Famili

Dah Pakai Sunscreen Tapi Pelik Kulit Tetap Gelap, Rupanya Salah Cara Pakai!

2
SHARES
cara pakai sunscreen

Sebagai wanita khususnya, penjagaan kulit untuk kelihatan cantik, bersih dan ‘flawless’ sememangnya menjadi idaman. Tambah pula bila tonton K-Drama dan lihat kulit pelakon-pelakonnya memang cantik dan gebu! Selain menggunakan peralatan solek dan produk ‘skincare’ yang berkualiti, terdapat satu kunci kepada kecantikan kulit adalah ‘sunscreen’. Tapi, rupa-rupanya selama ini kita dah guna salah cara pakai sunscreen yang boleh menyebabkan kulit rosak!

Hari ini Dr. Ingky yang merupakan pakar kulit dan kecantikkan berkongsikan di laman Twitternya mengenai kesalahan yang sering dilakukan apabila memakai sunscreen. Patutlah selalu tak jadi, habis la muka ‘terbakar’ macam udang bakar. Tak comel nanti orang cakap tak laku pulak…

CARA PAKAI SUNSCREEN DENGAN BETUL, INI KESALAHAN SERING DILAKUKAN

cara pakai sunscreen

1. TAK LETAK SUNSCREEN SECUKUPNYA

Amaun yang terbaik untuk letak sunscreen di wajah adalah dengan letak dua line sunscreen guna jari telunjuk dan jari tengah.

2. TAK RE-APPLY SUNSCREEN

Sebenarnya anda perlu re-apply sunscreen setiap dua jam, terutama sekali selepas berpeluh dan berenang.

3. HARAPKAN SUNSCREEN DALAM MAKE-UP

Kandungan SPF dalam make-up yang dipakai tidak cukup ya. Kena letak juga sunscreen sebelum pakai make-up yang mempunyai SPF.

4. JANGAN CAMPUR SUNSCREEN

Mencampurkan antara sunscreen chemical dan mineral sebenarnya tidak berkesan untuk elak UV.

5. LETAK MOISTURIZER ATAS SUNSCREEN

Sebenarnya anda kena letak dahulu moisturizer muka dan akhiri dengan sunscreen.

cara pakai sunscreen

6. JANGAN SKIP BAHAGIAN BADAN LAIN

Bukan wajah sahaja yang kena letak sunscreen, semua bahagian badan yang terdedah kepada cahaya matahari wajib letak sunscreen!

7. CUACA TAK PANAS TAK PAKAI SUNSCREEN

Walaupun cuaca tak panas, sebenarnya 80 peratus cahaya matahari dapat memberi kesan kepada kulit.

8. CARA SIMPAN SUNCREEN SALAH

Anda perlu sentiasa letakkan sunscreen jauh dari terdedah kepada cahaya matahari, panas dan lembap. Ini akan mengurangkan keberkesanan sunscreen sehingga kosong!

Langkah terbaik dalam penggunaan sunscreen adalah memilih kandungan SPF 50, tekstur seperti air, tak melekit dan ringan pada kulit supaya sesuai untuk semua jenis kulit. Ada juga sunscreen yang dijual khas mengikut jenis kulit anda.

Sumber: Twitter Dr.Ingky

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×