Sihat

Jangan Makan Lewat Malam, Ini 5 Risiko Bahaya!

53
SHARES
jangan makan lewat malam

Ramai individu yang sedang gigih berusaha untuk menurunkan berat badan. Antara pantang larang yang diamalkan adalah jangan makan malam atau lebih tepat lagi, lewat malam. Ya, petua yang diamalkan oleh golongan ini wajar juga dipraktikkan oleh setiap individu.

Ini kerana ia bukan sahaja boleh membantu mengawal berat badan malah mengurangkan risiko kesihatan yang lain. Buat anda yang belum tahu, makan berat pada lewat malam mungkin boleh mendatangkan pelbagai risiko kesihatan. Perkongsian dari seorang doktor di TikToknya @dr.samhan ada menyenaraikan beberapa kesan jika makan lewat malam.

Baca juga: 12 Cara Nak Ajar Anak “Potty Train” Dengan Cepat, Tak Cari Lampin Dah!

Late night eating could mean poorer heart health for women, study finds | 2020-01-22 | Safety+Health

Sebenarnya, bukan hanya individu yang memasang impian untuk kurus sahaja yang kata jangan makan malam terutamanya lewat malam. Malahan golongan pakar juga turut menyatakan perkara yang sama.

Berikut merupakan 4 risiko kesihatan yang boleh berlaku jika makan berat pada lewat malam:

1. Gula dalam darah meningkat

Bacaan gula dalam darah yang normal

Peningkatan kadar glukosa dan insulin adalah punca utama terjadinya pradiabetes. Lama-kelamaan, ia akan menjadi lebih teruk dan akhirnya berubah kepada diabetes.

Kolesterol dan triglyceride yang bertambah pula adalah disebabkan oleh lemak pada saluran darah yang akan meningkatkan risiko diabetes dan beberapa lagi penyakit kronik yang lain.

2. Berat meningkat dan obesiti

Reasons for Weight Gain That Aren't Related to Your Diet

Inilah puncanya mereka yang sedang berdiet untuk kurus tidak mahu untuk makan malam. Menurut kajian, telah dibuktikan secara saintifik bahawa individu yang gemar makan lewat malam akan mempunyai berat badan yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Kenapa?

Ini kerana perbuatan ini hanya akan menyebabkan tubuh badan individu hilang atau kurang keupayaan untuk membakar lemak. Dalam pada itu, pengkaji turut menyatakan bahawa individu yang gemar makan pada waktu siang akan berasa kenyang lebih lama ekoran pengeluaran hormon lantas mengurangkan potensi makan lewat malam.

3. Sakit jantung

Saringan awal elak risiko sakit jantung - Kosmo Digital

Buat anda yang belum tahu, makan pada lewat malam boleh menjejaskan tekanan darah pada tubuh badan anda. Ini kerana tekanan darah manusia akan turun 10% pada waktu malam untuk membenarkan tubuh badan berehat. Namun pengambilan makanan sebelum masuk tidur hanya membuat ia kekal aktif.

Kesannya, tekanan darah anda tetap berada pada kadar yang sama walaupun ketika sedang tidur lantas meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit jantung.

4. Reflux acid perut atau gerd

Acid reflux: What it is, and how to avoid it – The Irish Times

Untuk pengetahuan anda, bukan bayi sahaja yang boleh mengalami refluks. Malahan, orang dewasa juga boleh mengalami asid refluks jika makan pada sekitar waktu masuk tidur.

Selain itu, makan berat pada lewat malam juga boleh menyebabkan ketidakhadaman, pedih ulu hati serta tidak nyenyak tidur. Jadi, sila elak makan 1 jam sebelum meletakkan kepala di bantal.

Bukan itu sahaja, elakkan juga pengambilan minuman berkarbonat, beralkohol dan berkafein 2 ke 3 jam sebelum tidur. Ini kerana ia juga adalah salah satu pencetus asid refluks.

5. Mudah lupa atau konsentrasi teruk

Do You Lack Concentration and Focus of Mind

Makan lewat malam tidak hanya membuatkan buah pinggang anda menderita. Ternyata makan lewat malam juga tidak baik untuk kesihatan otak anda. Percaya atau tidak, saintis mendapati bahawa masa makan mempunyai kesan luas pada fisiologi otak dan tingkah laku.

Corak makan yang tidak menentu akan mempengaruhi sistem circadian dan seterusnya mempengaruhi keupayaan pembelajaran dan menghafal otak.

MACAM MANA NAK BUAT KALAU LAPAR TENGAH MALAM

Kalau lapar, Dr. Samhan menasihatkan untuk cuba makan kekacang, buah-buahan, telur rebus atau bijirin.

I Stopped Watching TV for a Week, and Noticed Some Major Changes in How I Spent My Time

Selain itu, cuba alihkan perhatian anda terhadap makanan dengan melakukan aktiviti seperti menonton televisyen, melayari internet, bermain telefon pintar atau permainan video.

Ia sudah tentu buat anda lupa untuk makan lewat malam lagi! Selamat mencuba!

Video penuh:

@dr.samhan

Malam ni jangan makan lewat malam ye 😉 #JomBelajar #TikTokGuru #LearnOnTikTok

♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir

Sumber: TikTok @dr.samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×