Asuh

Perbezaan Basuhan Air Kencing Bayi Lelaki Dan Perempuan Menurut Islam, Ramai Yang Keliru!

65
SHARES
air kencing bayi

Terdapat pelbagai perdebatan yang berlaku dalam kalangan mak ayah apabila membangkitkan isu basuhan air kencing bayi umur dua tahun ke bawah. Ada yang mengatakan perlu dibasuh sepenuhnya jika bayi perempuan dan ada juga yang mengatakan tidak untuk bayi lelaki kerana bukan dalam kategori najis. Berbeza cara?

Mungkin nampak isu ini tidak berat namun di dalam Islam, konsep kebersihan amat dititikberatkan dan perlu dilatih sejak dari kecil. Bagi menjawab persoalan ini, berikut merupakan penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan mengenai basuhan air kencing bayi.

Baca juga: Guna 5 Bahan AJAIB Ini Untuk Lentikkan Bulu Mata Anak Bak Mata Aishwarya Rai!

AIR KENCING BAYI LELAKI DAN PEREMPUAN ADA CARA BASUH BERBEZA?

air kencing bayi

Maka berdasarkan hal ini, air kencing bayi meskipun di bawah umur dua tahun, tetap diperintahkan untuk dibersihkan. Para fuqaha’ telah bersepakat bahawa bayi yang umurnya sudah melebih dua tahun dan telah makan makanan, maka air kencingnya dianggap najis. Oleh itu, wajib membersihkan mana-mana pakaian yang terkena air kencing tersebut.

Para fuqaha’ berhujah dengan berdalilkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

اِسْتَنْزِهُوا مِنْ اَلْبَوْلِ, فَإِنَّ عَامَّةَ عَذَابِ اَلْقَبْرِ مِنْهُ

Maksudnya: Bersucilah kamu sekalian daripada air kencing, kerana umumnya azab kubur itu adalah disebabkannya”-Riwayat al-Daraqutni (7)

Dalam mensyarahkan hadith ini, Imam Ibn Hajar menyebutkan perlu untuk diambil suruhan daripada hadith ini agar bersuci daripada semua jenis air kencing secara umumnya, dan penekanan ke atas suruhan ini diletakkan azab untuk orang mukmin yang tidak membersihkan diri daripada najis air kencing.

Namun begitu, para fuqaha’ berbeza pandangan ke atas bayi lelaki yang berumur di bawah dua tahun yang tidak makan sesuatu apa pun melainkan susu ibunya sendiri.

Mazhab Imam Abu Hanifah dan Imam Malik menganggap tiada perbezaan di antara najis bayi lelaki dengan perempuan yang berumur dua tahun ke bawah yang tidak makan apa-apa melaikan susu ibu. Kedua-duanya najis yang perlu dibasuh apabila terkena pada pakaian berdasarkan hadith di atas.

Sementara itu, Mazhab Imam al-Syafie dan Mazhab Imam Ahmad menyatakan bahawa bayi lelaki yang berumur di bawah dua tahun, air kencingnya dikira najis yang ringan.

Apabila terkena pada pakaian, cukuplah sekadar dipercikkan air pada tempat yang terkena najis tersebut. Kedua-dua mazhab tersebut menyandarkan pendapat mereka pada hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ummu Qais:

أَنَّهَا أَتَتْ بِابْنٍ لَهَا صَغِيرٍ، لَمْ يَأْكُلِ الطَّعَامَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، فَأَجْلَسَهُ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي حِجْرِهِ، فَبَالَ عَلَى ثَوْبِهِ، فَدَعَا بِمَاءٍ فَنَضَحَهُ وَلَمْ يَغْسِلْهُ‏

Maksudnya: Bahawa dia( Ummu Qais) pernah datang kepada Rasulullah SAW bersama anak lelakinya yang masih kecil dan belum memakan makanan lalu Rasulullah SAW mendudukkan anak itu di pangkuan Baginda, kemudian bayi tersebut kencing di atas pakaian Baginda. Maka Baginda meminta air lalu memercikkannya ke atas kain Baginda dan tidak membasuhnya (menjirus air)- Riwayat al-Bukhari (223) Muslim (287)

Sementara bayi perempuan pula meskipun berumur di bawah dua tahun, tetapi meletakkannya sebagai najis seperti yang lain dan harus dibasuh atau dijiruskan air apabila terkena pada pakaian atau mana-mana tempat yang perlu dibersihkan. Hal ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Samh:

يُغْسَلُ مِنْ بَوْلِ الْجَارِيَةِ وَيُرَشُّ مِنْ بَوْلِ الْغُلاَمِ

Maksudnya: Air kencing bayi perempuan dibasuh dan air kencing bayi lelaki cukup dipercikkan dengan air- Riwayat al-Nasai’ (305) Ibn Majah (525)

Tidak ketinggalan satu kajian ilmiah moden yang dijalankan oleh Ashil Muhammad Ali dan Dr. Ahmad Muhammad Soleh dari Universiti Duhok, Iraq. Kajian tersebut mengkaji peratusan kewujudan bakteria dalam air kencing bayi semasa menyusu dan bayi yang baru lahir.

Mereka mengumpulkan sampel air kencing bayi secara rawak yang kesemuanya berjumlah 73 bayi (35 perempuan dan 38 lelaki). Seterusnya sampel tersebut dikaji dan dengan ujian makmal dan berlanjutan selama beberapa bulan dengan menggunakan kaedah tertentu.

NAK SELAMAT, BASUH SAHAJA TIDAK KIRA LELAKI ATAU PEREMPUAN..

air kencing bayi

Hasil yang didapati adalah seperti berikut:

-Pada kumpulan usia sifar hingga 30 hari, peratus kewujudan bakteria dalam air kencing bayi perempuan 95,44% lebih banyak berbanding pada air kencing bayi lelaki.

Jumlah bakteria di bidang mikroskopik untuk air kencing bayi perempuan mencapai 41.9 sedangkan pada bidang yang sama untuk bayi lelaki hanya berjumlah 2 saja.

-Pada kumpulan umur (dari satu bulan hingga dua bulan) peratus kewujudan bakteria dalam air kencing bayi perempuan 91,48% lebih banyak berbanding pada air kencing bayi lelaki.

Jumlah bakteria di bidang mikroskopik untuk air kencing bayi perempuan mencapai 24.1 sementara jumlah dalam bayi laki-laki hanya 2,25.

-Pada kumpulan umur 2-3 bulan, peratusan kewujudan bakteria dalam air kencing bayi perempuan 93,69% lebih banyak berbanding pada air kencing bayi lelaki.

Jumlah bakteria di bidang mikroskopik untuk air kencing bayi perempuan mencapai 24.1 sementara jumlah pada kes bayi lelaki hanya 1.6.

-Pada kumpulan usia lebih dari 3 bulan, peratusan bakteria dalam air kencing bayi perempuan 69% lebih banyak berbanding pada air kencing bayi lelaki.

Jumlah bakteria di bidang mikroskopik untuk air kencing bayi perempuan 13,9 sementara dalam kes air kencing bayi lelaki jumlahnya 6.8.

Kesimpulannya, berdasarkan nas dan hujah di atas, kami nyatakan bahawa :

1.Air kencing bayi lelaki berumur bawah dua tahun yang belum makan sebarang makanan melainkan susu ibunya dipercikkan air sahaja.

2.Berbeza pula dengan dengan air kencing bayi perempuan, hendaklah dibasuh.

3.Namun, sebaiknya juga untuk keluar daripada kekhilafan ini, dibasuh kedua-duanya.

*Ada sebab atau hikmah ke atas semua yang diperintahkan ini. Apa yang penting adalah sentiasa menjaga kebersihan dan jangan dibiarkan pula kencing anak tak terbasuh berhari-hari..

Baca juga: Cara Ajar Anak Solat Guna Teknik Tidak Memaksa, Mesti Anak Jatuh Cinta Dengan Agama!

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×