Baru-baru ini tular di media sosial mengenai kisah ajaib seorang ibu di mana dia berjaya melahirkan anak tanpa mengetahui dirinya mengandung.
Menerusi hantaran Facebook milik si ibu bernama Nurul Atiqah, dia sama sekali tidak mengetahui dirinya hamil kerana tiada sebarang alahan yang dialaminya.
Baca juga: 5 Tips Ibu Boleh Amalkan Untuk Banyakkan Susu Badan, Paling Menjadi!
IBU KONGSI KISAH BABY AJAIB VIRAL, PERIOD ADA SETIAP BULAN
Tambahnya lagi, kitaran haid juga seperti biasa dan normal. Dalam tempoh sembilan bulan mengandung, dia mengambil pil perancang kerana tidak tahu ada ‘isi’ di dalam.
Haid: Haid Datang setiap bulan. Setiap hujung bulan haid akan datang seperti biasa. Anggaran 5 ke 6 hari.
Perancang: Pil perancang makan setiap bulan dan tak pernah skip.
Atiqah selamat melahirkan bayi ajaibnya itu pada 19 Oktober, Rabu pada jam 8.45 pagi. Kelahiran bayi perempuan itu disambut oleh suaminya bersaksikan anak sulung berusia satu tahun dua bulan.
Bila bersalin: Bersalin pada 19/10/2022 hari rabu pada pukul 8.45 pagi. Telah disambut oleh suami. Bersaksikan anak sulung yang berusia 1 tahun 2 bulan.
Malam sehari sebelum Atiqah melahirkan, dia mengalami sakit perut seperti masuk angin dan muntah beberapa kali. Keesokan harinya, perutnya mula tidak selesa seolah-olah ingin membuang air besar.
Saya masuk ke dalam bilik air beberapa kali tapi rasa tidak selesa di perut makin menjadi. Saya membuat keputusan untuk ajak suami ke hospital tetapi oleh kerana sudah tidak tahan.
Saya melahirkan bayi perempuan di atas sofa dengan disambut oleh suami. Saya meminta suami saya untuk menghubungi pihak ambulans. Sebelum pihak ambulans tiba ke kediaman kami. Suami telah mengikat tali pusat menggunakan tali kasut.
Perasaan terkejut dan gementar menyelubungi dirinya kerana tidak ada sbearang perbezaan ketika hamil. Dia juga memberitahu perutnya agak sedikit kecil berbanding sewaktu mengandungkan anak pertama.
Perasaan saya waktu itu sangat terkejut dan gementar seluruh badan, begitu juga dengan suami. Sepanjang 9 bulan ,saya tidak menyedari kehadiran janin di dalam rahim saya. Kerana tidak merasa sebarang pergerakan dan perut tidak membuncit begitu besar seperti pengalaman mengandung dan melahirkan anak pertama.
Berbeza dengan pengalaman saya melahirkan anak pertama dahulu. Perut besar, hidung kembang dan semuanya kembang. Syukur bayi saya sihat dan sempurna walaupun tidak pernah menerima sebarang rawatan.
Si ibu bersyukur kerana semuanya selamat dan berjaya menjaga kandungan yang tidak ketahui selama 9 bulan. Kuasa Allah sungguh menakjubkan.
Sepanjang kehamilan juga saya tidak membuka buku rekod kesihatan ibu di klinik kesihatan dan sudah pasti tiada sebarang rekod kesihatan ibu dan anak di klinik kesihatan. Syukur allah melindungi dan menjaga anak dalam kandungan sehingga lahir ke dunia.
Sumber: Facebook Eyka Ika