Nur

“Masuk Jelah Sekali…”- Hukum Basuh Pakaian Bernajis Campur Dengan Pakaian Bersih

9
SHARES
BASUH PAKAIAN TERKENA NAJIS

Pernah tak anda terfikir apa hukum basuh pakaian terkena najis campur dengan pakaian bersih? Masih ramai lagi dalam kalangan kita yang melakukan perkara tersebut kerana lebih menjimatkan masa dan mudah.

Namun, menurut perkongsian Ketua Penolong Mufti, Ustaz Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil, tindakan tersebut sebenarnya tidak boleh diambil ringan. Ini penjelasannya.

Baca juga: Selalu Solat Tanpa Pakaian Dalam Tapi Sebenarnya Sah Atau Tidak?

BASUH PAKAIAN TERKENA NAJIS CAMPUR DENGAN PAKAIAN BERSIH

BASUH PAKAIAN TERKENA NAJIS

Antara syarat untuk membasuh pakaian bernajis adalah dengan air mutlak yang kurang daripada 2 kolah. Air tersebut mestilah dicurahkan pada tempat yang terkena najis tidak kira dari arah mana sekali pun.

“Jika air itu tidak bersifat mendatangi pada najis maka hukum menghilang najis itu tidak dikira sah menurut syarak, maka pakaian itu kekal bernajis.” ujarnya.

Fakta ini ada disebut di dalam kitab-kitab fiqh, antara kitab Taqrirat Sadidah:

أن يكون الماء واردا عير مورد، أي يرد الماء على النجاسة لا العكس.

Maksudnya: “Air itu hendaklah mendatangi bukan ia didatangi, iaitu air mendatangi ke atas najis bukan sebaliknya”.

Contohnya, jika hendak membasuh pakaian bernajis hendaklah ditadah di bawah air paip yang mengalir. Bukan direndam di dalam bekas air yang mempunyai air kurang 2 kolah.

Sekiranya pakaian yang terkena najis direndam di dalam air yang kurang daripada dua kolah maka penyucian pakaian itu tidak sah kerana air rendaman itu sudah menjadi mutanajjis.

Berbicara mengenai mencuci pakaian bernajis dengan menggunakan mesin basuh automatik. Perkara ini ada disebut oleh al-‘Allamah al-Habib Hasan bin Ahmad al-Kaf di dalam karangan beliau Taqrirat Sadidah:

“Jika mesin basuh itu dalam ketogari berteknologi tinggi (automatik) maka tiada mudarat menurut persepakatan ulama. Ini kerana ia menghilangkan najis (pada pakaian) kemudian dibilas dengan air yang suci lagi menyucikan pada pakaian itu.

Manakala jika mesin itu dari jenis biasa (bukan automatik), maka selepas basuh dan menghilangkan sifat-sifat (najis), najis (pada pakaian) diketogarikan najis hukmi (yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar). Oleh itu mesti dibilas dengan air yang suci.”

BASUH PAKAIAN TERKENA NAJIS

Baca juga: Jangan Bersedih, Setiap Ujian Yang Allah Beri Ada Sebabnya. Memang Beruntung!

Air yang bertakung di dalam mesin, tidak semestinya dikira bernajis. Ini kerana air tersebut bila berpisah daripada pakaian dan masih tidak berubah sifatnya dan tidak bertambah beratnya maka air itu dikira sebagai masih suci dan hukumnya sama seperti air mustamal (suci tetapi tidak menyucikan).

Namun jika najis jelas kelihatan dengan mata kasar, jelas baunya dan air curahan itu berubah sifat, maka pakaian itu mestilah dibilas paling kurang sekali sama ada melalui mesin basuh atau luar mesin sehingga hilang najis dan air curahan yang berpisah darinya tidak berubah sifat serta tidak bertambah beratnya.

Ini kerana air yang berpisah masih lagi berubah sifatnya masih diketogarikan sebagai mutanajjis iaitu tidak sah untuk menyucikan pakaian.

Kesimpulannya, mencuci pakaian bernajis menggunakan mesin basuh berteknologi moden dan canggih tetap menyucikan pakaian tersebut tanpa ragu-ragu.

Proses ini perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kaedah fiqh sepertimana yang dinyatakan di atas.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Hukum Ambil Wuduk Hanya Pakai Tuala Mandi Tanpa Pakaian, Wajib Tahu Ini!

Sumber: Facebook Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil & Ustaz Azhar Idrus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×