40 Minggu

Lepas 4 Hari Pantang Dah Tolak ‘Stroller’, Dr Amalina Kongsi Cara Pantang Lebih Sihat

210
SHARES

Selepas empat hari bersalin, Pakar Bedah terkenal, Dr. Nur Amalina Che Bakri berkongsi beberapa foto di laman Instagramnya di mana kelihatan dia dan puteri sulungnya berjalan sekitar London ketika dalam pantang bersalin.

Perkongsian tersebut menjadi tanda tanya buat kaum ibu di luar sana bagaimana Dr Amalina kelihatan kekal sihat dan cantik meskipun baru sahaja melahirkan.

Baca juga: “Perut Tak Membesar…” Ibu Kongsi Kisah ‘Baby Ajaib’ Viral, Period Ada Je Setiap Bulan…

LEPAS 4 HARI PANTANG DAH SIHAT, DR AMALINA KONGSI CARA PANTANG

Terbaharu, atas permintaan ramai Dr Amalina berkongsi cara pantang yang dilakukan. Ujarnya, cara pantang yang dilakukan berdasarkan kajian saintifik pakar obstetrik dan pengalaman menjadi seorang doktor.

Ramai yang bertanya mengenai penjagaan selepas bersalin yang saya amalkan. Saya akan berkongsi amalan saya sendiri yang berdasarkan kajian saintifik yang disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalaman saya sendiri sebagai seorang doktor.

– Amalkan makanan sihat dan seimbang seumur hidup. Makan sayur-sayuran dan buah. Kurang garam, gula dan minyak. Makan secara bersederhana untuk mengekalkan berat yang ideal. Tidak perlu pantang telur/ayam jika tiada alahan.

– Minum air kosong 2-3 liter sehari, kurangkan minum air manis e.g air boba, milo.

– Tingkatkan intensiti aktiviti seharian secara beransur-ansur. Jangan angkat barang yang lebih berat daripada bayi anda selama 6 minggu.

– Jika anda bersalin secara normal tanpa komplikasi, anda boleh mulakan senaman ringan sebaik sahaja anda berasa bersedia. Ini termasuk berjalan kaki (untuk elak blood clots), kegel (pelvic floor exercise) & senaman perut.

– Anda digalakkan untuk menunggu 6 minggu sebelum memulakan senaman berimpak tinggi, seperti aerobik atau berlari. Jika pendarahan (lochia) anda bertambah berat atau bertukar warna (menjadi merah jambu atau merah) selepas melakukan aktiviti, anda mungkin melakukan aktiviti secara berlebihan.

– Kurangkan aktiviti dan pastikan anda mendapat banyak rehat. Pakai compression TED stockings untuk elak blood clots.

– Jaga bahagian perineum. Basuh dengan air dari depan ke belakang dan lap sehingga kering setiap hari. Tukar maternity pad every 3-4 hours.

– Jika bersalin melalui C-section, bersihkan dan lap luka sehingga kering setiap hari, pakai pakaian longgar, seluar dalam cotton dan ambil ubat penahan sakit (paracetamol/ibuprofen selamat untuk breastfeeding).

– Jaga kebersihan dan mandi setiap hari. Ambil laxatives jika perlu untuk elak constipation.

– Buat kegel exercise untuk menguatkan otot pelvis.

– Elak hubungan seks sehingga darah lochia berhenti atau selama 6 minggu selepas bersalin.

– Jaga kesihatan mental, jangan stress dan enjoy your motherhood. Dapatkan sokongan daripada suami & keluarga.

Gaya hidup sihat perlulah dilakukan seumur hidup, bukan hanya dalam tempoh 44 hari selepas bersalin. Itulah tips mudah untuk jadi sihat sepanjang hayat. Moga bermanfaat.

Sumber: Instagram Dr Amalina Bakri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×