“Doktor, saya ada masalah besar. Zakar tegang dah empat jam. Tak boleh turun! Macam mana ni, doktor?”
Itulah luahan seorang lelaki kepada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan apabila zakarnya difahamkan sudah tegang selama empat jam. Kalau sebut kesihatan lelaki, biasanya orang fikir tentang ereksi lemah atau tak lama.
Sebenarnya ada juga masalah ereksi berpanjangan atau nama saintifiknya Priapism. Priapism ini merupakan masalah kesihatan seksual yang serius di mana kondisi zakar tegang (erected) berjam-jam tanpa sebab.
Baca juga: Oopss! ‘Bebird’ Suami Tak Naik, Jangan Biarkan Bantu Si Dia Dengan Cara Ini
ZAKAR TEGANG LAMA SANGAT, PENYAKIT INI JANGAN BIARKAN
Priapism biasanya boleh berlaku pada lelaki berusia 20-50 tahun. Terdapat 2 jenis priapism, iaitu schemic dan non-ischemic. Ischemic priapism berlaku bila darah tak boleh keluar daripada zakar. Non-ischemic priapism pula berlaku bila ada peningkatan aliran darah ke zakar.
Priapism boleh menyebabkan kesan buruk seperti sakit, kehilangan fungsi seksual dan jangkitan. Rawatan secepat mungkin sangat penting dan jangan biarkan ia berlarutan.
Rawatan melibatkan suntikan phenylephrine, aspirasi darah, pembedahan atau ubat. Banyak kes boleh dirawat, tapi jika lambat boleh menyebabkan kehilangan fungsi seksual.
Faktor risiko penyakit kronik seperti leukaemia, diabetes, dan penyakit buah pinggang juga boleh berlaku selepas mengambil ubat-ubatan tertentu seperti penyakit kencing manis, tekanan darah dan anti-depresan.
Maka, kalau kena priapism, jumpa doktor secepat mungkin. Elakkan daripada kesan buruk dan kehilangan fungsi seksual yang berkekalan. Semoga bermanfaat.