Sihat

3 Jenis Bahan Ini Sesuai Untuk Kanser Ovari, Cuba Amalkan

9
SHARES

Kanser ovari biasanya melibatkan wanita berusia 40 tahun ke atas. Kanser ovari adalah pertumbuhan sel abnormal di dalam ovari, yang membentuk sebahagian daripada sistem pembiakan wanita.

Antara faktor kanser ovari apabila mempunyai sejarah kanser dalam ahli keluarga, merokok, obesiti dan sebagainya.

Soalan popular sering menjadi tanda tanya adalah pesakit kanser ovari nak makan dan minum apa? Hari ini, kami kongsikan 3 jenis bahan yang sesuai diamalkan oleh pesakit kanser ovari. Semoga bermanfaat untuk anda.

Baca juga: 9 Cara Turunkan Darah Tinggi Secara Semulajadi, Boleh Cuba!

KANSER OVARI NAK MAKAN & MINUM APA?

kanser ovari

1. MINUM AIR HALIA SERBUK

Khasiat halia akan berubah-ubah mengikut cara halia diproses. Apabila halia dikeringkan dan dijadikan serbuk, bahan khasiat dalam halia segar (gingerol) akan bertukar kepada shogaol.

Shogoal boleh membantu kurangkan tekanan darah tinggi dan rencatkan pertumbuhan sel kanser khususnya kanser ovari serta kanser usus besar.

Bahan ini 2 kali lebih pedas berbanding gingerol (bahan dalam halia segar). Kajian juga menunjukkan shogoal tinggi dalam halia bentong berbanding halia biasa. Sebaiknya ambil bersama madu asli.

2. MINUM AIR KUNYIT

kanser ovari

Curcumin adalah bahan khasiat dalam kunyit yang boleh menghalang semua fasa pertumbuhan kanser (permulaan dan penyebaran). Bahan ini juga memainkan peranan penting dalam mencegah dan merawat kanser ovari, kanser hati dan kanser paru-paru. Banyak kajian klinikal membuktikan keberkesanannya.

Kajian menggunakan tabung uji menunjukkan bahan ini juga boleh menghalang pertumbuhan pelbagai jenis kanser seperti leukemia, kanser limfoma, kanser usus, kanser pundi kencing, kanser organ pembiakan, kanser payudara, kanser rahim, kanser paru-paru dan tumor otak.

Kajian mengunakan tikus pula menunjukkan bahan ini boleh menghalang pertumbuhan pelbagai jenis kanser termasuk kanser ovari, kanser paru-paru, kanser esofagus, kanser hati, kanser usus besar, kanser prostat dan kanser kulit.

Sebaiknya ambil kunyit bersama secubit lada hitam untuk tingkatkan penyerapan bahan khasiat. Walau bagaimanapun, perlu hadkan pengambilan jika berlaku pendarahan.

3. LEBIHKAN BAWANG MERAH DALAM MASAKAN

kanser ovari

Quercetin adalah bahan antikanser. Bahan ini tinggi dalam bawang merah. Kulit luar bawang (bahagian yang kering) adalah bahagian yang paling tinggi bahan khasiat ini. Ia diikuti dengan lapisan dekat kulit luar. Namun, biasanya bahagian ini dibuang sebelum memasak.

Selain bertindak sebagai antikanser, bahan quercetin ini boleh turunkan tekanan darah tinggi dan kurangkan risiko stroke.
Sumber-sumber lain yang mengandungi bahan quercetin ini adalah anggur hitam, epal, kobis dan cili merah.

Kajian menunjukkan bahan ini mampu menghalang pelbagai jenis kanser seperti kanser ovari, kanser paru-paru, kanser usus besar, kanser payudara dan kanser pankreas.

Kajian lain pula mendapati kehadiran bahan onionin A dalam bawang. Bahan ini juga boleh merencatkan pertumbuhan tumor dan perlahankan penyebaran kanser ovari dan paru-paru.

Apa-apa pun jangan lupa dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×