Menjaga si kecil yang mengalami masalah ekzema bukanlah satu perkara mudah. Sebagi ibu bapa pasti pelbagai cara dicuba untuk melegakan radang pada kulit anak.
Selain ubat, makanan harian seperti sayur dan buah perlu dititikberatkan juga kerana ia boleh menyebabkan ekzema tidak sembuh malah semakin teruk. Berikut 12 senarai sayur dan buah yang bahaya untuk ekzema. Ikuti perkongsian di bawah dengan lebih lanjut.
Baca juga: Cara Elak Bayi Dijangkiti Kencing Kotor, Kena ‘Alert’!
12 SENARAI SAYUR & BUAH BAHAYA UNTUK EKZEMA, RAMAI YANG SALAH MAKAN
Jika dimakan oleh penderita ekzema, ekzema boleh flare up. Siapa sangka ada sayur dan buah yang walaupun sihat dan bagus dimakan orang lain, namun tidak untuk penderita ekzema.
Sayur dan buah yang tidak pas untuk ekzema di bawah ini bukanlah selama lamanya harus dijauhi tapi cuba off sementara ekzema belum baik.
1. TOMATO
Tomato sangat bagus dimakan penghidap kanser, tapi bukan penderita ekzema kerana ia sangat tinggi histamine dan sebabkan gatal.
2. JAGUNG
Jagung antara makanan yang sangat digemari semua orang. Malang sekali jagung boleh trigger ekzema kalau tak pulih lagi.
3. BROKOLI
Brokoli yang menyihatkan ini harus avoid at all cost kerana ia mengandungi MSG dan sulfites yang sangat sensitif untuk usus penderita ekzema. Kalau makan, sama ada ekzema teruk atau lambat baik.
4. CENDAWAN
Cendawan ni basic sayur yang kena hindari kalau sakit kulit. Ibu-ibu yang ada anak ekzema kalau tak tahu cendawan tak boleh makan, kesian anak tu. Cendawan tinggi histamine dan sebabkan gatal.
5. BELL PEPPERS
Bell peppers sayur yang enak namun ia tinggi GMO dan tinggi alkaloid dan solanine yang sebabkan keradangan kulit bertambah parah (kalau radang ekzema dan baik insyaAllah tak ada masalah nak makan sayur ni)
6. NANAS
Pineapple atau nanas ni antara citrus fruits yang kena elak bila ekzema susah nak baik kerana citrus can trigger eczema.
7. KUBIS
Kubis antara sayur yang tinggi histamine dan sebabkan gatal.
8. ANGGUR
Anggur ni tolong tolong jangan dekati selagi ada ekzema. Anggur ni sangat bahaya untuk ekzema.
9. BUAH MATA KUCING
Buah mata kucing kena elak juga walaupun ia enak namun tak bagus untuk sembuhkan ekzema.
10. KIWI
Kiwi sama macam anggur. Kena pasak dalam kepala kiwi buah yang bahaya untuk kulit ekzema.
11. BERRIES
Berries tak kisahlah strawberry ke ,blueberry ke raspberry ke adalah tinggi histamine jadi boleh sebabkan gatal.
12. BUAH KERING
Buah kering seperti aprikot kering, kismis, figs atau teen, prunes atau kurma walaupun bagus untuk kesihatan tapi bila ada ekzema adalah BIG NO sebab ia tinggi gula tersembunyi dan tinggi sulfites sekitar 500 ke 2, 500, lebih tinggi dari arak dan sulfites dalam buah buahan kering ni boleh sebabkan ekzema gatal dan radang.
Pastikan ibu bapa tak salah beri makanan kepada anak. Moga manfaat.
Sumber: Facebook Mizhana Padzi