Famili

Zakar Suami Terima Lebih 17 Jahitan Selepas Ditikam Isteri Dengan Lembing!

147
SHARES

Seorang lelaki di wilayah Buriram, Thailand dilaporkan menerima kecederaan di zakar selepas ditikam dengan lembing oleh isterinya berpunca daripada sebuah pertengkaran. Kecederaan yang dialami lelaki berusia 45 tahun itu, mengakibatkan dia menerima lebih daripada 17 jahitan.

Baca juga: [VIDEO] “Saya Tak Takut Isteri Cuma…” Kantoi Isteri Jumpa Surat Cinta Bekas Kekasih Suami!

ZAKAR SUAMI TERIMA LEBIH 17 JAHITAN SELEPAS DITIKAM ISTERI DENGAN LEMBING!

Gambar hiasan menunjukkan salah satu jenis lembing – Instructables

Menurut laporan laman berita The Thaiger pada Jumaat lalu, kejadian itu berlaku berpunca daripada suaminya sendiri yang memulakan pertengkaran ketika dalam keadaan mabuk.

Di mana, isteri yang berusia 43 tahun itu mendakwa bahawa suaminya mencekik lehernya terlebih dahulu sebelum dia mencapai tempuling. Wanita itu masih marah akan suaminya dan memaklumkan suaminya akan bergaduh semasa dia mabuk, katanya kepada pemberita.

Media Thailand melaporkan bahawa wanita itu menikam di kemaluan suaminya dan memulas lembing, sama seperti ‘menangkap ikan’.

Kemudian, lelaki itu bergegas menyelamatkan diri ke rumah ibunya yang berhampiran dengan memandu motosikal dan mendapatkan rawatan di hospital keesokan harinya. Dia kini tinggal di rumah ibunya, kerana khuatir akan disakiti lagi oleh isterinya.

Malah, jiran-jiran juga memberitahu pemberita bahawa pasangan itu sering kali bergaduh.

Sumber: The Thaiger

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×