Nur

Hukum Hidu Minyak Angin Atau Herba Terapi Ketika Berpuasa, Jangan Ada Rasa ‘Sedap-Sedap’

24
SHARES
minyak angin

Buat anda yang wajib mempunyai minyak angin atau herba terapi sebagai peneman setiap hari untuk dihidu pasti tertanya-tanya adakah perbuatan menghidu bahan terapi ini membatalkan puasa. Maklumlah, mempunyai resdung dan selalu tersekat pernafasan menyebabkan anda perlu sentiasa menghidu bahan ini untuk melancarkan rongga hidung.

Berikut merupakan penjelasan sama ada perbuatan menghidu ini dapat membatalkan puasa atau tidak. Semoga para ‘penghidu’ herba ini dapat meneruskan rutin untuk melancarkan sistem pernafasan!

Baca juga: Hukum Pakai Lipstik Semasa Puasa, Akan Terbatal Puasa Kalau Anda Buat Macam INI..

HUKUM MENGHIDU MINYAK ANGIN & HERBA TERAPI KETIKA BULAN PUASA

minyak angin

Bagi orang yang mempunyai penafasan yang tak begitu baik, dia akan gunakan minyak angin atau herba terapi untuk melancarkan penafasannya. Namun adakah ia membatalkan puasa?

Perbuatan menghidu herba ketika berpuasa tidak membatalkan puasa. Masalah ini disamakan seperti menghidu sesuatu udara    (atau wangian/asap gaharu). Berbeza dengan masalah hisap tembakau (zaman sekarang hisap rokok, vape atau shisha). Ia membatalkan puasa kerana asap tembakau itu dikira sebagai jirim yang mengembun dalam mulut/hidung dan turun ke dalam dada maka ia masuk ke dalam rongga hingga membatalkan puasa.

Perkara ini disebutkan dalam kitab Mughni Muhtaj dan Bughyatul Musytarsyidin.

الْإِمْسَاكِ (عَنْ وُصُولِ الْعَيْنِ) وَإِنْ قَلَّتْ كَسِمْسِمَةٍ أَوْ لَمْ تُؤْكَلْ كَحَصَاةٍ. (إلَى مَا يُسَمَّى جَوْفًا) ؛ لِأَنَّ الصَّوْمَ هُوَ الْإِمْسَاكُ عَنْ كُلِّ مَا يَصِلُ إلَى ..الْجَوْفِ، وَخَرَجَ بِالْعَيْنِ الْأَثَرُ، كَالرِّيحِ بِالشَّمِّ، وَحَرَارَةِ الْمَاءِ وَبُرُودَتِهِ بِالذَّوْقِ
(Mughni Muhtaj)

(الفائدة) : لا يضر وصول ريح بالشم و كذا من الفم كرائحة البخور أو غيره إلى الجوف و إن تعمده لأنه ليس عينا و خرج به ما فيه عين..كرائحة التتن يعني التنباك لعن الله من أحدثه لأنه من البدع القبيحة فيفطر به.
( Bughyatul Musytarsyidin)

Dan makruh menghidu wangian, asap gaharu (dan menghidu herba) jika ada unsur sedap-sedap dan rasa senang (الترفة).

(وَ) لْيَصُنْ (نَفْسَهُ) نَدْبًا (عَنْ الشَّهَوَاتِ) الَّتِي لَا تُبْطِلُ الصَّوْمَ مِنْ الْمَشْمُومَاتِ وَالْمُبْصِرَاتِ وَالْمَلْمُوسَات..
وَالْمَسْمُوعَاتِ كَشَمِّ الرَّيَاحِينِ وَالنَّظَرِ إلَيْهَا وَلَمْسِهَا وَسَمَاعِ الْغِنَاءِ لِمَا فِي ذَلِكَ مِنْ التَّرَفُّهِ الَّذِي لَا يُنَاسِبُ حِكْمَةَ الصَّوْمِ، وَهِيَ لِتَنْكَسِرَ النَّفْسُ عَنْ الْهُوَى وَتَقْوَى عَلَى التَّقْوَى، بَلْ يُكْرَهُ لَهُ ذَلِكَ.

(Mughni Muhtaj)

Kesimpulan:

1) Menghidu herba terapi ketika berpuasa tidak membatalkan puasa kerana ia bukan suatu jirim masuk dalam rongga.

2) Makruh jika ingin bersenang-senang kerana sunat untuk meninggalkan perkara tersebut (bersenang-senang) ketika berpuasa.

minyak angin

Foto: www.attorneygeneral.gov.lk

*Boleh teruskan menghidu minyak angin atau herba terapi untuk tujuan kesihatan!

Baca juga: Basuh Berak Secara Berlebihan & Najis ‘Disedut’ Masuk Lubang Dubur Punca Puasa Terbatal!

Sumber: X @syahrul

Foto: Poison Control

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×