Nur

Hukum Sentuh Kemaluan Guna Tangan Kanan, Ini Penjelasannya…

36
SHARES
HUKUM SENTUH KEMALUAN

Pernah tak anda terfikir apa hukum sentuh kemaluan dengan menggunakan tangan kanan? Ada segelintir dalam kalangan kita beranggapan ini merupakan perkara biasa dan hukumnya adalah tidak haram.

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, di bawah ini kami kongsikan jawapan daripada Mufti Wilayah Persekutuan. Jom kita baca.

Baca juga: Kelebihan & Niat Puasa Hari Arafah (9 Zulhijjah) Jom Rebut Peluang Keemasan Ini

HUKUM SENTUH KEMALUAN DENGAN TANGAN KANAN

HUKUM SENTUH KEMALUAN

Menurut Fadilah al-Syeikh Mustafa al-Khin, anda dinasihatkan beristinjak menggunakan tangan kiri untuk membersihkan tempat keluar najis sama ada dengan air, batu atau seumpamanya, kerana cara ini lebih baik. Makruh beristinjak dengan tangan kanan sebagaimana makruh menyentuh zakar dengannya.

Sekiranya perlu memegang kemaluan untuk membersihkan menggunakan batu atau pepejal, maka hendaklah memegang batu tersebut dengan tangan kanan tanpa menggerakkannya dan tangan kiri membersihkan tempat keluar najis.

Nabi SAW bersabda:

إِذَا بَالَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَأْخُذَنَّ ذَكَرَهُ بِيَمِينِهِ وَلاَ يَسْتَنْجِي بِيَمِينِهِ وَلاَ يَتَنَفَّسْ فِي الإِنَاءِ

Maksudnya: “Apabila seseorang kamu kencing, maka janganlah dia memegang zakarnya dengan tangan kanannya, dan jangan beristinjak dengan tangan kanannya, dan jangan bernafas dalam bekas minuman.” Riwayat al-Bukhari (154)

Imam al-Bukhari berpendapat menyentuh kemaluan dengan tangan kanan dalam keadaan tidak membuang air kecil adalah tidak dilarang.

Dalam perkara ini beliau menamakan terjemah babnya sebagai:

بَاب لَا يُمْسِكُ ذَكَرَهُ بِيَمِينِهِ إِذَا بَالَ

Maksudnya: “Bab jangan menyentuh kemaluan dengan tangan kanan sekiranya sedang membuang air kecil.”

Selain itu, Mazhab Zahiri berpendapat hukumnya haram sekiranya memegang kemaluan menggunakan tangan kanan. Jumhur ulama berpendapat hukumnya makruh kerana larangan tersebut bersifat irsyad dan taujih. Inil adalah pendapat yang sahih.

Perkara ini termasuk dalam perkara makruh tanzihi iaitu perkara yang dibenci tetapi tidak mendatangkan dosa sekiranya dilakukan. Ini kerana ia termasuk dalam perkara-perkara adab serta larangan dalam hadis itu adalah sebagai satu bentuk didikan dan bimbingan.

Semoga bermanfaat dan dapat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita.

Baca juga: “Razzaq Ohh Razzaq…”- Rupanya Tak Semua Nama Allah Boleh Dijadikan Nama Anak

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Kredit gambar: Herstory

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×