Sihat

Betul Ke Bawang Merah Boleh Guna Untuk Rawat Masalah Lelaki, Darah Tinggi & Strok?

393
SHARES

Bawang merah merupakan bahan utama yang diperlukan hampir dalam semua hidangan masakan. Bukan sahaja untuk menyedapkan rasa masakan tetapi bawang merah juga digunakan untuk merawat masalah lelaki, darah tinggi dan strok seperti yang dimaklumkan oleh Dr Suri Roowi di laman Facebooknya.

Kajian mendapati bahawa bawang membantu atasi masalah ulser, masalah saraf, anti viral, anti radang, asma, membantu masalah jantung, darah tinggi dan sebagai agen anti kanser.

Baca juga: 12 Senarai Sayur & Buah Bahaya untuk Ekzema, Ramai Yang Salah Makan

BETUL KE BAWANG MERAH BOLEG GUNA UNTUK RAWAT MASALAH LELAKI, DARAH TINGGI & STROK?

bawang merah

Ramai mungkin telah maklum bahawa bawang adalah antara sumber berkhasiat dalam dapur kita. Ia boleh bertindak sebagai antioksidan. Seperti juga halia, bawang juga boleh tingkatkan hormon testosterone (hormon lelaki)–bagus untuk atasi masalah kelakian.

Kajian pada tahun 2012 ke atas tikus, mendapati pemberian jus bawang segar selama 4 minggu tingkatkan hormon testosterone. Quercetin adalah antara bahan berkhasiat dalam bawang. Bahan ini tinggi dalam kulit luar bawang diikuti dengan lapisan dekat dengan kulit luar.

Namun, biasanya bahagian ini dibuang sebelum memasak. Kulit luar bawang (yang kering) sebenarnya mengandungi bahan berkhasiat Quercetin. Bahan ini lebih mudah serap ke dalam darah bertindak sebagai anti darah tinggi dan kurangkan risiko strok.

Di pasaran, terdapat juga produk teh menggunakan kulit bawang. Teknik merebus atau ‘masak air’ boleh hilangkan khasiat bawang sehingga 22% manakala menumis atau menggoreng bawang boleh kurangkan khasiat bawang sehingga hampir 30%

Justeru, minimakan buang kulit bawang sebelum dimasak dan makan bawang mentah untuk mendapatkan khasiat yang banyak. Moga bermanfaat.

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×