Suami Isteri

Hukum Berbuka Puasa Dengan Bersetubuh, Amboi Abang Dah Tak Tahan Ke!

2
SHARES
berbuka dengan bersetubuh

Bermesraan dengan pasangan suami isteri sudah menjadi normal untuk membangkitkan rasa kasih sayang. Namun, agak berbeza dalam bulan Ramadan kerana perkara yang boleh menaikkan syahwat sebaiknya dielakkan kerana khuatir dapat membatalkan ibadah puasa. Namun, setelah berusaha untuk ‘menahan’ syahwat ini adakah boleh untuk individu tersebut berbuka dengan bersetubuh sejurus azan berkumandang?

Kedengaran agak aneh dan tergesa-gesa namun ini merupakan salah satu situasi yang ramai orang persoalkan sama ada boleh buat atau tidak. Berikut merupakan penjelasan dari Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Baca juga: Alamak, Mimpi Basah Pula Di Siang Hari Dalam Bulan Ramadan, Adakah Puasa Itu Terbatal?

HUKUM BERBUKA DENGAN BERSETUBUH

berbuka dengan bersetubuh

Secara umumnya, perbuatan bermesraan sesama suami isteri adalah suatu perkara yang menjadi lumrah dalam kehidupan rumah tangga.

Dalam riwayat Aisyah R.Anha yang lain, beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُقَبِّلُ وَهُوَ صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وَهُوَ صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كَانَ أَمْلَكَ لإِرْبِهِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW mencium (isterinya) dalam keadaan Baginda sedang berpuasa. Baginda juga bermesra-mesraan (dengan isterinya) dalam keadaan Baginda berpuasa, akan tetapi Baginda ialah orang yang paling kuat menahan syahwatnya.- Riwayat Abu Daud (2382)

Lantas, berdasarkan hadis di atas, kita mengetahui bahawa Rasulullah SAW juga mencium dan bermesra-mesraan dengan para isteri Baginda. Anda perlu tahu bahawa, perbuatan bersetubuh ketika berpuasa dapat membatalkan puasa dan haram hukumnya, sekalipun tidak terkeluar air mani (Lihat al-Mu‘tamad fi al-Fiqh al-Syafi‘i, 2/184). Turut disebutkan oleh Syeikh Sulaiman al-Bujairimi: “Melakukan persetubuhan di siang Ramadhan adalah antara dosa-dosa besar, juga diberatkan ke atas pelakunya dengan berpuasa dua bulan berturut” (Lihat Tuhfah al-Habib, 2/392).

Walaupun tidak berdosa bermesraan dengan pasangan seperti berciuman dan menyentuh, namun sebaiknya ia dielakkan. Namun, akibat tidak mampu untuk ‘bertahan’, adakah dibolehkan menyegerakan berbuka dengan melakukan persetubuhan?

Maka, seseorang yang menyegerakan berbuka puasa dengan bersetubuh, akan tidak memperolehi pahala sunat dengan menyegerakan berbuka puasa, kecuali bersetubuh adalah satu-satunya cara untuk membuka puasa. (Lihat Hasyiah al-Jamal, 2/328 dan Tuhfah al-Muhtaj)

Berdasarkan nas hadith dan sunnah Nabi SAW menganjurkan kita berbuka dengan ruthob, tamar atau air dan kemudian sunat kita berdoa kepada Allah SWT. Inilah yang sunnahnya.

Hukum menyegerakan berbuka puasa dengan bersetubuh adalah harus kerana ia telah masuk waktu berbuka dan dia tidak dikenakan kafarrah. Hal ini kerana kafarrah itu dikenakan apabila seseorang itu merosakkan ibadah puasanya. Meskipun begitu, dari sudut adabnya, kami mengesyorkan untuk memulakan berbuka puasa dengan makanan atau minuman terlebih dahulu, bagi memperolehi pahala sunat menyegerakan berbuka puasa.

berbuka dengan bersetubuh

*Bawa bersabar ya semua, bukan selalu nak kutip pahala sunat berbuka puasa ini..

Baca juga: Hukum Menyentuh Alat Kelamin Pasangan Semasa Berpuasa, AWAS…Jangan ‘Terlajak’!

Sumber: Maktabah Al-Bakri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×