Famili

Apa Hukum Suami, Lelaki Mengaku Bujang Atau Duda?

Apa Hukum Suami / Lelaki Mengaku Bujang / Duda?

Nota: Artikel soal-jawab ini diambil atas ihsan Jabatan Mufti Negeri Perlis di http://mufti.perlis.gov.my/

Berikut adalah penjelasan hukum yang diberikan dan telah diperakui oleh S.S. Mufti Dr. Juanda bin Jaya.

Soalan:

Saya muskil tentang hukum mengaku bujang atau duda sedangkan sudah ada isteri

Jawapan:

Jika berbohong, maka ia termasuk salah satu dari dosa-dosa besar.

Di bawah ini penjelasan ringkas berkenaan permasalahan yang ada kaitan dengan soalan saudara.

Para ulama ada membicarakan hukum seorang yang telah berkahwin, lalu ditanya kepadanya: “Kamu ada isteri?” lalu dia menjawab: “Tidak.” Dengan niat berbohong, maka dia berdosa kerana berbohong namun tiada apa-apa kesan terhadap hubungan dia dengan isterinya. Hal ini kerana lafaz “Tidak” adalah termasuk dalam lafaz kinayah yang memerlukan niat, sedangkan niatnya adalah berbohong bukan talak. Sama halnya jika dia berkata: “Saya tiada isteri” termasuk di dalam lafaz kinayah.

Selebih itu, para ulama berbeza pandangan tentang orang yang berbohong mengaku dengan lafaz yang jelas telah bercerai atau telah mentalakkan isterinya. Sebahagian ulama berpandangan talak atau cerai itu terlaksana secara Diyanatan[1] danQadha’an[2]. Pandangan ini seperti yang disebut oleh Ibn Muflih dari mazhab Hambali di dalam al-Furu’ yang berkata:

“Jika seseorang ditanya: “Kamu telah mentalakkan isterimu?” lalu dia menjawab: “Ya!”Atau dia ditanya: “Kamu ada isteri?” Lalu dia menjawab: “Aku telah talakkan dia.”Sedangkan dia berbohong, maka talak itu terlaksana.”

Manakala para ulama mazhab Hanafi, Syafie dan selainnya berpandangan sesiapa yang mengaku bercerai secara dusta, maka cerai itu terlaksana secara Qadha’antidak secara Diyanatan. Di dalam al-Bahr al-Ra’iq dari mazhab Hanafi dinyatakan:

“Sekiranya dia mengaku talak secara berbohong, maka terlaksana talak itu dari sudut Qadha’an (zahir/penghakiman).”

Di dalam Asna al-Matolib Syarh Raudh al-Tolib dari ulama mazhab al-Syafie dinyatakan pula:

“Sekiranya dia mengaku talak secara dusta, tidak tertalak isterinya batinan (Diyanatan), hanya berlaku talak zahiran (Qadha’an).”

Pandangan pilihan:

Pandangan yang menjadi pilihan ialah pandangan ulama mazhab al-Syafie dan Hanafi. Hal ini kerana sesuatu pengakuan mengandungi kebarangkalian sama ada benar atau dusta. Maka orang yang membuat pengakuan dusta dikenakan tindakan berdasarkan zahirnya di mahkamah. Manakala yang didustakan itu tidak berlaku pengakuan tersebut di sisi Allah. Justeru talak itu tidak terlaksana. Inilah pandangan yang lebih rajih.

 

Wallahu a’lam.

 


 

[1] Diyanatan (ديانة): iaitulah talak yang benar-benar jatuh di sisi Allah SWT. Sekalipun dari sudut perundangan tidak thabit talak tersebut disebabkan ketiadaan bukti yang jelas. Sebagai contoh seorang isteri benar-benar yakin suaminya telah mentalakkannya sebanyak tiga kali, maka dari sudut diyanatan isteri tersebut adalah haram buat suaminya sehinggalah suaminya berkahwin dengan wanita lain terlebih dahulu. Maka siisteri tadi wajib menjauhi suaminya dan tidak membiarkan berlaku hubungan suami-isteri antara mereka, sekalipun dia tidak mampu menthabitkan perceraian tersebut di hadapan hakim, sekalipun suaminya mengingkari dan mendatangkan bukti palsu.

[2] Qadha’an (قضاء): iaitulah talak yang dihukumkan jatuh oleh hakim atau Qadhi berdasarkan zahir disebabkan ketiadaan bukti menunjukkan tidak ada niat atau seperti seseorang yang melafazkan talak kerana terlajak cakap.

Carian Yang Berkaitan:

  • hukum mengaku bujang walaupun sudah berkahwin
  • hukum suami mengaku duda
  • Suami mengaku bujang
  • hukum suami mengaku bujang dalam islam
  • https://siraplimau com/apakah-hukum-lelaki-atau-suami-mengaku-bujang/
  • jatuh talak mengaku bujang
  • suami kata bujang
  • suami mengaku belum menikah
  • hukum mengaku duda
  • hukum lelaki sudah berkahwin mengaku bujang
4 Comments

4 Comments

  1. .Azi

    April 3, 2014 at 11:01 am

    suami kata bujang walaupun bkahwin tidak ada kena mengena dg dosa besar, munngkin bujang 2,3 dan 4, dia ada bujang untuk tambah lagi…..isteri jangan macam tu kalau nak keredhaan suami….kalau suami nak kahwin bantu daripada segala segi agar suami mgikut sunnah nabi, cintailah ALLAH dan Rasul , itulah tanda isteri cinta Rasul……beri suami kahwin….awat dok kawal suami tu hak hang ke…cinta dia pada hang jatuh tempat ke 5 tau…..tapi cinta hang pada suami jatuh tempat ke 3 tau…..

    • Feesha

      May 7, 2014 at 4:02 pm

      😀 kalau jawapan orang ilmuan dalam agama pun di pertikaian…………hurmmmm….

  2. penglipur lara

    April 13, 2016 at 6:00 pm

    Klau suami da rujuk tp bgthu owg len yg dye tgh tnggu srat crai 2 mcm mne plak ye??adkh tlak 2 jtuh ke mcm mne??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top