Kerjaya

Top 5 Kerjaya Yang Paling Ramai Orang ‘Single’, Netizen Setuju & Luah Susah Cari Pasangan!

16
SHARES
bujang

Siapa sangka, baru-baru ini Malaysia tersenarai berada di tangga ke-3 paling ramai bilangan individu bujang. Menerusi perkongsian oleh Seasia Stats, bilangan populasi yang dikategorikan sebagai bujang menjangkau kira-kira 44.68%. Gambaran statistik itu kemudian meletakkan Malaysia di belakang Filipina dan Brunei di rantau Asia Tenggara.

Bila dikaji dengan lebih mendalam, terdapat beberapa kerjaya yang berada di Top 5 ramai orang ‘single’ oleh kerana beberapa faktor. Malah, kerjaya yang disenaraikan di bawah dipersetujui oleh netizen yang turut memegang tugas yang sama!

Baca juga: Pakar Senarai Top 10 Kerjaya Yang Berpotensi Untuk CURANG Dengan Pasangan, Tak Sangka Ya!

TOP 5 KERJAYA PALING BANYAK ORANG BUJANG DI MALAYSIA

#5 Doktor

bujang

Pekerjaan yang berada di tangga kelima ada doktor. Seperti yang kita tahu, doktor akan mementingkan tanggungjawab mereka untuk menjaga pesakit dahulu dan ini merupakan salah satu punca mereka suka bertemu dengan pasangan. Jadual kerja yang padat dan tidak mengira waktu juga menyukarkan lagi pasangan sama ada lelaki atau wanita memahami cara kerja mereka.

#4 Chef

bujang

Foto: Michellin Guide

Menjadi seorang chef terutamanya dipelopori oleh kaum lelaki dilihat sebagai kerjaya yang ‘seksi’. Mana tidaknya, lelaki yang pandai memasak merupakan kriteria idaman wanita namun, sebenarnya mereka sangat susah untuk mencari pasangan hidup. Hal ini kerana, kerjaya sebagai chef seperti di hotel bergantung kepada ‘shift’ dan sangat sibuk terutamanya musim perayaan.

#3 IT Programmer

Foto: TechJuice

Dikatakan mempunyai gaji yang tinggi kalau bertugas sebagai IT Programmer namun, agak sukar juga untuk mereka mancari pasangan hidup. Kerjaya ini dipelopori oleh golongan lelaki dan menjadi salah satu punca mereka tidak bergaul dengan wanita. Malah, kebanyakkan pekerja dalam bidang ini mempunyai sifat pemalu dan introvert kerana kurang pergaulan sosial.

#2 Perkhidmatan pelanggan

Foto: Jobstreet

Pekerja perkhidmatan pelanggan atau customer service merupakan antara kerjaya yang mencabar kerana perlu berdepan dengan pelbagai jenis aduan terutamanya yang negatif. Ini menyebabkan energi mereka sentiasa ‘kering’ dan apa yang mereka perlukan selepas penat bekerja adalah rehat. Bila tiba hari cuti sahaja, mereka memilih untuk duduk diam di rumah kerana sudah penat berkomunikasi dengan pelanggan semasa hari bekerja.

#1 Akauntan

Foto: University of Phoenix

Berada di tangga pertama adalah kerjaya sebagai seorang akauntan atau dalam bidang perakaunan! Ramai yang menganggap bahawa berkenalan dengan individu bekerja sebagai akauntan ini akan lebih kedekut kerana sudah terbiasa dengan kiraan. Berbeza dengan kerjaya IT yang ramai pekerja lelaki, kerjaya akauntan pula dipelopori oleh golongan wanita yang malu-malu belaka.

*Rasanya macam kerjaya si penulis berada di tangga ke-6 kerana masih tak jumpa calon!

Baca juga: Jodoh Dah Jumpa Tapi Bakal Mentua ‘REJECT’ Sebab Anda Kerja Dalam 7 Bidang Ini, Pedihnya Hati!

Sumber: Tiktok @ricebowlcareertip

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×