Famili

[VIDEO] “Saya Tak Takut Isteri Cuma…” Kantoi Isteri Jumpa Surat Cinta Bekas Kekasih Suami!

60
SHARES

Siapa dulu sewaktu muda pernah merasai pengalaman ‘cinta monyet’? Cinta monyet yang begitu sinonim dengan zaman persekolahan, sudah pasti akan menimbulkan perasaan malu atau lucu apabila terkenang kembali. Betul tak?

Kalau sekarang ni luahan cinta hanya di laman sosial melalui alat telekomunikasi telefon pintar, tapi orang dulu hanya perlukan sebatang pen sahaja untuk meluahkan perasaan sayang sebelum mengutus surat.

Baca juga: Sebutlah Yang Baik-Baik Tentang Pasangan Depan Anak, Jadi Contoh Untuk Masa Hadapan

Nak dijadikan cerita, baru-baru ini telah tular satu video di laman Tiktok yang memaparkan seorang isteri menjumpai sekotak surat-surat cinta bersama hadiah milik suaminya ketika zaman persekolahan dulu.

Bagaimana pula reaksi si isteri???

Menerusi video tersebut, habis dibahannya si suami! Sewaktu isteri membacakan ayat-ayat cinta yang boleh meremangkan bulu roma itu, berdekah-dekah ketawa kegeliaan hati.

“Tengah kemas-kemas, wife jumpa box hadiah ex girlfriend time sekolah menengah dulu. Teruk kena bahan, cinta monyet dulu kot. Dulu old school semua pakai surat. Tak sempat bakar, lepas ni kena bakar terus.”

WAKTU SEKOLAH, SUBJEK SASTERA MESTI ‘A’ NI…

Malah di video lain pula, netizen ingin mendengarkan isi kandungan surat dengan lebih jelas. Di mana, ayat-ayat cair yang membuatkan isterinya tidak sanggup lagi nak baca berbunyi seperti ini;

“Assalamualaikum. Rinduku umpama ombak yang tak berhenti. Kasihmu bagai pantai yang setia menanti. Tidurku dibuai mimpi.”

Nasib baik tak kena ‘ong bak’ dengan isteri, bang~

Bercerita dengan lebih lanjut, lelaki ini perlu memujuk isterinya yang pada mulanya agak marah kerana berasa cemburu. Namun, setelah dipujuk, dia kembali tenang.

“Ya, memang betul dia marah…ajak buat content bakar benda tu barulah dia okay. Kena pandai pujuk.”

Ha nasib baik tak kena tidur luar!

NAK ‘HAPUSKAN’ KENANGAN, PETANG TU TERUS PERGI BAKAR…

Mengulas video lain pula, lelaki ini terus mengambil langkah bijak dengan membakar kotak yang berisi surat-surat cinta berkenaan. Sambil itu, dapat juga mendengar luahan hatinnya yang berbunyi hanya isteri saja yang bertakhta dalam hati.

“Ini semua kisah lama sayang. Dalam hati saya hanya ada awak je! Saya bakar, saya bakar kotak ni.”

Lelaki ini turut menjelaskan, bahawasanya dia tidak takut akan isterinya cumanya isteri dia yang menakutkan. Hahaha

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen turut terhibur melihat gelagat si isteri saat membaca surat cinta milik suaminya. Malah, video yang dikongsikan itu, telah mendapat lebih daripada 300k jumlah tontonan.

VIDEO LAIN:

Sumber: Tiktok Repeeace

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×