Cantik

Toner Timun Rawat Muka Breakout, Lepas Spray Kulit Makin Bersih & Bebas Jerawat!

37
SHARES
muka breakout

Muka penuh berjerawat boleh membuatkan keyakinan seseorang jatuh merudum apabila berada di khalayak ramai. Pelbagai cara digunakan untuk mengecutkan ia tetapi masih lagi bermaharajalela. Jangan risau! Apa kata anda cuba pula tips atasi muka breakout dengan menggunakan toner timun.

Kalau nak tahu, banyak kegunaan toner timun ini dalam merawat masalah kulit muka seperti dikongsikan oleh Nauf Safuan. Selain boleh mengecutkan jerawat, toner timun juga sesuai untuk anda yang menghadapi masalah pori besar dan muka berminyak. Jom cuba buat!

Baca juga: Air Mandian Daun Untuk Atasi Badan Tak Bermaya, Lepas Siram Terus Segar!

MUKA BREAKOUT ATASINYA DENGAN TONER TIMUN

muka breakout

Gambar: Nauf Safuan

Toner timun untuk muka breakout

Toner timun ini sangat sesuai untuk kecutkan jerawat yang berleluasa dekat muka tu. Paling best, toner timun ini boleh elak dari jerawat terus merebak. Pakai sebelah malam, esok bangun pagi Insha Allah jerawat akan segera kecut. Best kan?

Bagi yang ada masalah pori besar pun digalakkan untuk pakai toner timun ini. Sekejap saja pori akan mengecut dengan pemakaian secara konsisten.

Kalau ada masalah kulit berminyak, boleh perah sedikit lemon. Lemon ini nanti akan serap minyak minyak dekat muka korang.

Dekat bawah saya kongsi bahan dan cara penyediaan.

Baca juga: Anda Kena Tahu Ini 11 Kesan CUT GULA Pada Kesihatan, Risiko Nyanyuk Pun Kurang!

Bahan-bahan:

muka breakout

Gambar: Nauf Safuan

  • 1/2 timun
  • 1/2 lemon
  • Penapis air teh
  • Penyagat

Bacca juga: Petua Tradisional Khas Buat Susuk Tubuh Perawan, Barulah Lebih Berkeyakinan!

Cara penyediaan:

muka breakout

Gambar: Nauf Safuan

  1. Sagat timun bagi habis.
  2. Kemudian asingkan air timun tu dengan hampas timun.
  3. Ambil air timun dan campur dengan perahan lemon (khas untuk kulit berminyak sahaja, kulit tak berminyak tak perlu lemon).
  4. Masukkan dalam botol.
  5. Simpan dalam peti sejuk sebelum guna.

Toner timun ini boleh bertahan 2 minggu kalau simpan dalam peti. Pakai sekali pagi dan sekali sebelah malam sebelum tidur.

Lepas ini tak perlu risau muka breakout lagi. Good luck!

Kredit resipi asal: Nauf Safuan

Baca juga: Atasi Masalah BUKU LALI Berdaki & Kehitaman Dengan 5 Langkah Mudah Ini, Baru Tak Stres!

Sumber: Petua Cantik Dan Sihat / Nauf Safuan

FT Image: Nauf Safuan / Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×