Penggunaan sunscreen adalah penting untik perlindungan kulit secara menyeluruh yang dapat mengurangkan risiko kanser kulit, masalah pigmentasi dan membantu dalam pemulihan kesan jerawat pada kulit. Terdapat pelbagai jenis sunscreen yang dijual di pasaran.
Namun, yang mana satu kah sunscreen yang bersesuaian dengan jenis kulit anda? Terutamanya, individu yang memiliki masalah kulit berjeragat, mudah berminyak, kuat berpeluh, berjerawat dan sensitif.
Baca juga: Nota Bakal Pengantin: 9 Barang Ini Wajib Ada Sebelum Pergi ‘Photoshoot’ Luar!
JENIS SUNSCREEN UNTUK PELBAGAI MASALAH KULIT
Justeru itu, ikuti penjelasan lanjut dari seorang Pakar Kulit & Estetik yang dikenali sebagai Doktor Wina bagi mengelakkan anda menggunakan jenis sunscreen yang salah.
Menurut Dr. Wina, terdapat 3 jenis sunscreen yang perlu diketahui iaitu sunscreen chemical, mineral dan hybrid.
1. Chemical sunscreen yang menggunakan chemical filter:
- Aminobenzoic acid (PABA)
- Avobenzone
- Cinoxate
- Dioxybenzone
- Ecamsule
- Homosolate
- Menthy anthranilate
- Octocrylene
- Octyl methoxycycinnamate
- Octyl salicylate
- Oxybenzone
- Padimate O
- Phenylbenzimidazole
- Sulisobenzone
- Trolamine salicylate
2. Sunscreen fizikal yang juga dikenali sebagai mineral yang menggunakan zinc oxide dan titanium dioxide.
3. Seterusnya ialah sunscreen hybrid yang mempunyai kedua-dua chemical dan mineral filter.
Baca juga: Ini 5 Mitos Penjagaan Kulit Muka Popular, Jangan Nak Percaya Bulat-Bulat!
Kulit berjeragat

Gambar: freepik
Bagi kulit berjeragat, terutamanya melasma termasuklah PIH parut gelap, pilih sunscreen yang ada iron oxide seperti tinted sunscreen. Hal ini kerana, iron oxide sangat berfungsi untuk melindungi kulit daripada visible light, terutamanya blue light.
Lebih baik, menggabungkan dengan mineral filter. Contoh produk sunscreen:
- Heliocare Pigment Solution Fluid
- Tinted Mineral Skinmade
- TDF Blu Voile
Pilihan lain pula, anda boleh memakai alat solek yang ada iron oxide yang dikenali sebagai mineral makeup di atas lapisan sunscreen. Contoh produk alat solek:
- KISS Mineral foundation
Kulit muka berminyak dan berjerawat
Kulit muka berminyak, berjerawat dan senang dapat tiny bumps, pilihlah sunscreen dengan minimal SPF 30 ke 50. Hal ini kerana, makin tinggi SPF formulasi akan jadi semakin berat dan berminyak.
Lebih baik pilih yang ada zinc oxide sebab ia akan bantu kawal minyak di muka. Pilih juga sunscreen yang bertekstur ringan, gel watery atau lotion. Contoh sunscreen:
- Skinfinity
- Eucerin Oil Control Dry Touch
- 1004 Centella Air Fit Suncream Light
- Azarine Calm My Acne
- The Raw Physical
Kalau kulit anda masih nampak berkilat selepas pakai sunscreen, lap dengan blotting paper selepas 2 ke 3 minit sunscreen diletakkan. Kemudian, sapu translucent powder.
Baca juga: 5 Tips Solekan Hari Raya Elak Cakey & Tahan Seharian, Tak Perlu Nak ‘Touch Up’!
Kulit yang mudah berpeluh

Gambar: bioelements
Kulit yang mudah berpeluh akan ada dua masalah dengan mineral sunscreen. Di mana, whitecast (kesan putih yang nampak di wajah selepas menggunakan sunscreen) akan jadi lebih nampak apabila anda berpeluh.
Mineral sunscreen akan hilang apabila anda mengelap peluh kerana ia tidak menyerap di dalam kulit, tetapi hanya duduk di atas lapisan kulit muka. Sebaiknya, kulit muka yang berpeluh menggunakan chemical atau hybrid.
Kulit sensitif
Bagi kulit sensitif, anda boleh bertoleransi dengan mineral filter yang lebih baik jika dibandingkan dengan chemical filter. Hal ini termasuklah, jenis kulit eczema, Rosacea dan kanak-kanak yang lebih baik untuk memakai mineral sunscreen. Contoh produk sunscreen:
- Heliocare Mineral Tolerance Fluid (boleh digunakan seawal usia bayi 6 bulan)
Baca juga: 7 Pencukur Bulu Kemaluan Wanita TERBAIK, Kurang Risiko Cedera & Kulit ‘Miss V’ Licin Je!
Senarai chemical filter yang boleh menyebabkan reaksi alahan:
- Oxybenzone
- Avobenzone
- Octocrylene
- PABA
- Padimate O
- Enzacamene
Kesimpulan
Paling penting ialah membersihkan sunscreen pada kulit perlulah dengan betul-betul bersih. Hal ini kerana, sunscreen mudah untuk buat pori kulit tersumbat. Jadi, gunakan micellar water setiap malam dan cleansing balm setiap 2 ke 3 hari.
Baca juga: 4 Toner DIY Guna Bahan Natural Yang Selamat, Dari Cerahkan Kulit Kusam Hingga Kecilkan Pori!
Sumber: Tiktok Doctor Wina
FT Image: freepik / pikisuperstar