Asuh

Bayi 8 Bulan Meninggal Gigit Wayar Telefon Tengah Cas! Ibu Ayah Kena Alert Selalu

52
SHARES
bayi meninggal

Terbaharu, satu kes malang dan mengejutkan menimpa seorang bayi meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik. Bayi yang meninggal dunia tersebut baru sahaja berusia lapan bulan.

Kejadian yang berlaku di Bengaluru, India ini adalah apabila bayi tersebut mengunyah wayar pengecas mudah alih atau ‘charger’. Bayi yang dikenali sebagai mendiang Sanidhya Kalgutkar adalah anak perempuan Santhosh Kalgutkar dan Sanjana Kalgutkar.

Baca juga: Perbezaan Basuhan Air Kencing Bayi Lelaki Dan Perempuan Menurut Islam, Ramai Yang Keliru!

BAYI MENINGGAL KERANA KUNYAH WAYAR PENGECAS

bayi meninggal

Berdasarkan laporan dari Harian Metro, polis mengatakan bahawa pengecas mudah alih itu dibiarkan dalam keadaan disambungkan ke soket dengan suis itu tidak dimatikan.

Bayi yang memegang wayar pengecas mula mengunyah pin wayar pengecas mudah alih dan terkena renjatan elektrik.

Ahli keluarga yang menyedari insiden itu dengan segera membawa Sanidhya ke hospital daerah. Bagaimanapun, doktor kemudian mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia.

Meruntunkan hati lagi adalah bapanya, Santhosh Kalgutak yang bekerja sebagai pekerja kontrak dengan Syarikat Bekalan Elektrik Hubballi (Hescom) rebah di tempat kerja selepas mengetahui kejadian itu.

Dia dimasukkan ke hospital, manakala mayat bayi perempuan itu dipindahkan ke bilik mayat. Difahamkan, Sanidhya adalah anak ketiga pasangan itu. Susulan kematiannya, polis mendaftarkan satu kes dan menjalankan siasatan lanjut mengenainya.

TIPS BILA BERDEPAN DENGAN KEMALANGAN DALAM RUMAH

bayi meninggal

Beberapa tips boleh dilakukan ibu bapa atau golongan dewasa yang berada di rumah apabila berdepan dengan situasi kemalangan dalam rumah seperti berikut:

1. Luka akibat terkena peralatan tajam : menghentikan perdarahan. Ia menerusi cara menekan luka dengan kain bersih atau hanya dengan jari jika tiada kain.

2.Terkena objek panas : Secepat mungkin, cuba sejukkan kulit yang terjejas dengan mengalirkan air paip di bahagian berkenaan atau direndam dalam cecair sejuk untuk tempoh sekitar 10 minit.

3.Kejutan elektrik : Terlebih dahulu, matikan punca elektrik. Anda boleh juga menggunakan objek panjang kayu (seperti penyapu) atau plastik untuk menolak mangsa dari punca elektrik.

4.Lemas :Antara tempat-tempat yang berisiko tinggi seperti tong simpanan air, kolah air dan kolam kembung (inflatable pool). Pastikan tempat simpanan air mempunyai penutup selamat dan selepas digunakan, kosongkan kolam kembung.

Baca juga: Guna 5 Bahan AJAIB Ini Untuk Lentikkan Bulu Mata Anak Bak Mata Aishwarya Rai!

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×