Sihat

Oopss! ‘Bebird’ Suami Tak Naik, Jangan Biarkan Bantu Si Dia Dengan Cara Ini

35
SHARES
zakar tak tegang

Masalah zakar tak tegang atau bahasa saintifiknya Erectile Dysfunction (ED) antara masalah seks sering berlaku dalam kalangan lelaki.

Zakar tak tegang bermaksud ketidakupayaan lelaki mencapai ketegangan zakar yang mencukupi untuk melakukan tusukan ke dalam faraj semasa mengadakan hubungan kelamin bersama pasangan.

Apa perlu buat kalau zakar tak tegang? Di sini kami kongsikan beberapa tips yang boleh dicuba oleh para lelaki di luar sana. Kebanyakan lelaki malu untuk menceritakan masalah ini dan hanya membiarkan sahaja tanpa melakukan sebarang rawatan. Bahaya!

Baca juga: 3 Jenis Bahan Ini Sesuai Untuk Kanser Ovari, Cuba Amalkan

MASALAH ZAKAR TAK TEGANG, APA LELAKI PERLU BUAT?

ZAKAR TAK TEGANG

ED atau mati pucuk boleh dikenalpasti sekiranya lelaki mengalami masalah sukar untuk tegang, kekalkan ketegangan dan keinginan seksual semakin berkurang.

Sekiranya pasangan anda alami masalah zakar tak tegang, berikut merupakan beberapa perkara yang perlu dibuat untuk merawat masalah itu:

1. UBAT ORAL

Ubat oral adalah salah satu rawatan untuk Erectile Dysfunction yang paling berjaya untuk mana-mana lelaki. Terdapat beberapa ubat yang boleh diambil, dan semua ini meningkatkan kesan nitrik oksida, iaitu bahan kimia semula jadi yang terdapat di dalam badan anda yang melegakan otot pada zakar, dengan itu membolehkan aliran darah mencukupi untuk mendapatkan ereksi sebagai tindak balas kepada rangsangan seksual.

2. VIAGRA 

Ini mungkin rawatan yang paling terkenal untuk ED, dan tersedia secara meluas. Viagra berfungsi untuk merehatkan otot dan arteri di dalam zakar.

Apabila anda terangsang, gabungan kelonggaran dan peningkatan aliran darah akan membantu mengisi zakar dengan darah dan berlaku eraksi.

ZAKAR TAK TEGANG

3. PAM ZAKAR 

Pam merupakan antara alat yang digunakan untuk membantu mencapai dan mengekalkan ereksi dengan menarik darah ke dalam zakar melalui sedutan udara.

Ia bukan ubat untuk masalah zakar tak tegang namun, boleh meningkatkan keupayaan untuk melakukan hubungan seksual.

Orang ramai memilih menggunakan pam ini kerana berguna untuk meningkatkan keyakinan walaupun mengalami ED.

4. PEMBEDAHAN

Melalui pembedahan ini, zakar akan di sambung melalui tiub ke tabungan. Untuk mengembangkan prostesis, pam perlu ditekan dan zakar akan mula tegang.

5. KURANGKAN BERAT BADAN

Menurunkan berat badan boleh menjadi salah satu cara terbaik untuk memulihkan masalah zakar tak tegang. Kajian mendapati bahawa 30% lelaki yang mengambil bahagian dalam kajian penurunan berat badan berjaya memperoleh semula hormon seksual tanpa bantuan perubatan luar.

ZAKAR TAK TEGANG

6. MAKAN LEBIH SIHAT 

Pengambilan makanan kandungan tinggi flavonoid boleh membantu mengurangkan risiko Erectile Dysfunction kesan daripada kolesterol dan tekanan darah tinggi.

Mungkin ramai dalam kalangan kita beranggapan bahawa kolesterol dan tekanan darah tinggi punca masalah tersebut tetapi benarlah pemakanan yang sihat dapat mengekalkan eraksi zakar.

Sekiranya masalah zakar semakin kronik, anda perlu mendapatkan konsultasi doktor pakar dan melalui beberapa ujian di hospital.

Sumber rujukan: Mayo Clinic & Manual Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×