Sihat

“Argh Rimasnya…”- Bulu ‘Bawah’ Asyik Mengganggu? Ini 5 Cara Nak Cukur Buang!

25
SHARES
cara buang bulu kemaluan

Setiap bulu di badan manusia mempunyai fungsi tersendiri. Ini termasuklah bulu di bahagian kemaluan kerana ia tumbuh  sebagai pelindung alat sulit daripada geseran seluar dalam. Selain itu, bulu kemaluan juga bertindak sebagai pelindung bakteria dan pantogen di mana boleh memerangkap kotoran yang mendatangkan bahaya.

Tapi takkan nak biarkan sahaja bulu kemaluan panjang sehingga serabut? Tenang sahaja! Hari ini kami kongsikan kepada wanita di luar sana cara buang bulu kemaluan dengan betul. Barulah lebih selesa. Betul tak?

Baca juga: Zak** Tegang Terlalu Lama, Doktor Jelaskan Penyakit Priapism Ini

CARA BUANG BULU KEMALUAN WANITA DENGAN BETUL, BARU SELESA

cara buang bulu kemaluan

1.  CUKUR

Mencukur adalah cara paling popular yang sering digunakan untuk membuang bulu kemaluan kerana mudah dan cepat. Walau bagaimanapun, cara ini boleh menyebabkan bulu tumbuh dengan cepat, kegatalan dan luka.

Untuk mengelakkan perkara itu berlaku, pertama sekali skrub kulit mati terlebih dahulu dan guna krim pelembab. Jangan sesekali guna pencukur orang lain dan sebelum cukur pastikan trim bulu terlebih dahulu.

Gunakan gunting tajam dan lebih mudah sekiranya cukur mengikut arah bulu tumbuh. Untuk menutup liang pori, letakkan ais batu di kawasan kemaluan dan langkah terakhir sapu losyen yang sesuai.

2. GUNA HAIR CREAM REMOVER

Jika anda tidak mampu menahan kesakitan, ini adalah cara terbaik untuk membuang bulu kemaluan. Guna krim pembuang bulu yang dijual di farmasi. Walaupun ia krim pembuang bulu, pastikan beli yang selamat untuk digunakan di kawasan itu.

Baca label produk terlebih dahulu dan ikut arahan dengan tepat. Jangan biarkan krim terlalu lama kerana akan menyebabkan keradangan kulit. Hati-hati ya!

cara buang bulu kemaluan

3. WAXING

Ramai yang memilih menggunakan wax untuk membuang bulu kemaluan. Walapun sedikit sakit tetapi hasilnya memuaskan kerana bulu dibuang daripada akar menyebabkan bulu lambat tumbuh.

Dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati jika menggunakan wax panas kerana kulit boleh terbakar. Jangan cukur bulu sebelum wax, sebaiknya biarkan ia panjang.

4. LASER

Kaedah ini memerlukan masa yang panjang kerana biasanya ia memerlukan lebih satu sesi untuk menghilangkan bulu kemaluan. Kos untuk laser agak tinggi berbanding cara yang lain dan sesetengah orang lebih memilih laser kerana bulu terhapus secara kekal dan mengambil masa lama untuk tumbuh semula.

5. ELEKTROLISIS

Ini adalah satu-satunya kaedah untuk menghilangkan bulu secara kekal. Teknik ini mengambil masa sehingga 25 sesi untuk membuang ke semua akar dan kos berbeza-beza mengikut jenis rawatan.

Jadi, yang mana satu pilihan kaum wanita untuk membuang kemaluan?

Sumber: Youngs Women Heatlh & American Academy of Dermatology

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×