Famili

[VIDEO] “Mulut Kena Jaga…”- Nenek Kongsi Tips Bila Mak Mentua Tinggal Dengan Menantu

81
SHARES

Bagi pasangan suami isteri pasti tahu asam garam kehidupan selepas berkahwin. Pelbagai dugaan dan rintangan perlu ditempuhi dan paling sering terjadi ialah si isteri dibenci oleh ibu mentua.

Hal ini sering kali berlaku sekiranya ibu mentua tinggal serumah bersama kita. Kalau dah serumah memang macam-macam akan berlaku. Ada sahaja yang tak kena dan tak puas hati. Betul tak?

Baca juga: “Tak Sampai Hati Nak Makan Sedap Tanpa Ada Isteri…”- Rezeki Sentiasa Ada, Suami Sentiasa Letak Isteri Nombor Satu

NENEK KONGSI TIPS BILA MAK MENTUA TINGGAL DENGAN MENANTU

Perkongsian video daripada pengguna aplikasi TikTok bernama Nur Lysa itu mendapat perhatian ramai apabila seorang nenek kelihatan sedang asyik berceloteh memberi nasihat buat para ibu mentua yang tinggal bersama menantu.

Jelas nenek mesra disapa Nek Pah itu, sebagai seorang ibu mentua, sikap yang paling penting perlu dijauhi ialah tidak bercakap atau bersangka buruk dengan isteri si anak.

Ini kerana ibu mentua pada zaman moden sekarang gemar menjaja aib menantu sendiri sehingga membuatkan si menantu benci dan marah terhadap ibu mentua.

“Duduk rumah anak menantu perempuan, mulut mesti kena jaga. Mulut tak jaga, mulut jahat menantu benci. Tu pasal duduk rumah menantu, menantu tak benci sebab Nek Pah tak pernah cerita dekat orang pasal dia,” ujarnya dalam video tersebut.

@lysa_adamm

Ramai nak dengar celoteh Atok.. ni nasihat Atok untuk mak mentua & buat sis2 bakal mak mentua #tipatokpah #foryoupageofficia #fyp #foryou

♬ original sound – Nur_lysa – Nur_lysa

Menerusi video berdurasi dua minit itu, Nek Pah juga menasihati agar segala aib dan masalah rumah tangga anak menantu tidak perlu diceritakan terhadap orang luar.

“BETULKAN ANAK SENDIRI DULU…”

Perkongsian video itu mendapat hampir satu juta tontonan dan sudah tentunya ruangan komen dibanjiri oleh warganet yang turut bersetuju dengan pesanan Nek Pah.

Ujar mereka, jika seseorang menantu boleh menjaga mulut dan hati ibu mentua, ibu mentua juga perlu melakukan perkara tersbeut agar tiada sebarang perselisihan faham.

Sumber: TikTok Nur Lysa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×