksudkan adalah televisyen, ipad, tablet, telefon, games dan sebagainya. Jangan bagi anak terdedah dengan terlalu banyak cahaya komputer dan gadget. Ini kerana ia akan menyebabkan saraf anak cepat rosak akibat tiada ransangan dan kurang latihan pergerakan dari usia kecil.

Selain itu, pakar mental kanak-kanak itu juga menasihatkan ibu bapa untuk sentiasa pantau anak mereka ketika bersama gadget. Contohnya, jika anak ingin menonton Boboiboy, teman dan tonton sekali bersama mereka. Cuba berinteraksi bersama-sama ketika menonton seperti “Wah, BoboiBoy pakai topi merah!”.

10. GALAKKAN AKTIVITI SENSORI 

Ibu bapa perlu kerap membawa anak bermain pasir, buih, rumput dan juga plastesin. Biarkan mereka sentuh tekstur menggunakan tangan dan kaki. Ini adalah untuk meransang skil moto dan sensori anak anda.

Bolehlah hujung minggu nanti, bawa anak ke pantai untuk merasai pasir! Bukan sahaja bagus untuk perkembangan anak, tapi anda juga boleh meluangkan masa bersama-sama sekeluarga.

Semoga Bermanfaat!

Sumber: Facebook Cahaya Mata

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×