1-2 Tahun

5 Cara Untuk Rangsang Percakapan Anak Umur 1-2 Tahun, Dapat Elak ‘Speech Delay’

7.7K
reads

“Anak aku ni dah nak masuk umur 1 tahun dah, tapi macam tak boleh bercakap pun lagi…”

Kebolehan untuk bercakap mungkin akan agak berbeza bagi setiap anak. Ada yang boleh bercakap dahulu dan ada yang mungkin lambat sedikit sehingga umur mencecah 2 tahun baru boleh bercakap. Oleh itu, amat penting untuk ibubapa tahu cara bagaimana untuk merangsang percakapan anak sejak awal lagi. Jom ikut tips ini!

http://www.leapfrog.com/

MERANGSANG PERCAKAPAN ANAK 1-2 TAHUN

“Puan, macam mana nak bagi anak pandai cakap cepat ya?

Saya selalu menerima soalan dia atas, yang pertama rujuk post sebelum ini “CARA MERANGSANG PERCAKAPAN ANAK LEPAS LAHIR”. Kalau dah buat semua tips, seterusnya baru sambung di post ini sebab skill bahasa anak mengikut tahap, kalau anak umur 1 tahun tapi belum mengikut bunyi maksudnya tahap percakapan anak masih di tahap bawah 12 bulan.

http://nspt4kids.com/

TAHAP UMUR 1 TAHUN

-Boleh menyebut 1 patah perkataan. Contohnya “Makan”, “Susu”, “Nak”, “Cat”.
-1-50 perkataan yang bermakna sebelum mencapai umur 2 tahun.
1 tahun 1 bulan: 1 perkataan
1 tahun 2 bulan: 2 perkataan
1 tahun 5 bulan: 10 perkataan
2 tahun: 50 perkataan

http://www.divalikes.com/

*Tahap ini selalunya mak ayah keliru, 1-50 perkataan tidak termasuk perkataan ilmiah ya seperti bentuk, warna, ABC, 123. 1-50 perkataan adalah perkataan bermakna yang digunakan seharian.

TAHAP UMUR 2 TAHUN

– Boleh menggabungkan 2 perkataan.
– Contohnya perkataan “nak” : nak mandi, nak makan, nak susu dll
– Menyebut perkataan berdasarkan gambar.
– Tahu sekurang-kurangnya nama 6 anggota badan.
– 50% bahasa yang difahami.

www.zerotothree.org

*Untuk menggabungkan 2 perkataan, anak memerlukan sekurang-kurangnya 50 patah perkataan. Maka, penguasaan perkataan baru sangat penting dalam perkembangan bahasa anak.

TIPS NAK BAGI ANAK CEPAT CAKAP

1. Kerapkan berborak dengan anak.

http://metrovaartha.com/

Anak umur 1 tahun selalunya sudah mula dapat bezakan setiap bunyi walaupun belum pandai respon dan membalas perbualan. Dan fasa selepas lahir hingga 3 tahun adalah fasa “rapid growth” jadi perlu kerja keras untuk pastikan anak tidak terlewat percakapan.Sebab itu mak ayah kena selalu berborak dengan anak sejak lahir. Macam mana nak borak? Tak kan nak borak politik atau sukan dengan anak kan? Cadangan saya, borak tentang perbuatan yang sedang dan akan dilakukan pun dah banyak membantu perkembangan bahasa anak. Contohnya,
Masa mandi: “Jom mandi”, “Sabun badan”, “Shampoo kepala”, “Berus gigi”.
Masa pakai baju: “Pakai baju”, “Pakai seluar”, “Pakai pampers”.
Masa makan: “Makan”, “Makan nasi”, “Makan ikan”, “Ayam”.

2. Pace yang perlahan.

http://raising-teaching-children.blogspot.my/

Ada mak ayah yang mengadu selalu berborak dengan anak tetapi anak tetap taknak bercakap, kerap berborak penting tetapi perlu berborak dengan pace yang perlahan ya. Jangan cakap terlalu laju boleh menyebabkan anak 1- 2 tahun tak dapat tangkap.

3. Fokus terhadap perkataan baru.

http://www.thejournal.ie/

Berborak penting, tetapi perlu juga fokus untuk meningkatkan perkataan baru dengan menyebut banyak kali dan pergerakan mulut yang jelas untuk anak ikut serta panjangkan setiap “harakat” setiap suku kata. Seperti:
Makan: “Maaaaaaa kaaaannnnnnnn” × 10. Pastikan anak tenang dan fokus semasa proses mengajar perkataan baru.

3. Menyanyi bersama anak.

http://www.kyhands.com/

Anak lebih mudah belajar menyanyi dengan mak ayah berbanding belajar berseorangan dengan tv dan gadget. Jangan mengharap gadget dan tv untuk mengajar anak menyanyi, sebab kartun tak mengajar pergerakan mulut dan lidah pada anak. Paling berkesan bila buka lagu di radio atau handphone tanpa anak melihat gadget untuk memberi fokus anak melihat pergerakan mulut kita.

4. Bahasa badan.

mom.me

Jadi mak ayah ini, kita kena “over” sedikit. Banyakkan bahasa badan semasa bercakap atau menceritakan sesuatu dengan anak secara tak langsung ia akan memupuk minat dan fokus anak terhadap bunyi yang didengari.

5. Beri pujian.

http://www.kidspot.com.au/

Puji anak setiap kali berjaya menyebut perkataan baru.

NO GADGET DAN TV

Ada mak ayah yang mula memberi gadget dan tv dengan harapan anak lagi cepat bercakap di tahap ini sebab “ingatkan dah sesuai nak beri”. Sebenarnya perkembangan bahasa anak lebih berkembang jika banyak berkomunikasi dengan mak ayah. Jangan “mengharapkan” gadget dan tv untuk mengajar anak bercakap cepat sebab ia akan menyebabkan:

lounge.placepass.com

1. “Pitch” suara yang didengari oleh anak berubah, anak menjadi hyposensitif(terkurang sensitif) terhadap bunyi menyebabkan fokus dan “eye contact” anak semakin kurang.

2. Anak tidak berminat untuk berkomunikasi 2 hala sebab bahagia “dilayan” oleh kartun di tv berbanding mak ayah.

3. Anak lebih minat menyanyi dan belajar perkataan berilmiah (shapes, colours, abc, 123) dan mengabaikan perkataan bermakna yang digunakan setiap hari.

4. Risiko masalah echolalia (parrot talk) disebabkan keliru terhadap komunikasi 1 hala atau 2 hala sebab dah terbiasa “bercakap” dengan kartun.

http://www.slate.com/

Terlalu banyak keburukan daripada kebaikan gadget pada anak, jangan terlampau mengikut orang lain. “Anak kawan saya fasih berbahasa inggeris sebab dari kecil berkepit dengan gadget”. Setiap perkembangan anak berbeza, gadget untuk anak bawah 18 bulan sudah terbukti boleh meningkatkan risiko kelewatan bercakap. Lebih baik elak dari merawat. Jika mak ayah dapati perkembangan anak terlewat dalam perkembangan bahasa, sila dapatkan rawatan awal. Tak perlu tunggu-tunggu, sementara sedang dalam fasa “rapid growth” dan anak semakin membesar. Membantu anak sekarang lebih mudah berbanding bila dah besar.

Jika “takut” anak dikategorikan “speech delay”, Beyond Home Therapy sentiasa terbuka untuk membantu anda untuk penilaian awal perkembangan untuk kenalpasti tahap dan masalah anak.

Artikel ini adalah hasil perkongsian dari Maryam Jamadi, Occupational Therapist dan Founder Beyond Home Therapy di laman Facebooknya.

Sumber: Maryam Jamadi

Yang Popular

To Top