Nur

Hukum Mencuri Dengar Perbualan Orang Lain Tanpa Izin, Jangan Ambil Ringan!

21
SHARES
HUKUM DENGAR PERBUALAN

Mungkin ada dalam kalangan kita masih tidak tahu dan beranggapan bahawa mencuri dengar perbualan orang lain merupakan satu perkara biasa.

Sebenarnya, perkara itu tidak elok dilakukan kerana melibatkan aib seseorang. Buat anda yang tidak tahu, ini hukum dengar perbualan orang lain tanpa keizinan seperti yang diterangkan oleh Ustaz Azhar Idrus.

Baca juga: Doa Pemanis Wajah Untuk Kaum Hawa, Barulah Nampak Manis & Berseri Wajah Nanti!

HUKUM DENGAR PERBUALAN ORANG LAIN TANPA IZIN

HUKUM DENGAR PERBUALAN

Daripada Ibnu Abbas, daripada Nabi Muhammad SAW bersabda:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ : «وَمَنِ اسْتَمَعَ إِلَى حَدِيثِ قَوْمٍ، وَهُمْ لَهُ كَارِهُونَ، أَوْ يَفِرُّونَ مِنْهُ، صُبَّ فِي أُذُنِهِ الآنُكُ يَوْمَ القِيَامَةِ

Maksudnya: “Dan barangsiapa mencuri dengar pembicaraan suatu kaum padahal mereka tidak menyukai atau telah menyingkir untuk menghindarinya, maka telinganya akan dicurahkan cairan tembaga pada hari kiamat…” HR Bukhari (7042), bertaraf sahih.

Para ulamak berpendapat hadis di atas adalah hujah bahawa mencuri mendengar perbualan orang yang tidak suka perbualannya didengari orang lain adalah berdosa besar.

Sekiranya seseorang itu mencuri dengar perbualan atas sebab ingin melarang kemungkaran, ia dikecualikan. Perlu diingatkan bahawa jangan sesekali menanyakan kepada kanak-kanak tentang perbualan ibu bapanya di rumah kerana hukumnya adalah haram.

Menurut Imam As-Son’ani:

وَيَلْحَقُ بِاسْتِمَاعِ الْحَدِيثِ اسْتِنْشَاقُ الرَّائِحَةِ، وَمَسُّ الثَّوْبِ، وَاسْتِخْبَارُ صِغَارِ أَهْلِ الدَّارِ مَا يَقُولُ الأَهْلُ وَالْجِيرَانُ مِنْ كَلامٍ أَوْ مَا يَعْمَلُونَ مِن الأَعْمَالِ، وَأَمَّا لَوْ أَخْبَرَهُ عَدْلٌ عَنْ مُنْكَرٍ جَازَ لَهُ أَنْ يَهْجُمَ وَيَسْتَمِعَ الْحَدِيثَ؛ لإِزَالَةِ الْمُنْكَرِ

Maksudnya: “Dan dihubungkan mencuri dengar perbualan itu dengan menghidu suatu yang wangi, menyentuh pakaian dan menanyakan kanak-kanak akan perbualan orang tuanya dan jirannya daripada percakapan atau barang yang dilakukan oleh mereka itu.” (Kitab Subul As-Salam)

Jadi, jangan sesekali mengambil kesempatan dan mendengar perbualan orang lain tanpa keizinan. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada semua pembaca di luar sana.

Baca juga: Hati-Hati Nak Cuci Ayam, Kalau Tak Betul Bersih, Ia Penyebab Makanan Bernajis!

Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×