Nur

Hukum Ambil Wuduk Hanya Pakai Tuala Mandi Tanpa Pakaian, Wajib Tahu Ini!

28
SHARES
AMBIL WUDUK TANPA PAKAIAN

Secara ringkasnya, untuk menunaikan solat anda perlu mengambil wuduk terlebih dahulu. Sesetengah orang memilih untuk ambil wuduk tanpa pakaian setelah selesai mandi. Adakah perkara itu sah atau sebaliknya?

Wuduk bermaksud perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota badan tertentu. Dari segi syarak pula, wuduk bermaksud membersihkan sesuatu dengan beberapa perbuatan yang dimulakan dengan niat.

Baca juga: Selalu Solat Tanpa Pakaian Dalam Tapi Sebenarnya Sah Atau Tidak?

HUKUM AMBIL WUDUK TANPA PAKAIAN, INI PENJELASANNYA

AMBIL WUDUK TANPA PAKAIAN

Bagi menjawab persoalan tentang hukum ambil wuduk tanpa pakaian, tidak ada sebarang syarak yang menyatakan perlu menutup aurat ketika berwuduk.

Namun begitu, lain pula kisahnya jika anda mengambil wuduk atau mandi di tempat awam tanpa berpakaian. Ini kerana jelas dinyatakan bahawa wajib menurut aurat.

Ini berdasarkan kepada Hadis Nabi SAW:

لَا يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ وَلَا تَنْظُرُ الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ

Maksudnya: “Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan begitu juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita.” Hadis riwayat Muslim (no. 388)

Menurut mazhab Syafie, wajib untuk seseorang muslim yang berada di dalam keadaan bersendirian dan ditempat yang tertutup untuk menutup aurat.

Pandangan ini juga disokong oleh mazhad Hanafi dan Hanbali. Mazhab Maliki pula menyatakan sunat untuk menutup aurat ketika sendirian dan ditempat yang tertutup.

Jadi, tidak ada sebarang masalah sekiranya berwuduk tanpa berpakaian jika berada di tempat tertutup dan sendirian. Sebagai Muslim, hendaklah menjaga aib dan maruah di hadapan orang.

Walaupun wuduk sah tetapi berdosa sekiranya mendedahkan aurat kepada khayalak ramai yang ramai untuk melihatnya. Seperti sabda Rasulullah SAW:

الحَيَاءُ مِن الإِيمَان

Maksudnya: “Malu itu sebahagian daripada Iman.” Hadis Riwayat Bukhari (no. 24)

فَاللَّهُ أَحَقُّ أَنْ يُسْتَحْيَا مِنْهُ

Maksudnya: “Allah lebih berhak baginya untuk malu terhadapNya daripada (malu) terhadap manusia.” Hadis riwayat al-Tirmidzi (no. 2769)

Lebih baik dan utama untuk menutup aurat sepertimana yang disunatkan ketika mandi.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Posisi Tidur Dalam Islam Yang Digalakkan, Jangan Terus Baring Je!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×