Cantik

Ini 5 Mitos Penjagaan Kulit Muka Popular, Jangan Nak Percaya Bulat-Bulat!

37
SHARES
mitos penjagaan kulit muka

Dalam dunia kecantikan, ia tidak jarang tetapi terdapat pelbagai maklumat mengenai penjagaan kulit yang ternyata hanya mitos. Justeru itu, berikut adalah lima mitos penjagaan kulit muka yang popular dan anda tidak perlu percaya.

Baca juga: 5 Tips Solekan Hari Raya Elak Cakey & Tahan Seharian, Tak Perlu Nak ‘Touch Up’!

MITOS PENJAGAAN KULIT MUKA

1. Muka naik jerawat bila tak cuci muka

Mitos pertama tentang penjagaan kulit yang tidak perlu percaya ialah jerawat muncul kerana tidak mencuci muka. Anggapan yang satu ini ternyata tidak lebih daripada mitos.

Sebenarnya, jerawat tidak hanya disebabkan oleh tidak mencuci muka dengan betul atau kerap. Munculnya jerawat sekurang-kurangnya perlu ada kombinasi dari 4 faktor ini:

  • Pori-pori tersumbat dari keratin atau sel kulit
  • Sebum
  • Bakteria
  • Keradangan

Jadi, walaupun tidak mencuci muka cenderung memudaratkan, ia bukan satu-satunya punca jerawat muncul di muka.

2. Solekan menjadikan wajah lebih cepat tua

Ramai beranggapan wajah akan cepat tua jika sering disolek. Sebenarnya, andaian ini tidak boleh dibenarkan, selagi anda rajin melakukan pembersihan berganda selepas menggunakan alat solek.

Dengan membersihkan muka secara berkala selepas memakai make-up atau sebelum tidur, sisa-sisa produk make-up, kotoran, minyak, dan pencemaran yang menyebabkan penuaan akan hilang.

Baca juga: Tutorial Samping Banyak Stail Untuk ABANG, Baru Lebih Segak Bergaya Di Hari Raya!

3. Cuci muka dengan air panas membuka dan membersihkan pori-pori

Sebenarnya, mencuci muka dengan air panas berisiko merosakkan kulit dengan menanggalkan perlindungan semula jadi kulit dan mengeringkannya. Petunjuk utama anda menggunakan air yang terlalu panas untuk mencuci muka ialah kulit menjadi merah selepas dibilas.

Jadi, lebih baik jika anda menggunakan air suam untuk membersihkan muka.

Malah untuk membuka pori-pori, gunakan tuala yang direndam dalam air panas dan kemudian sapukan. Dengan cara ini, pori-pori anda akan terbuka tanpa menyebabkan kerosakan kulit.

Baca juga: 15 Jenis Bra & Fungsi Sesuai Dipakai Gadis Kecil, Wanita Hamil Hingga Ibu Ada Anak!

4. Semakin kuat exfoliate kulit muka semakin baik

mitos penjagaan kulit muka

Gambar: GettyImages

Pengelupasan wajah yang terlalu keras atau terlalu kerap akan menyebabkan kerosakan kulit dan bukan menjadikan kulit semakin baik.

Pengelupasan muka terlalu kerap akan menghilangkan kelembapan penting kulit dan menjadikannya lebih mudah terdedah kepada jangkitan, liang tersumbat dan radikal bebas yang boleh menyebabkan kedutan.

Sebaiknya lakukan pengelupasan secara lembut sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu.

5. Kulit berminyak tak perlu pakai pelembap

Pelembap tidak boleh dilupakan dalam rutin penjagaan kulit harian sesiapa sahaja, termasuk mereka yang mempunyai kulit berminyak.

Kebanyakan pencuci muka akan menghilangkan minyak semula jadi dari kulit. Jadi, sangat penting untuk menggunakan pelembap selepas itu bagi menggantikan lapisan pelindung yang hilang.

Hal ini kerana, kulit berminyak tidak memerlukan kelembapan yang sama dengan kulit kering. Pemilik kulit jenis ini boleh menggunakan produk pelembap ringan agar dapat mengekalkan keseimbangan dan memberi nutrisi kepada kulit.

Baca juga: Sebenarnya 3 Waktu Ini Dilarang Untuk Mandi & Orang Ramai Kena Tahu Sebabnya!

Sumber: Moms Money

FT Image: jcomp / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×